Persiapan Menjelang Ramadhan 1

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِ

Salaam,

Rumusan bedah buku Solat Khusyuk melalui Penghayatan Asmaul Husna Bhg. 1 yang dibuat pada 8 Mei 2015, hari Isnin yang lalu, ku kongsikan bersama daripada keluarga Asmaul Husna untuk meningkatkan keimanan kita menjelang Ramadhan Al Mubarak...



Memahami Hakikat Solat

1.       Ibadat PENYEMBAHAN & PEMUJAAN kepada Allah

2.       Melahirkan rasa keHAMBAan kepada Allah

3.       Sesi pertemuan, bicara & dialog, berdoa merayu & merintih kepada Allah.

4.       Sesi menerima amanahNya sbg khalifah dgn penuh tekad


Mengapa solat khusyuk penting?

Surah Al-Ma’un (4-5): “Maka celakalah orang-orang yang solat. Iaitu yang solat dalam keadaan lalai.”

Bagaimana mendapatkan khusyuk?

Setiap insan perlu mengerti bahawa untuk khusyuk, kita memerlukan pertolongan Allah jua. Laa hawla wala quwwata illa billah. Apabila diri telah membuat penyerahan bahawa tidak berdaya untuk khusyuk melainkan dengan daya Allah, mohonlah solat yang khusyuk drpd Allah.

Teknik memohon khusyuk dengan penghayatan Asmaul Husna dan power of mind:
Di dalam buku ini terdapat teknik menyeru nama Allah diiringi dengan bicara hati kita memohon kepada Allah untuk khusyuk kemudian diberikan contoh bayangan power of mind untuk diamalkan semasa bicara hati. Teknik power of mind ini seiring dengan hadis qudsi yang bermaksud, “…Aku menurut persangkaan hambaKu…”

Doa yang dikongsikan merangkumi:

Memutuskan tali ikatan makhluk dan dunia

Menyuci cermin hati daripada wajah makhluk dan peristiwa

Menyuci kotoran diri daripada merasa hebat di hadapan Allah

Memohon sifat kehambaan untuk membolehkan kita memasuki istana Allah

Memohon dipagari sepanjang solat daripada bisikan nafsu dan syaitan

Menyerah seluruh jiwa dan raga untuk disolatkan oleh Allah

1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED