Jom Kenal Al Mujib Yang Maha Mengabulkan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



[Forwarded from Wan Maseri Wan Mohd]

Assalamualaikum. Allahumma Ya Mujib, sesungguhnya Engkau yg maha mengabulkan permintaan, doa dan rintihan hamba2Mu. Tiada suatupun permintaan kami yg Engkau abaikan walaupun banyaknya permintaanMu, arahanMu dan laranganMu yg kami abaikan. Engkau ya Mujib menunggu2 saat2 dipagi hari utk kami menadah tangan dan menyungkurkan diri kpMu memohon segala permintaan bg segala masalah dan cabaran hidup kami. Ya Mujib, Engkau mengabulkan permintaan kami yg baik2 utk akhirat dan dunia kami kerana Engkau Maha Baik ya Barr dan Engkau tidak akan mengabulkan permintaan yg tidak baik bg akhirat utk kami walaupun kami rasakan kebaikan utk dunia kami. Engkau ya Mujib ya Baari' mengabulkan mengikut masa yg Engkau tentukan kerana Engkau ya Alim ya Hakim ya Rashid maha mengetahui apa yg terbaik dan masa yg terbaik utk hamba2Mu. Ya Allah ya Mujib, walaupun Engkau mempekenalkan diriMu Maha Mengabulkan, seringkali kami masih juga mencari2 manusia dan makhluq utk mohon pertolongan kerana tidak yakin dgnMu Ya Allah, kdg2 berputus asa kerana tidak sabar dlm memohon kpMu, kdg2 meminta sesuatu yg tidak baik bg kami kerana kejahilan dan ketidakyakinan kami kpMu Ya Allah. Oleh itu ya Mukmin ya Mujib, masukkan keimanan dan keyakinan dlm jiwa kami bahawa Engkau sentiasa mengabulkan permintaan hambaMu yg merayu merintih kpMu, yg memanggil2Mu dgn Nama2Mu..

No comments

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.