Mencari Ilmu Allah, PhD Kedua

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...


Salam Ahad kepada yang bercuti. Kelmarin, aku ke SAINS@USM (the research campus outside from the main campus) di Bukit Jambul untuk trainning Analytically Challenge. Slot pertama trainning kelmarin dikendalikan oleh Dr. Thomas daripada IBM Intel Company yang membincangkan tentang SPSS. Kali pertama naik bas bersama student USM yang lain mojoriti student undergrad Chinese. En Husband bising kerana perkara macam ni pun aku nak join. Aku sepatutnya concentrate pada study aku. Sedangkan dia tengok tak ada pun student master, PhD yang join. Huhu... aku cakap diorang foreigner pergi sendiri tak naik nas. Katanya aku lebih banyak join aktiviti yang tak berkenaan dengan PhD, pergi seminar sini, kolukium sana, bengkel sini sana. Orang lain (kawan seangkatan aku) tak pergi pun.


Aku diam jer.... memang betul dari start jer mula jadi student sepenuh masa aku banyak attend apa-apa aktiviti bengkel, persidangan sana-sini.... Kerja tesis aku sikit terganggu tapi aku ambil semua tu, kumpul untuk penulisan tesis aku seterusnya. Walaupun ada memang aku "slow".... hihikhik...



Sebenarnya semua itu, bukan melalaikan aku kepada tujuan utama PhD, semua itu adalah platform untuk aku menimba ilmu. PhD bukan seperti belajar masa degree kena attend kelas, ada exam. USM langsung tak ada kelas. 


Aku terpaksa independent mencari apa saja ilmu. Memandangkan ilmu aku dalam membuat research "zero"!!! Bermula dari "zero" aku terpaksa cari ilmu, di mana sahaja. Aku tak kisah, dan ada bukan nak ikut orang, kerana aku tahu siapa diri aku, kekurangan aku yang banyak sangat dan sangat (paham la ye). Aku langsung tak ada pengalaman dalam research dan ilmu aku dalam research pun kosong. Setakat ilmu latihan ilmiah degree boleh la tapi ini PhD aku "zero"!!! dan aku bukan mahu sahaja cari ilmu PhD aku nak cari ilmu Allah. Itu target utama aku! 

Sebab tu juga en daddy tengok aku banyak cari ilmu kot lain. Pergi usrah segala bagai. Nak buat kajian, tulis buku tak ada kaitan dengan PhD katanya.... semua nak buat!!! PhD tak juga gerak.... yang tu aku akui memang kelemahan aku!!! sebab utama aku memang nak cari ilmu Allah...


Walaupun aku masuk aktiviti Analytically Challenge tu mojoritinya student undergrad. Buat apa nak malu kerana untuk mendapat ilmu di mana sahaja dengan apa cara sahaja pun aku rasa ia secara tak langsung mengajar aku cara bagaimana nak guna software SPSS, bagaimana nak analyze data dan yang penting training Analytically Challenge ni mengajar bagaimana aku nak mempersembahakan data aku dalam penulisan. Paling utama juga Analytically Challenge ni hanya bagi 100 quota kepada USM untuk diajar. Rasa macam sangat rugi kalau aku tak join. Bukan setakat SPSS dia ajar, dia akan ajar IBM Bluemix, AMOS dan seterusnya Big Data. Ya Allah, sungguh baik hati Mu.


Rugi sangat kalau aku tak join ilmu Allah yang diberikan percuma saja. Semua itu, akan aku guna dalam research aku. Seronok dapat bersembang dengan Dr. Thomas tentang kajian aku nak buat walaupun sekejap. Walaupun encik Daddy merungut datang ulang alik USM berapa kos... Sekarang ni aku pula tiap minggu ulang alik, kadang-kala untuk jumpa ambil sign sv aku, ambil surat dan hanya perkara sebegitu terpaksa datang ke USM. Kadang-kala nak p cari buku kat pepustakaan. Pasal buku tu bukan apa time aku p USM buku tu circulated bila balik dari USM dah di hantar, bila pergi nak pinjam ada pula yang pinjam. Baru berapa hari check status available, nak p pinjam circulated lagi.

Ilmu Allah
Bagi aku Ilmu Allah sangat luas dan tak boleh nak kira dengan jari tangan ke jari kaki ke memang tak habis.... Dalam apa bidang semua pun kejadian langit bumi manusia makhluk lain, apa sahaja yang zahir dan bathin itu, itu adalah ilmu Allah.... berguru dengan siapa sahaja Muslim, non Muslim itu juga ilmu Allah.... Ilmu Allah bukan hanya ada pada Muslim, tapi dunia sekarang non Muslim menguusai!!! as a Muslim, kita kena bangkit semula ambil ilmu-ilmu tersebut seoerti zaman Khalifah Ar Rasyiddin.... lahirnya Ibnu Sina, dan seangkatannya. Kalau sekarang ni maslah jenayah, masalah sosial berleluasa, macammana kita nak bangkit memperjuangkan ilmu Allah... dan jangan lupa tugas apa tugas kita di bumi sebagai umat Rasulullah saw??? Bagi ku biarlah apa jua kita buat niat kepada memperjuangkan ummah dan mengangkat ilmu Allah, bukan untuk lepas sahaja dan fulfill syarat sahaja. Insyaa Allah... kepada semua yang berjuang di luar sana dalam apa cara bidang dan cara sekalipun niatlah keraNya bukan kepada diri sendiri mahukan pangkat, pujian manusia dan harta dunia.

Allhamdulillah..


No comments

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.