Raya 2015

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... allah Ya Syakur...
Syawal 10 baru dapat update entry...

Seminggu balik kampung tak terasa. syukur Allah Ya Baari susunkan kami beraya di kampung. Terima kasih Ya Rabb.... raya kali ini sangat sederhana. Allhamdulillah tanpa pembaziran. Maaf kerana kesederhanaan kami yang Allah berikan ini tidak dapat membawa buah tangan untuk keluarga pada kali ini... kesederhanaan tahun ini baru dapat ku rasa, mereka yang susah tanpa langsung memikirkan baju raya dan sebagainya.... tanpa ku fikirkan sebelum ini, tanpa ku rasakan sebelum ini.... Sangat nikmat rasanya, tanpa fikirkan dunia. Namun, adakala hati juga tersentuh hiba kerana tidak dapat membeli baju raya pada mak dan ayah, tidak dapat beli kuih raya pada keluarga.... Hanya ini rezeki kami kali ini, dapat beraya di kampung sangat kami syukuri.... semoga mereka dapat menerima kami seadanya....

Bayangkan mereka di luar sana tanpa tempat tinggal, makanan dan sebagainya.... langsung tidak fikirkan apa itu hari raya....


Kemeriahan raya dapat berkumpul bersama keluarga sangat dihargai....






dan kali ini syukur Allah Ya Baari susunkan pula, dapat jumpa kawan-kawan walaupun tak semua.... Ingatan ini selalu pada kalian walaupun terputus di alam maya sekejap.... maaf kerana terpaksa memutuskan silaturahim di alam maya tapa whatups, facebook dan sebagainya....


sahabat dari kecil membesar bersama


Raya tanpa kemeriahan majlis kenduri tidak dapat dinafikan... allhamdulillah dapat kami sekeluarga menghadiri kenduri dan merapatkan silaturahim berjumpa keluarga dan sanak saudara yang lama tidak bersua....
Sempat bertandang ke majlis aqiqah Puteri sulong Dato Muzri dan Datin Fefe penerbit novel Karya Seni...







No comments

Powered by Blogger.