Perempuan Hamil Dan Berpuasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Perempuan Hamil Dan Berpuasa

(S) Umur kandungan saya adalah 11 minggu, saya risau sekiranya saya berpuasa, kesihatan anak dalam kandungan saya terganggu. Bolehkah saya berpuasa dalam keadaan ini?

(J) Dalam persoalan ini, anda perlu dapatkan nasihat daripada pakar perubatan Islam terlebih dahulu. Jika mereka berpendapat anda perlu berbuka kerana bimbangkan akan menjejaskan kesihatan diri anda/anak di dalam kandungan, maka harus untuk anda berbuka.

Walau bagaimanapun, jika anda bimbangkan apabila berpuasa akan menjejaskan kesihatan diri anda, maka wajib anda mengqadha’ puasa tersebut sahaja.
Namun, jika anda bimbangkan kesihatan anak di dalam kandungan, anda harus berbuka dan wajib bagi anda mengqadha’ puasa tersebut serta membayar fidyah 1 hari dengan 1 cupak beras kepada golongan fakir miskin.


Wallahu 'Alam

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustazah Madihah bt Mohamed Ibrahim/ Ustaz Syahril Fazli bin Mat Hussain, Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Perundingan Pusat Islam UUM di talian 04-9282558/2567.


No comments:

Post a Comment

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED