Beg Dan Kad Kredit Saya dah dijumpai

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Allhamdulillah...

Salam sayang


Yang Besar itu Allah Ya Kabir Ya Muttakabbir, kita hamba yan rendah lagi hina....

Kelmarin, saya baharu berkesempatan untuk ke maxis centre mengambil simcard baru..... dek nak beli henset baru, polis call bagitau dah jumpa beg ku.... aku agak maybe jumpa wallet sahaja kot....

Sampai di balai polis
dengan berdebar bila sampai di balai polis, polis bagi aku seorang sahaja pergi jumpa sarjan yan bertugas.... bila masuk biliknya dia tunjukkan wallet aku, tp aku dah nampak tali beg carlo rino aku kat bawah tepi meja dia... dia suruh aku tgk apa lagi yang ada... aku cakap handbeg saya.... lepas tu dia ambilkan.... aku check semua barang aku pencil box, buku, beg kuning.... dalam beg kunin macam-macam barang ada satu pun tak de yang hilang... yang hilang cuma henset aku, dan duit ringgit... syiling pun dia tak ambil,,,, pendrive buku, tag crew. semua ada.... casing henset pun dia tinggalkan.... yang paling best..... ada dua resit kad kredit yang dia guna..... resit pertama RM2756 dan resit kedua RM1113.70,,, dengan confident aku cakap kat polis yang RM2756 tu bukan akupunya... cincin dan rantai tangan pun dia tak ambil.... polis tanya ni cincin awak punya.... ya, jawab ku terus aku pakai kat jari.... memang la dia tak ambl sebab cincin n gelang tangan tu zhulian punya... hehehe... aku pun tak pakai gelang tangan tu... cuma selalu pakai cincin tu kerana cincin tu simple...

Allhamdulillah....

Selepas semua selesai aku, balik dalam kereta baru aku check resit kad kredit tu dan terkejut resit pertama RM2756 tu nama aku!.... trus aku cuak, bank xde mention pulak yang ni.... bila tgk masa transaction tu lebih awal dari transaction pertama.... terus minta henset husband aku nak call bank.... husband aku lak tertinggal beg henset kat balai polis... patah balik ambil.... huhuhu

Kad Kredit
Bila call bank, line tak clear, tanya lak soalan yan tak masuk akal orang bank ni,,,, aku dah buat report segala bagai dah hantar repute form kat bank ada ke tanya aku kat mana aku guna kad kredit.... aku cakap, aku tak guna kad kredit tu, kad kredit hilang..... then line tak clear antara kedah dan perlis... sampai rumah baru aku call semula, satu hal bank ni nak call punya susah, banyak sangat kena tembus operator walaupun direct line.... bila check, resit yang RM2756 tu tak sah... Allhamdulillah lega rasa.... tapi yang pening dgn bank ni..... dia kata kes aku masih dalam siasatan.... cz borang yang aku hantar tak lengkap tak tulis nama tempat penggunaan kad kredit tersebut.... aku cakap kat kredit itu hilang, aku tak tahu nama tempat, dan pihak bank lagi arif dapat check dan tahu tempat.... skang ni aku baru saja ambil barang2 aku kat balai polis ada orang jumpa kat masjid, dan dalam beg aku tu ada resit penggunaan kad kredit tu.... kalau aku tak jumpa resit tu, pencuri tu buang mana aku tahu tempat kedai henset mana pencuri tu guna..... lepas tu dia suruh aku send semula repute form dan tulis nama kedai.... aduh... pening..... dah la kita kena charge dan bayyar dulu penggunaan tu...... ambil kes nak elak dari pihak bank nak tanggung jer..... dia pesan kalau kehilangan report cepat2... memang la aku report cepat dalam setengah jam berlaku.... nak report satu persatu bank uuntuk blok ingat 2, 3 minit ke.... nak kena lalui operator bagai, pengesahan bagai.... mesti la take time.... bukan 1 bank..... dah sampai bank kad kredit tak sempat blok, bila call dah ada transaction, salah aku ke.... satu soalan lagi, ada ke tanya aku macamana buat pembayaran kad kredit.... haduiii.... aku cakap itu kad kredit baru, saya belum pernah guna dan belum pernah bayar.... Allah Ya Baari'.... husband aku lak cakap, kenapa kad kredit ni tak ada safety? pihak bank kata memang macam tu encik kalau hilang, memang kena buat report awal.... tak menjawab soalan....

Apa pun aku serah segalanya pada Allah Ya Baari'..... Dia Ya Malik Ya Wakil....

Allhamdulillah... Allah Ya Syakur.....


No comments:

Post a Comment

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED