Gala Night, Asian Youth Indie Film Festival 2015 (AYIFF)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


SUKACITA dimaklumkan bahawa Universiti Utara Malaysia akan mengadakan Gala Night, Asian Youth Indie Film Festival 2015 (AYIFF) seperti berikut:

Tarikh
:
5 Oktober 2015 (Isnin)
Masa
:
8:00 malam
Tempat
:
Dewan Mu’adzam Shah
Pakaian
:
“Black Tie/ Smart Casual”

AYIFF2015 akan dianjurkan selama dua hari bermula 4 hingga 5 Oktober 2015 bertujuan untuk mengangkat dan mengiktiraf idea kreatif pelajar dan belia dalam industri filem dan kandungan kreatif. Gala Night AYIFF2015 adalah kemuncak acara untuk menyampaikan anugerah dan meraikan peserta yang memenangi anugerah tersebut.

Maklumat lanjut berkaitan AYIFF2015 sila layari laman web http://ayiff.cms.net.my. Bersempena dengan AYIFF2015, satu persidangan antarabangsa iaituCreative Industry International Conference (CIIC) 2015 juga diadakan di Hotel EDC, UUM pada tarikh yang sama.

Tiket masuk adalah terbuka kepada semua dan percuma. Untuk tempahan tiket sila daftar secara online di http://www.eventbrite.com/e/ayiff2015-gala-night-tickets-18809754482 atau imbas QRCode berikut:

QRcode.png

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Dr. Syamsul Bahrin Zaibon di talian 04-928 5878 atau pejabat am SMMTC di talian 04-928 5811 atau pejabat Penolong Naib Canselor (UUM CAS) di talian 04-928 5001.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED