Keptusan UPSR Esok

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Al kisahnya, aku tak tahu keputusan UPSR akan keluar esok. Al maklum lah anak masih kecilkan baru darjah satu. Hari ni port aku kat perpustakaan..... Banyak aktiviti aku pagi ni kat perpustakaan, pergi cari kabel dan ink printer yang pada mulanya nak beli earphone.... bila dah masuk kedai latop kat perpustakaan lain lak yang aku beli...... kemudian nampak workshop tuk esok kat foyer tajuk best kena-mengena dengan mengaji aku,,,, terus register.... then nampak lak satu booth, rupanya pasal AADK..... sembang dan dapatkan infom punya la lama gak..... dapat lak free gift.... yang penting contact AADK, nak buat kaunseling.....



Melalut memanjang, nak citer pasal UPSR jer..... masuk solat sunat di surau, bila dah siap ada kakak tegur aku.....
"staf sini aa".....
"yer"..... (pendek)
"esok keputusan UPSR keluar, doakan anak saya"
"ye ke, InsyaaAllah"
"risau sangat, sekarang ni tak macam dulu"
(memang aku tengok keseriusan kerisauan dia, lepas solat dia baca al-Quran)
"ye la memang risau,. InsyaaAllah, akan dapat yang terbaik"

xxxxxxxx
xxxxxx
xxxxxxxx

"ok pergi dlu yer"

Baca entry sebelum ni,

Semua ibu bapa nak yang terbaik dan cemerlang..... sekarang ni aku fikir, aku memang tak pandai jaga anak. Aku memang bukan ibu yang pandai, bijak, cemerlang dalam akademik, aku memang serba serbi lemah sampai sekarang pun..... kerana Allah sahaja yang bijak pandai, hebat.....

Dua minggu lepas masa anak aku nak ambil peperiksaan akhir tahun langsung dia tak baca buku hanya buat latihan English sahaja, aku emo dan marah kat dia.... hingga kan aku kata "ikut kakak la nak jadi apa pun".... 

 Husban aku kata, budak baru darjah satu tak baik kata macam tu, hidup dia tahu main je la..... bila husban aku kata macam tu, aku diam dan terus istigfar, aku solat taubat.....

Aku belajar Asmaul Husna, kenapa syaitan masih menguasai aku..... sebab hati aku tak betul-betul bersih, masih ada saki baki dunia.....

Sekarang aku mula menyerah pada Allah Ya Waliy Ya Wakil, Dia Yang Maha Mengurus, Yang Maha Mengatur, arus dan atur lah kehidupan anak dan suami ku, keluarga ku serta umat Islam di dunia ini..... Aku doa dan doa..... kerana Allah Ya Baari' Yang Maha Menyusun akan susun semua hidup makhluknya..... 

Bukan aku tak kisah tentang masa depan anak, Allah tahu aku macamana, aku bukan ada duit yang banyak nak beri pendidikan terbaik untuk anakku, makan pun ala kadar, serba cukup.... itu pun anak aku makan nasi kosong dengan kicap dan budu tambah tiga kali aku dah nangis, kerana ingat Rasulullah saw anak cucu baginda tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum..... biarlah dengan rezeki yang ada aku bagi pada hamba di luar sana yang lebih memerlukan..... aku yakin jika tolong agama Allah, Allah akan tolong permudahkan urusan dunia kita.....

Jauhilah dunia menguasai fikiran aku.....

Aku readha

Aku mula tenang

Tenang dan

Tenang

Untuk kakak tadi, aku doakan yang terbaik untuk anaknya,,,,, Allah itu lebih mengetahui kerana Dia Ya Alim, Ya Zohir, Ya Bathin....

Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya, baik atau tidak result anak kita Dia lebih tahu perkara zahir dan bathin di masa hadapan....

Senang citer, kalau hari Jumaat kita disarankan membaca surah Al Kahfi, ingat peristiwa Nabi Musa dan Nabi Khidir.... Nabi Khidir lebih tahu tiga perkara yang dia buat walaupun di mata Nabi Musa ia adalah kejam.....

Ibu-ibu di luar sana jangan risau, Allah ada..... adakala Allah memberi kita senang tapi kita riak, adakala Allah memberi kita susah tapi kita argue.... fikir-fikirkan!!!





3 comments:

  1. kejap jeee kan.. pejam celik pejam celik..
    moga Allah beri kejayaan buat adik2 yang ambil UPSR =)

    ReplyDelete
  2. dulu seronok nk pi ambik result.. skrg semua pakai online je

    ReplyDelete
  3. all the best buat mereka..asni dh x ada UPSR kan

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED