Program Ramadhan Ku

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allahmdulillah....

Dalam beberapa hari ni jadual ku full.... Allhamdulillah Allah Ya Baari susunkan live aku seperti ini....

Mohon maaf juga pada peserta GA Sheila Inspire Anak, Isteri dan Keluarga Cemerlang, belum sempat ku hantar poskan hadiah mereka.... InsyaAllah akan ku uruskan secepat mungkin sebelum 10 atau 10 Jun.... yang tinggal cuma beberapa hari lagi....

Program Ramadhan
Mula dari minggu lepas ku hadiri meeting NGO, dari situ Allhamdulillah Allah susunkan hidupku untuk menyambung perjuangan baginda Rasulullah saw. Syukur sangat Ya Allah Ya Syakur Ya Baari menguruskan segalanya....

Kelmarin dan Minggu Lepas
Kali pertama aku join program ziarah hospital.... Aku belajar macamana nak berinteraksi dengan para pesakit dan kongsikan ziki-zikir Asmaul Husna.... Minggu lepas aku join program ceramah Ramdahan kepada para jururawat dan staf hospital dalam "Penghayatan Asmaul Husna Dalam Pekerjaan"..... Hari ini, dalam pukul 10 pagi, InsyaAllah aku dan team akan menziarah anak-anak OKU dan berkongsi zikir Asmaul Husna kepada guru-guru....

Esok dan Lusa (6,7 Jun 2015)
Esok dan lusa baru aku akan kembali dengan agenda pengajianaku untuk buat data collection di sekolah yang aku pilih. Allhamdulillah, cikgu penolong kanan akademik sangat senang memberi pertolongan untukku untuk membuat data collection di sekolahnya seramai lebih kurang 320 pelajar....

Keyakinan
Aku yakin
bila kita tolong agama Allah, Allah akan mempermudahkan urusan kita.

Persiapan Raya
Tahun ni, aku malas nak fikir tentang baju raya, sekarang dah dua minggu puasa, sempat beli sehelai sorang t-shirt untuk anak-anak ku..... Bila aku jin program tu, aku berasa bersalah untuk buat persiapan raya seperti tahu-tahun lepas, kerana orang di belakang kita, orang susah tak reti nak fikir segala bagai tu..... Jadi, sekarang aku hanya berserah pada Allah Ya Baari' susunkan semuanya... Kalau ada ada la, kalau tak ade pun tak kisah pakai jer la baju yang duk pakai selama ni..... nak heran apa raya kan.... sedangkan Ramadhan pun be;um tentu sepenuhnya amal ibadah kita ni.... Raya pulak nak lebih....

Ingat Kehidupan Rasulullah saw
      Rasulullah saw dan keluarga, walaupun baginda pemimpin, tapi cara hidup baginda sangat sederhana.... pakai, makan semua semua sederhana.... sedangkan kita sangat berlebihan.... Rasulullah sanggup ikat perut tak makan demi kita semua dapat sinar Islam...hari ni makan esok tak makan..... sama la juga seperti anak dan menantu baginda Saidina Ali as dan Fatimah ra.... tapi kita sekarang sangat berlebihan, semua nak show off apa yang kita beli dan makan.... Mesti Rasulullah sedih dengan kita sekarangkan....

Rasulullah Menunggu Kita di Padang Masyar
  Ku ada baca kisah di padang masyar bagaimana manusia dibangkitkan sehinggalah waktu hisab.... Rasulullah saw mula dibangkitkan selepas itu baru para nabi dan rasul yang lain.... bila dipadang masyar, Rasulullah asyik duk tanya Jibrail, "mana umat ku, mana ubat ku".... Jibril memberitahu Rasulullah umat mu sedang datang.... Sedih baca masa tu, kemudia Rasulullah tanya lagi.... Betapa sanyangnya Rasulullah pada kita semua.... sedangkan kita dalam satu hari boleh kira jer berapa kali berselawat pada Rasulullah saw

       
To be continue, I have to go
Assalamualaikum.....

No comments:

Post a Comment

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED