Pengalaman Terindah Buat Ku Pemegang Buku Merah di Bandung Part 3

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sesudah kami menjamu selera kami meneruskan perjalanan ke hotel. Dalam 10 minit sampai di Grand Hotel Lembang.... Aku malas nak citer pasal Grand Hotel Lembang, bila sampai sana driver taksi tu cas kami 50,000 lagi sebab tunggu kami makan dalam sejam.... Boleh baca di Bandung Part 2, Bandung Part 1.... Sampai hotel check in..... terus tidur kerana kepenatan semalaman kami di klia 2 tak tidur.... Bila petang bangun solat Asar terus kami keluar jalan di sekitar hotel cari makan.... Asar di sana pukul 3 dah masuk (waktu Malaysia pukul 4)....


Bila berjalan sepanjang jalan aku tengok gerai-gerai menjual 'banderek bajigur'.... rupanya jagung bakar, pulut bakar yang 4 segi putih tu, pisang cheese....


Kat sini makanan dari makanan Sunda.... 


Pisang cheese....pisang ni cuma 2 biji.... kalau kat Malaysia ni pisang tanduk.... Besar dan panjang.... Harga 2 biji pisang cheese, 2 pulut bakar, dan 2 biji jagung bakar ni 15.000 rupiah.....


Suasana waktu petang di Lembang berhampiran dengan Grand Hotel Lembang.... sepanjang jalan ni ada kiri kanan jalan jual makanan.... yang paling femes kat sini adalah masakan Sundanese dan nasi padang.... 


Sepanjang jalan kalau kat Bandung mesti korang akan nampak ayam tergantung ni..... inilah masakan Sundanese, nasi putih, ayam kampung goreng, ulaman, tauhu dan tempe serta sambal..... kalau kat Malaysia seperti nasi ayam penyet, tapi real nasi ayam penyet kat sini tak ada sup.....


Ini ler rupanyer..... kami memang tak reti nak beli nasi ni....... bila sampai kat bilik baru perasan bungkusan yang kami beli tak ada nasi...... duk pikir tertinggal nasi ke apa....... harganya 3 bungkus ayam seram ulaman ini 60,000 rupiah...... Bila tak ada nasi kami pergi beli kat cafe hotel, dengan harga 15,000 rupiah satu mangkuk polistrin ni....... yang aku suka kat sini, nasi putih dia sedap, melekit dan lembut...... putih bersih sahaja...... tekak aku memang duk makan beras siam dah rasan sedap, tapi bila makan nasi kat sini,,, perghhhh lagi sedap.....

Tempat Yang Di Lawati

Tangkuban Parahu
Pergi dengan tujuan untuk menghadiri conference, memang tak sempat nak berjalan.... kami hanya sempat melawat ke Tangkuban Parahu dan Ladang Strawberi, kerana tempat itu yang paling dekat dengan hotel kami, dalam 40 minit pendakian jalan..... dari Bandar Hussein naik ke Lembang terus ke Tangkuban Parahu jalannya mendaki seperti jalan Kundasang, Kiri dan kanan jalan sangat padat, tapi aku respect walaupun jalan kepadatan mereka (pengguna jalan raya) saling beri laluan antara satu sama lain....



Suasana Tangkuban Parahu walaupun panas tapi anginnya sangat sejuk, korang takkan berpeluh kerana ini tanah tinggi.... Nak masuk sini, kalau tourist hari biasa 200,000 rupiah, kalau weekday atau cuti umum 300,000 rupiah..... kalau tourist mereka minta pengenalan diri, so tak leh la nak tipu orang tempatan..... bagi orang tempatan, fees dia baru 515,000, mengikut kenderaan mereka.


Yang ni kawah Ratu... kat sini valcanonyo hanya ada ratu, kata orang yang menjual kat sini kalau ada raja, tak kan jadi tempat pelancongan.... gunung berapi ni dikatakan berbenyuk parahu terbalik, sebab itu dia dinamakan dengan "tangkaban parahu" nama Sunda....

Sangat hebat allah Ya Khaliq, Ya Baari', Ya Mussowwir.... Yang Maha Mencita, Yang Maha Menyusun kejadian, dan Yang Maha Merekabentuk kejadian....


Penuh dengan gerai kecil tempat menjual baju, cenderamata dan sebagainya.... hati-hati ke sini, kalau tourist, jurujual akan mengikut stiap pergerakan anda.... aku dah serabut sebenarnya, nak free jalan pun tak boleh... dalam hati aku hanya zikir dan zikir.... Allahumma Ya Hafiz, Ya Muhaimin..... Yang Maha Menjaga dan Maha Melindungi, Allhamdulillah kami tidak tergoda membeli barang mereka, seperti tasbi, gelan dan rantai leher yang diperbuat dari batu gunung berapi ni.....

Balik dari sini, driver teksi yang kami tempah melalui hotel (30,000 rupiah) hendak bawa kami jalan-jalan di kolam air panas dan ladang teh, tapi aku bagitahu taknak.... kerana kami janji 300.000 untuk ke tangkuban parahu..... kalau kami tambah tempat melawat, aku tahu dia akan tambah cas, semacam kami kena hari pertama di Bandung Part 2....

Strawberry Land
Masa nak balik kami singgah di ladang strawberi kerana itu jalan balik kami ke hotel. Untuk masuk ke ladang ni, yurannya 15,000 seorang tapi selepas keluar akan ditukar dengna air strawberi.... kalau kutip buah strawberi akan dikira 30,000 untuk per kg....


Selamat Datang ke Natural Strawberi


Ladangnya tak de besar dan buah pun tak banyak.


Hasil kutipan yang tak berapa


Air strawberi yang fresh di tukar dengan harga tiket.


