Gempa Bumi di Sabah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

"Gempa Bumi di Sabah" menjadi tajuk utama dua hari ini. Tadi ku baca suratkhabar masih ada 6 orang lagi yang belum dijumpa. Bila tengok gambar yang dipaprkan dalam suratkhabar, hati terus hiba dan takut pun ada, dengan keadaan mayat menguntum perasaan.

sumber google

Dikaitkan pula dengan kepercayaan Aki dan Nabalu, (penjaga gunung), memang masyarakat kita masih memegang kuat dengan kepercayaan nenek moyang, roh dan adat. Kesopanan dan tingkahlaku mesti dijaga, tak kira di mana jua kita berada.

Bak kata pepatah kalau kita benih yang baik di mana jua dicampak kita akan tumbuh subur dan baik hasilnya. Aku menyokong tindakan pihak berkuasa menahan pelancong yang bertingkahlaku buruk di atas gunung Kinabalu. 

Tak mahu nak ulas panjang, semoga usaha pencarian dipermudahkan.

1 comment:

  1. ALLAH..kesian tengok, petanda agar kita selalu ingat pada yang SATU =)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.