Gulai Kuning Ikan Jenahak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum... salam sayang....
update resepi

Gulai Kuning Ikan Jenahak



Gulai ni en husband yang masak
Seronoknyer bila penat balik ofis, tengok en husband duk dapur masak
ada ler peluang relex skit,,,, hehe
Ikan jenahak ni jiran belakang rumah yang bagi. terima kasih Ya Razzaq
Sebelum ni aku memang tak kenal ikan ni, kat kelate tak tahu ada ke tak, tapi memang aku tak tahu atau aku ni jarang pergi pasar. entah la..... 

Bahan-bahan
Bawang putih
Bawang merah
Lengkuas
Halia
Kerisik
Serai
Santan
Karot/Bendi/Tomato (terpulang)
Kiub ayam
Minyak masak untuk tumis

Caranya
Korang hiris semua bahan tu, agak-agak la berapa ulas dan berapa banyak..... biasa en husband masak main campak jer, aku main belasah jer... janji siap boleh makan.... hehehe
Tumis dulu, then masuk kerisik, santan, kemudian air.... last sekali masuk sayur yang anda suka..... biasanya en daddy dan aku masak suka buh karot coz anak-anak boleh makan....
Senang jer, masak gulai ni..... 


kena lak make nasi ngan budu ulaman ni perggghhh harus dua kali tambah.... yang panjang-panjang tu ulam petai belalang, pucuk ketereh dan kacang botol atau kelisa....

harus le gomukkkk dak yer.... makan bertambah....
Apa pun nak buat cuka zikir Asmaul Husna Allahumma Ya Khaliq, Ya Baari, Ya Mussowwir kerana DIA yang maha menciptakan sesuatu, menyusunkan kejadian semua makhluknya dan yang maha merekabentuk.

 Harus jadi la masakan u all.... selamat beramal dan berzikir mengingatiNya.

7 comments:

  1. Sedapnya makan gulai laga dengan ulam cicah budu :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya
    pujuk jangguih tu.aduh duh

    ReplyDelete
  3. wah,siap ada tips untuk tambah 'kesedapan' masakan lagi.IbuNoey pula kalau masak,kadang ada berselawat.in shaa Allah,sedap je apa yang kita masak tu.

    ReplyDelete
  4. Ikan jenahak. Sedapnya! Adoi. Hari tu Sha pegi pasar nak beli ikan jenahak. Tapi tak kenal rupa dia macam mn. So, tanya je pakcik penjual tu, dapat ikan terus bawak balik. Sekali rupanya ikan merah. Tertipu cheq T_T

    ReplyDelete
  5. alahaiiiii sedapnyaaaa kecur air liur haishhhhh

    ReplyDelete
  6. uuish makan ngan ulam tu.. lagi trangkat..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED