Jom Kenal Al Ghoffar Yang Maha Pengampun

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Selasa, dua hari lepas Allah bawa ku ke usrah... Allhamdulillah...
tak tahu nak habaq (kecek utagha sikit) hehehe...
yang aku tahu tenang sangat bersama keluarga usrah...

Hari tu, aku belajar tentang nama Allah Al Ghoffar (Yang Maha Pengampun)


Intipati usrah asmaul husna 26/5
Menghayati sifat Allah Al Ghoffar

Yang Maha  Pengampun.  Sifat Nya yang sentiasa mengampuni  dosa hamba Nya  sebanyak mana dosa tersebut wlupun sebanyak  buih di lautan  Dia Ya Ghoffar tetap mengampuni hamba Nya kerana Dia Ya Rahman Ya  Rahim  sayang dan  kasih kepada hamba Nya.

Dalam Al Quran sifat Al Ghoffar  ini di- mapping bersama dengan sifat Al Aziz yang Maha Perkasa. Dalam mengurniakan pengampunan kpd hamba Nya Dia Ya Ghoffar  menunjukkan  keperkasaan yang kuat kerana dosa hambaNya sangat banyak dan bermacam - macam. Hamba yg menzahirkan fitrah Al Ghaffar sentiasa memberi maaf kpd manusia sekeliling dn sentiasa memohon maaf kpd manusia sekeliling dan dikurniakan daya kekuatan dr Ya Aziz kerana untuk memaafkan atau memohon maaf, memerlukan jiwa yg perkasa dari Ya Aziz. Dia Ya Ghoffar  sentiasa memberi peluang kepada hamba Nya yang bertaubat.

Dalam konteks kehidupan kita sebagai hamba hendak lah menghayati  sifat Al Ghoffar  Al Aziz ini untuk menjadikan kita hamba yang sejati serta khalifahNya. Menghayati dn menzahirkan fitrah Al Ghoffar Al Aziz akan membuatkan kita mudah untuk memaafkan orang yang memberikan kita sampah untuk kita membalas  Emas kepadanya (seperti yg disarankan Allah di dlm surah al Furqon: 70).

Secara tdk  langsung  kita akan mengahadapi dugaan dan rintangan dunia dengan redha dan sangat tenang jiwa dengan kemaafan  tersebut. Seperti  mana dalam surah Adz Dzaariyat  ayat 15-18, hamba Nya yang bertaqwa seperti berada di taman syurga yang mengalirnya mata air.

Proses untuk mencapai jiwa yang  tenang, (surah Al Fajr ayat 27-30: penghargaan Allah kp hambanya yg sempurna iman yg mempunyai jiwa yang tenang) sebagai hamba yang sejati dan khalifah ini mestilah hamba Nya melalui proses  tidur yang sedikit di malam hari, memohon keampunan di waktu pagi sbelum fajar,   seperti dalam surah Adz  Dzaariyat  ayat 15-18.

Sebagai kesimpulan Intipati  usrah, bahawa taubat itu  adalah kekuasaan.

Zikirlah ya ghaffar ya 'Aziz 40x utk memohon kpd Allah jiwa yg benar2 bertaubat serta jiwa yg sentiasa memaafkan dn memohon maaf sesama manusia.


3 comments:

  1. Jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah. Pengampunan Allah terhadap dosa kita adalah suatu rahmat. :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian..indahnya ada kumpulan usrah..saya pun nak cari kumpulan usrah dan join nanti in sha Allah

    ReplyDelete
  3. baru ni kami pon dgr kuliah, ustaz sebut pasal al ghoffar :))

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.