Pertama Kali Ke Pendang : Motivasi Pelajar SPM

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....
Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir

Hari ni Allah Ya Baari' agendakan saya dan sahabat ke Sek Men Keb Sg Tiang Pendang Kedah. Kali pertama saya ke Pendang ni. Selama ni duk lalu kat highway duk nampak papan tanda Pendang ja....

Bertolak dari Sekolah Sintok pukul 7.00 pagi selepas hantar kakak Amani ke sekolah.... Kali pertama juga kakak p sekolah awal lum pukul 7 dah bertolak dari rumah. Katanya kakak orang pertama datang kelas.

Walaupun sesat bila nak sampai Sg Tiang tu, aku sangat bersyukur dapat melihat keindahan Allah Ya Badi' sejuk mata memandang kehijauan bukit bukau ciptaan Ya Khaliq Ya Baari' Ya Musowwir.... menginsafkan diri yang hina ini.

Program motivasi untuk pelajar SPM Sek Men Keb Sg Tiang berjalan lancar, walaupun tujuan dan matlamat belajar mereka bercelaru pada mulanya. Allhamdulillah semoga mereka sedar matlamat sebenar mengapa perlu belajar? kerana..... untuk menuju syurga Allah sebagai abdi yang sejati serta khalifah Allah yang memperjuangkan ummah...... Semoga mereka semua berjaya dunia kahirat. Terima kasih buat semua warga pendidik, guru-guru SMK Sg Tiang....

Aku terpaksa balik awal bergegas ke Sintok ambil kakak balik sekolah. Petang ada satu lagi seminar di Unimap tapi tak tahu kenapa petang ni aku sangat penat, mengantuk.... tiba di rumah, aku terus landing sambil zikir terus terlelap. Rasanya aku lelap dalam 10 minit kot. Bila bangun aku rasa amat segar sekali walaupun dikejutkan oleh anakku.

Subhanallah, hebatnya Allah bagi rehat sedikit dengan rasa kepuasan yang cukup. Terima kasih Ya Rabb....



No comments:

Post a Comment

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED