Ziarah Rumah Kanak-kanak (part 1)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... salam  sayang  buat  semua....

Pagi tadi Allah  Ya  Baari  susunkan  saya ke rumah  kanak-kanak kelmarin... rupanya  rumah kanak-kanak ni adalah tempat jagaan remaja berumur 13 tahun hingga 18 tahun... Kat Malaysia ni banyak tempat jagaan kanak-kanak dan remaja. Ku berpeluang tempat penjagaan kanak-kanak di Utara semenanjung memandangkan aku bermastatutin di sini....


Ujian Itu Kasih Sayang Allah
Subhanallah, maha suci Allah mereka anak-anak yang dikasihi disayangi Allah swt. Dengan umur belasan tahun, ada juga umur dibangku sekolah rendah telah diberi ujian yang besar kepada mereka...... Apa yang mereka alami, aku percaya bukti kasih sayang, cinta Allah Ar Rahman, Ar Rahim, Al Waddud.... aku tahu buka mereka mahu menjadi seperti itu, dan bukan mereka rela diperjadikan seperti itu tapi "mereka juga ibarat anak-anak syurga walaupun banyak perbuatan buruk yang mereka lakukan".... kerana mengampuan Allah itu sangat luas, walaupun sebanyak mana buih di lautan, luas lagi kemaafan kemapuanan Allah Ya Affu, Ya Ghoffar, Ya Tawwab. Mungkin kerana mereka tidak diberikan kasih sayang yang secukupnya daripada pihak ibu bapa atau tidak diberi pelajaran agama secukupnya.....


Anak-anak Adalah Anugerah Yang Tidak Harus Diabaikan
Kalau aku ditempat mereka dengan umurku semacam itu, belum tentu aku akan dapat menghadapinya..... Kasih sayang Allah yang luas tiada ada tolak bandingnya. Mereka diberi kasih sayang Allah melalui ujian sebegini! Kerosakan akhlak dan sebagainya. Mana mungkin kita insan sempurna di dunia. Anak harus dijaga, dididik, agama sangat perlu untuk membimbing anak-anak kita, mengajar mereka mana yang salah mana yang betul. Kelekaan manusia melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik mereka akan juga disoal di akhirat kelak. Harus diingat apa tujuan hidup kita di dunia!!!



Bukti Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Waddud
Aku yakin mereka akan menjadi manusia yang berguna bila dewasa kelak. Pengalaman akan mendewasakan mereka. Pengalaman juga akan mendidik mereka ke jalan yang benar. Pengalaman yang mereka alami tidaka ada pada remaja lain. Mereka mahu dikasihi disayangi, mereka menagih simpati kasih sayang. Walaupun hati mereka beku,  aku tahu dan pasti hati mereka sangat perlukan perhatian kasih dan sayang. Namun, mereka tidak nampak dan tidak dapat rasa, kasih sayang Allah Ya Rahman, Ya Rahim terhadap mereka yang sangat banyak dan luas kerana mereka tidak kenal siapa Allah!!! Kalau tidak mana mungkin mereka diberi pakaian cantik-cantik, diberi makan minum sebanyak 6 kali sehari daripada Allah Ya Razzaq. 
Hebat sungguh kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Waddud pada mereka semua. 
Penerimaan Masyarakat
Hati mereka beku, beku dengan cemuhan, beku dengan ejekan, beku dengan hinaan masayarakat. Di sebalik hati yang beku dan mengeras itu membuatkan adakalanya mereka semakin agresif dan liar. Hanya itu yang dapat diekspresi kan melalui tingkah laku mereka. Setiap hati-hati yang membeku itu, dapat dilihat ada tangisan di dalam, walaupun pada pandangan zahirnya tidak nampak, pandangan batinnya dapat di rasa. Berilah peluang mereka untuk berubah, kasih dan sayangkan mereka, Cubalah terima mereka dengan seadanya. Jangan lah hina, cemuh mereka wahai masyarakat! Berbuatan kalian terhadap mereka akan menambahkan lagi kesulitan dan akan merosakkan lagi akhlak mereka. Mereka cuma mahu diterima seadanya dan tidak dibezakan. 

"Datang lagi yer"
Kata-kata itu memberi semangat untuk kami semua terus ke sana dengan satu harapan, satu tekat, satu azam, satu jiwa, satu hati, membawa mereka mengenal Allah yang satu....

Allhamdulillah....

No comments

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.