Kisah Disebalik Trailer Jwanita

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Kisah Adik Zara Bila Aku Tengok Trailer ini
Semalam, teruja nak tengok trailer filem yang dah lama ku  tunggu. Aku terus tekan youtube tontonnya dengan asyik. Sementara, kakak Amani dan adik Zara duk asyik juga tengok handset. Tiba-tiba adik Zara terus lari menerpa aku dengan ketakutan. Aku angkat dan peluknya terus baca ayat kursi dan 3 kul.... dan zikir Asmaul Husna "Allahumman Ya Hafiz, Ya Muhaimin".....cbila reda sikit aku tanya adik kenapa? Dia cakap "hantu".... Ya Allah!.... tak tahu la betul atau tidak! Ni kali kedua berlaku. Kali pertama masa bkat kampung balik beraya hari tu, kat rumah mak ayah ku.... haduhai.... semoga Allah melindungi keluarga ku tutupkan hijab anak-anak ku....


Sinopsis Filem Jwanita:
Filem ini mengisahkan seorang gadis bernama Jwanita lakonan Maya Karin yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang mengamalkan ilmu hitam.
Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya selepas Jwanita bertemu dengan Farhan lakonan Bront Paralea yang bekerja sebagai doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.
Namun, segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya sendiri iaitu Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula.
Jwanita kembali dengan perwatakannya yang jauh berbeza, namun dengan azam dan dendam durjana.

Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Maya Karin, Bront Palare, Christina Suzanne, Marsha Milan,
Terbitan : Nuansa Sdn Bhd dan Ehsan Production Sdn Bhd.

1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.