Dalam aksi separuh akhir hari ini, Chong Wei menunjukkan kekentalannya selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menjinakkan lawannya yang kerap menjadi penghalangnya menjuarai kejohanan utama di Sukan Olimpik dan Kejuaraan Dunia.

Namun Chong Wei, 33, yang memburu gelaran keempatnya musim ini dan yang kedua dalam Siri Super selepas Terbuka Perancis bulan lepas, berdepan satu lagi tugas berat apabila juara dunia, Chen Long menantinya di final esok.

Chen Long, juara edisi 2010, 2012 dan 2013, mara ke final selepas menundukkan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho 21-11, 21-17 dalam satu lagi aksi separuh akhir. - Bernama

Sumber: Sinarharian