Aril AF7 Selamat Timang Anak Lelaki Sama Hari Lahir Dengan Izwan Pilus dan Ibunya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Naib juara Akademi Fantasia 7, Aril atau nama sebenarnya Khairul Azam Pilus, selamat menimang cahaya mata lelaki pada 24 November lalu.

Isterinya, Puteri Edlinda telah melahirkan bayi sulung mereka tepat jam 11.25 malam di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Dikhabarkan isteri Aril melahirkan anak pertama mereka secara normal dan ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat.

Istimewanya tarikh kelahiran anaknya itu sama dengan hari jadi ibunya Normah serta arwah abangnya Izwan Pilus.

Ianya disahkan oleh sumber yang rapat dengan Aril menersi muat naik status di laman Facebook. 

Berikut merupakan status berkenaan:
Hati gembira tak terucap............

Lahirnya seorang Bayi Lelaki dgn gelaran "TUN" dimuka bumi ini... 
Sekaligus memberi sinar cahaya kebahagian dan kegembiraan pada Aril sekeluarga.
Bayi ini seolah menggantikan tempat Arwah Abg Wan...
Lahirnya tepat jam 11.25 malam di Hospital Pusrawi pada 24.11.2015
Tarikh lahir yg sama dgn nenek nya Mak Normah dan arwah pakcik nya izwan pilus.
Alhamdullilah.............. setelah lama menunggu masa kelahiran nya,
akhirnya Aril Jr keluar juga.
Tahniah Puteri Erma Edlinda ... Lahir secara normal..... Sesungguhnya TUN sgt gebu dan comel........... 
Tahniah Khairil Azam Pilus .... Kamu sudah jadi seorg Daddy !! Yeayyyy ...
Apa ajam kata smlm?
Hujung minggu singgah rumah dan bawak Tun jenjalan....hahahaha...
Abis laaaa auntie Reng..... kikikikiki....
Semoga kebahagian sentiasa disisi mu wahai khairil Azam dan sekeluarga..
Jaga diri dan family bebaik naaa............ 
We always with you and your family
Sumber : muraicom




2 comments:

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED