Hanya 4 Calon USPR dan Keempat-empat Dapat 5A

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Beaufort: Empat murid lelaki Sekolah Kebangsaan (SK) Jabang, di sini, melakar sejarah tersendiri apabila semua mereka memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 yang diumumkan serentak di seluruh negara, pagi tadi.

Sekolah yang terletak kira-kira 130 kilometer dari ibu negeri ini hanya mempunyai empat murid tahun enam, secara amnya memperolehi keputusan lulus cemerlang 100 peratus, sekali gus menjadi antara 10 sekolah terbaik UPSR 2015 di negeri ini bagi kategori kurang murid.

Guru Besar SK Jabang, Jamaludin Musleh berkata, pencapaian membanggakan itu adalah prestasi terbaik sekolah berkenaan selepas hanya seorang daripada lapan calon memperolehi keputusan 5A dalam UPSR tahun lalu.

Sumber lanjut di  http://www.hmetro.com.my/




No comments

Powered by Blogger.