Persiapan Ramdhan Part 5

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Salam Isnin.... 

Semalam aku and family attend forum perdana yang diadakan di kawasan kami. Tajuknya tentu tentang "Ramadhan yang akan menjelma tiba". Hari ni hari terakhir kepada sesiapa yang ganti puasa. Esok tidak boleh diganti lagi, Jika belum habis ganti anda terpaksa membayar fidyah dan menggantikannya. Lupa nama penceramahnya. 

Seronok Bila Ingin Menyambut Ramadhan
Sesiapa yang merasa seronok akan menanti Ramadhan tiba, sudah dapat pahala. 

Rasulullah saw bersabda : 
"telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kamu berpuasa didalamnya, dan pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat, juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seibu bulan. Barangsiap yang tidak memperoleh kebaikkannya maka  ia tidak memperoleh apa-apa"
(HR. Ahmad dan An Nasa'i)
Berdasarkan hadis ini tujuan berpusa adalah :
  • mensuci dosa
  • mendekatkan diri kepada Allah
  • kembali kepada fitrah mendapat pelbagai kuniaan dunia kahirat
  • mengenal nlai kenikmatan dan bersyukur 
  • mendidik keinginan ke arah kebaikan 
  • mengenang penderitaan orang lain 
  • menyihatkan badan

serba sedikt telah ku maklum kan pada entry lalu.... 

Tiga perkara yang mesti dibuat sebelum Ramadhan:

Doa Malaikat Jibril :
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan perkara berikut" :
  1. mohon maaf terlebih dahulu dengan orang tuanya.
  2. tidak bermaafan dengan suami isteri.
  3. tidak bermaafan dengan orang sekitarnya.

Maka, Rasulullah saw, mengaminkan doa malaikat Jibril sebanyak 3 kali.

Di sini ku mohon maaf dan ampun sepanjang penulisanku jika terkasar bahasa, mengguris hati dan sebagainya. Semamngnya diri ini dhaif lagi lemah, kerana yang baik semuanya dari Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir pemilik semesta alam....


2 comments:

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED