Sentap

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah

Dua hari berseminar  memberi ketenangan  di taman  syurga sangat inovatif... Apa yang nak buat terasa berkobar. Namun sedikit masalah timbul dengan otak bercelaru. 

Aku Yang Lupa
Aku dah perasan dalm 10 tahun kebelakangan ni aku memang lupa.... Penyakit ni memang menghantui aku.... tapi bila aku confident dengan diri aku ignore saja, perkara ni.... Aku guna teknik alam ghaib.... haha... jangan salah sangka bukan-bukan lak.... Teknik tu, adalah kepercayaan kepada Allah dan malaikat kiri dan kanan ku... Aku selalu bermonolog dengan dua malaikat untuk mengingatkan aku apa sahaja yang aku lupa... Allahmdulillah, teknik yang berkesan....

Sentap
Dalam kelamaan aku lupa untuk menggunakan teknik ini.... penyakit lupa aku kembali serius. Aku baru habis seminar dua hari kelmarin. Dalam seminar tu, hari pertama aku nampak rakan sesama workshop denganku pada bulan Mac yang lalu... tapi otakku mula terfikir dan tertanya tentang mereka berdua... Aku tegur mereka tapi tak sempat nak beramah mesra.... Kelmarin, Allhamdulillah aku sempat duduk sembang sambil hi tea.... Bertanya khabar dan phd fokus perbincangan kami...

Tiba-tiba.....

Ya Allah, aku memang sentap lagi tersentak, bila aku sembang dengan mereka berdua, salah seorangnya aku baru kenal Khamis yang lalu di USM semasa discussion.... Ya Allah belum sampai seminggu aku jumpa dia, aku dah lupa dia orangnya... Aku memang ingat aku jumpa dia semasa workshop bula Mac tu.... Teruk sangatkah hilang ingat aku? Masuk dewan seminar terus aku terdiam.... Rakan bimbingan asmaul husna yang duduk sebelah ku menyapa, aku dah minum ke belum? Dah aku kata! terus aku cerita kat dia tentang masalah lupa aku. Sebelum ni aku pernah cerita kat dia tentang masalah ni. Dia bagi tahu aku untuk amalkan zikir Allahumma Ya Quddus Ya Jalil.... kerana penyakit lupa itu adalah permainan syaitan.... seperti dalam surah Al Kahfi ayat 63:


A063
63. Muridnya menjawab: "Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali." 

Konklusi
Kali ni memang serius penyakit lupa ku... Moral of the story. Lupa adalah satu penyakit dari dalam juga. Aku harus ikhtiar buangkan semua penyakit hati membersihkan jiwa buang segala dunia.... jangan leka, dekatkan diri dengan Allah sentiasa... itu yang aku nampak sekarang.... sedikit aku leka syaitan mula mempengaruhi diri aku...

A019
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.
(Al-Mujaadalah 58:19)


2 comments:

  1. Saya pun cepat sangat lupa, kisah masa kanak2 mmg lupa langsung kecuali sikit-sikit shj.
    Kisah baru alami pun cepat lupa, apatah lagi baru shj hadiri bengkel atau seminar :-(

    ReplyDelete
  2. Penyakit lupa saya pun makin kronik ni. Ada je yang terlupa nak dibuat.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED