Program Ziarah Anak Syurga di Taman Syurga

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah
Pagi tadi aku dam team sempat menziarah  anak-anak OKU di Taman Sinar Harapan Jitra  Kedah.

Allah Ya  Barri  menyusun dan mengatur kami ke sini...


Sesi penerangan  tentang taman sinar harapan. Penghayatan anak-anak OKU di sini seramai  79 orang umur bawah 15 tahun. Mereka datangnya dari seluruh Malaysia. Mereka di jaga oleh 20 pekerja.


Mula melangkah masuk asrama pertama aku dah mula sebak. Ya Allah... semalam  aku doakan Allah supaya Allah Ya Fattah buka jalan untuk ku melawat taman-taman syurgaNya. Aku tahu bulan Ramadhan  Allah  bukakan semua pintu syurga tapi aku tak maksud kan taman  syurga  kuliah  agama. Aku tak pasti apa aku minta yang pasti aku nak melawat taman syurga Allah.


Dan...... hari ini aku sangat tersentuh! semasa kami diberi penerangan tadi, sahabat ku ada menyatakan anak-anak OKU ni semua anak-anak syurga... kemudian pegawai taman sinar ini menyampuk, mereka semua berada di taman syurga.... aku tersentak....
Subhanallah....
baru semalam aku minta, ini rupanya taman syurga yang Allah makburkan doa ku...


Macam-macam gelagat anak-anak syurga ini membuatkan kami tersenyum, suka, malah sebak.... Aku salut dengan para pekerja di sini... Riak mereka sangat gembira dengan anak-anak ini... Semua asrama yang kami lawati para pekerja sangat happy go lucky dengan anak-anak syurga ini... Sangat sabar mereka... Mereka orang yang terpilih oleh Allah swt untuk menjaga anak-anak syurga di taman syurga ini....


Mereka yang tinggal di sini adalah daripada keluarga mereka yang menghantar kerana tidak mampu dan tidak mahu menjaga mereka. Banyak kes anak-anak ini daripada anak terbuang, anak tidak saf taraf kes mahkamah, kemudian dihantar ke sini.... Pelbagai katagori cacat pada anak-anak syurga ni... Anak yang tiada biji mata, ada yang tiada dua-dua telinga, ada yang kepala besar dan perbagai kes....


Banyak yang ke belajar tentang kebesaran Allah pada hari ini... Allah Ya Syakur kerana melalui anak-anak syurga, dan semua staf di sini kami dapat mengenal Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Waddud... Ya Kabir Ya Mutakabbir, Allah Ya Khaliq, Ya Baari, Ya Musowwir... Allah Ya Sabur....


InsyaAllah ada rezeki Allah Ya Baari susunkan, kami akan datang lagi... Terima kasih kepada warga Taman Sinar Harapan yang sangat ikhlas menerima kunjungan kami yang tak seberapa ini....
Semua kalian warga Taman Sinar Harapan dirahmati allah swt...

Aamin Ya Rabbal A'lamin...

3 comments:

  1. pernah pergi. nanti balik malaysia nak pergi lagi. saya cadangkan ukhti pergi juga ke. Rumah orang tua kajang dan PDK putrajaya.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah. tak mampu saya nak gambarkan macam mana perasaan sis sheila. tapi saya tahu, memang tak sampai melihat mereka dalam keadaan macam tu kan. inshAllah, syurgalah tempat mereka sis.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah merahmati setiap insan yang terlibat dalam menyayangi, mengambil berat, menjaga dan menziarah anak-anak syurga ini. Tahniah, sis!

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.