Ramadhan ini mengubah cara makan ku

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...

google image

No more excited for eat
Masa sahur tadi, aku tanya en husband nak beli gulai ayam kg ni lagi ke hari ni..... dia kata nak! dia lak tanya aku, aku tak kisah makan apa pun.... ada makanan apa pun aku makan..... dia tanya lagi, takkan tak ada rasa teringin nak makan apa??? aku cakap tak ada..... ikut la apa pun.... dia kata, ok kita tengok..... "akok nak",,,,, kalau ada makan, aku jawab..... dia tak percaya apa yang aku cakapkan.... seolah macam aku tipu.... kekeke

Teringat Rasulullah makan
Serius ni, betul Ramadhan kali ini aku tak excited nak makan apa pun..... ada makanan aku makan!..... tengok makanan, hati aku kata no! walaupun mulut kata sedapnyerrrr,,,,, yumyum.... bila kat hati teringat Rasulullah saw dan keluarga baginda makan terus aku jadi tak kisah..... apa yang husband aku beli aku makan..... Bulan puasa aku memang off masak.... kalau tahun lepas sampai gaduh ngan en husband aku nak masak itu dan ini.... Tahun ni sangat berbeza.... langsung tak kisah tentang makan.... Baru sekali kami berbuka kat luar.... en husband tanya nak makan kat mana..... aku cakap tak kisah la kat mana, nak berbuka jer pun.... hehehe....

Persiapan Raya
Apa pun heran, heran, heran,,,, bila hati tengok something yang new, aku dengan heran aku tu bertukar..... memula memang da plan nak beli kek bawa balik kampung dua buah rumah..... tapi sekarang persiapan raya kuih or biskut raya tiada apa..... aku serah je la pada Allah Ya Baari' kalau Dia bagi aku beli, aku beli la bawa balik kampung....

Nak pergi melawat rumah orang-orag tua
Hari ni aku cuma fikir nak p melawat rumah orang-orang tua di Kangar..... tapi aku tak pasti Allah atur atau tidak, aku serah jer kepadaNya.... kerana takut tahu en husband tak bagi aku pergi....

Konklusi
Bak kata seorang hamba Allah, bulan Ramadhan ni kita dah jalankan tugas seperti khalifahNya, ibadah buat dengan baik, semua sederhana.... bila masuk Syawal cuba "paku", apa yang kita buat masa Ramadhan supaya tidak terlerai.... bila makan raya pun sederhana jangan semua nak makan..... yang penting solat-solat sunat jangan terlerai..... cuba bentengkan diri "mengasingkan diri sekejap" untuk solat sunat dan baca Al Quran sepertimana yang di lakukan semasa Ramadhan!!! Kalau tidak berjaya membentengkan diri, back to normal.... sama la kita orang yang tidak diberi petunjuk olehNya.... macamana nak jadi hambaNya yang bertaqwa katanya! Bentengkan diri dengan zikir Asmaul Husna "Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin", "Ya Ghohhar, yang maha menundukkan" supaya allah tundukkan nafsu makan kita, nafsu shopping kita dan sebagainya.....

InsyaaAllah, mujarab...
Tepuk dada tanya iman apa yang anda nak semasa hidup yang sementara di dunia fatamorgana ini???


No comments

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.