Floating Market

juga salah satu tempat yang popular di Lembang.... walaupun Floating Market tu di belakang hotel ku duduk, tapi tak sempat nak pergi.... kalau korang ke Lembang jangan lupa singgah di Floating Market, tempat ni tempah relex, di kelilingi dengan tasik dan ada gerai makan.....

Conference Day
14 Okt-15 Okt 2015


Kali pertama aku tengok pokok ni... pokok ni sugar palm (Arengapinnata) atau orang tempatan panggil pokok areng... kalau tengok pada gambar slide tu daunnya menurun ke bawah tapi bila pokok ni matang daunnya menaik ke atas seperti manusia menadah tangan.... Kajian di atas tantang "tradisional knowledge around the importance of sugar palm (Arengapinnata) for local communities in West Java.


Gambar di atas ni satu kajian tentang "floating garden in Inla Lake, di Mynmar".... kat sana mereka menjalankan aktiviti pertanian di dalam tasik... sangat menarik kajian ni.... kalau kat tempat kita dah biasan dengan hidroponik....


Aku tak banyak ambil gambar masa present, aku sendiri yang present pun tak tangkap gambar kerana al maklum la, tak ade smartphone kan kerana aku masih guna Nokia 101 ni.... gambar yang ada pun aku pinjam bawa smartphone orang.... hehe..... bila tuannya nak guna tak boleh la aku bawa masuk parallel session.... aduhhh.... kesiannya ko.....


Selamat Tinggal Lembang, ada rezeki kita sampai ke sana lagi.... hari kedua conference selepas aku present jam 12.15pm, lepas lunch kami terus check out dan turun ke bandar Hussein, tak tunggu closing pukul 5.30 petang kerana flight aku balik ke Malaysia pukul 8.10 pagi esoknya 16 Oktober 2015....


Disebabkan jarak dan masa untuk ke bandar Hussein kami ambil keputusan untuk terus cari hotel di bandar Hussein sahaja, memandangkan semua belum shopping.... kami naik "angkut kota".... katanya nak berhenti sebelum pasar baru, bila ditambah untuk ke pasar baru harganya terus ditambah juga.... hehehe padan muka..... 20,000 seorang, yang pada mulanya 15,000 seorang....

Pengalaman Naik Angkut Kota



Angkutan Kota atau angkut ni sebuah van. Kalau van dari Bandar Hussein ke Lembang vannya warna jalur kuning ada tulis Lembang... Kebanyakan angkut kota ni warna hijau yang membezakannya adadalah jalur kuning, putih... tapi ada juga angkut kota warna biru mengikut tempat yang akan di tuju.... NAik angkut kita ni kalau orang tenpatan kami tengok semua bagi 2000 rupiah, tapi tourist macam kami harganya 4000 kalau jalan sekitar bandar Hussein.... kalau jauh chargenya lain lak harga yer....

 Didendangkan Dengan Pemuzik Jalanan


Tapi apakan daya sampai di bandar Hussein, depan jer Pasar Baru dah pukul 4.30 petang, jalan kaki cari tempat tinggal member.... dah pukul 5 lebih, pasar baru dah tutup..... melepas la kami semua untuk ke pasar baru..... kesiannnn..... memang trip yang padat dengan kerja.....

Bila sampai di guest house member, kami ambil keputusan cari di hotel yang dekat dengan main road kerana esok kami akan keluar pagi..... jalan kaki lagi cari hotel, sampai kaki husben aku melecet-lecet memang dia dah tak larat nak jalan menahan sakitnya kaki..... hehehe (kata beg ppppackker) macam tu ler...... so korang pakailah kasut atau selipar yang sesuai kalau beg packer....

Istana Plaza

Dah dapat hotel kat bandar Hussein dekat dengan airport, kami terus keluar jejalan terakhir.... Tempat pertama kami pergi iaitu ke Istana Plaza. Masuk jer kejap terus keluar....

sumber google

Paris Van Java
Tempat kedua kami ke Paris Van Java. Masuk sini macam masuk kat JPO Johor Bahru....

sumber google
Kami kat sini dah malam.... dan tak ade apa nak beli kat sini.... bukan sini yang kami nak shopping....


Jalan jer la tengok suasana Paris Van Java ni


Cihampelas Walk
Tempat seterusnya kami ke Cihampelas Walk,


Penat pusing dan shopping sikit jer, baju sehelai sorang tuk anak.... tak ada apa yang dibelikan untuk diri sendiri,,,, so tak leh la nak tunjuk apa yang dibelikan kat sini.... malah kat sv aku pun tak beli apa-apa, terlupa!.... memang dalam fikiran aku tak ada shopping tak cukup duit kan, dapat pergi conference ni pun dah ok sangat, syukur sangat2 buat kali pertama buat pasport antarabangsa dan ke luar negara.... hopefully dapat sangat diterbitkan jurnal..... Allah Ya Baari....


Jom kita makan dulu.... lapar,,,,,,

Menu kiri tu mee kocok, yang tengah nasi ayam penyet, yang kanan baso.... kalau kat tempat kita selalu panggil bakso tapi kat sini baso.... perghhhh memang sedap.....

16 Oktober 2015

Jam 6 pagi kami keluar breakfast kat hotel then terus check out.... ambil teksi yang sudah sedia menunggu di hadapan hotel terus ke lapangan terbang Husein Sastranegara


Lapangan terbang ni dalam proses pengubahsuaian....


Selamat tinggal Bandung... Terima kasih Ya Rabb bawa kami ke sini dengan selamatnya pergi dan pulang.... Terima kasih penerbangan Air Asia semua cabin crew yang diketuai oleh Kapten Ilyana yang mengendalikan pesawat AK 417 Bandung - KLIA2 7.50 pagi....

Allhamdulillah







No comments

Powered by Blogger.