Cek Mek Cheese

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dari kelmarin en husband duk cakap nak buat kuih ala-ala cek mek molek, tak tahu la dari mana dia ambil dia cakap dia fikir nak buat kuih macam tu.... tapi tak sure nak guna ubi apa? ubi kentang ke ubi keledek.... aku cakap kalau guna ubi kentang jadi macam begedil la, kalau guna ubi keledek macam cek mek....


Petang tadi terus dia pergi beli ubi keledek, tepung gandum, cheese dan serbuk roti....


Cara-cara 
Memang macam nak buat cek mek, rebus ubi, lenyetkan dan masukkan tepung.... 


Kalau nak tahu tepung dah cukup ke belum, bila dol tu tak melekit.... lepas boleh la membulatkan dol (suka hati anda la nak buatbentuk macam mana) itu dan masukkan cheese sebagai intinya...


Siap.... senangkan. Panaskan minyak dan goreng!!


Rupa dah siap membulat macam bebola ketam....


Siap goreng! tengok cheese kat dalam tu,,,, perghhhh memang meleleh.... (gambar memang tak cantik ni pun Bluetooth hp encik husband) hehehe


Allhamdulillah,,, terima kasih Allah Ya Syakur, Ya Razzaq, Ya Rahman, Ya Rahim....
Boleh la u all cuba tau, memang senang sangat nak buat kuih ni.... tak tahu nak bagi nama, buh la cek mek cheese.... hehehe





1 comment:

  1. cekmek pon dah letak cheese hahaha tapi nampak sedapp

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED