Hanya Solat Kusyuk Mencegah Kemungkaran

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Huraian

"Allah Ya Alim Yang Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan kerana Dia Ya Hakim Yang Mahabijaksana dan Dia Ya Basir yang Maha Melihat apa yang kita kerjakan"

Masalah sosial semakin beleluasa, pendidikan sekolah juga tidak dapat membendung gejala sosial
Kita sibuk dengan dunia, cari dunia, kerja untuk keluarga, tapi keluarga makin parah dengan gejala sosial....

Di mana silap???

Hanya Solat Kusyuk sahaja dapat mencegah kemungkaran!!! Sucikan hati dari berhala dunia, bisikan syaitan dan nafsu bagi mendapat solat kusyuk...

Adakala masa duk solat kita masih ingat nak buat itu dan ini, nak beli itu dan ini,,,, macam-macam kan bila hati kita penuh dengan perkara dunia.... bagaimana agaknya hati anak-anak kita ketika solat?

Kita selalu tanya anak kita dah solat ke belum? tapi jarang sekali tanya anak solat kusyuk ke tidak? dan ajar mereka bagaimana untuk solat kusyuk....

Jom kita jaga solat dengan kusyuk....

"Ya Allah Ya Mumit, putuskan tali yang mengikat hatiku dengan dunia dan manusia agar daku
dapat mendekatkan diri kepadaMu dengan sedekat2nya. Sesungguhnya seringkali dunia dan 
manusia ini menghijabku denganMu Ya Allah.

 Ya Allah Ya Fatah, bukalah hijab antara daku denganMu agar daku dapat merasa kedekatan
denganMu, dapat bersunyian denganMu, berkhalwat dan bersuluk denganMu.

Ya Allah Ya Zohir, nampakkan hanya Engkau pada pandangan matahatiku, ingatkan hanya 
kepadaMu dalam hatiku, masukkan hanya Engkau"





1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.