Aurat Wanita dan Keberkatan Mencari Rezeki

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Aku nak cakap pasal ni aku sendiri pun banyak yang kena belajar dan masih belajar dengan Nya..... pasal aurat ni dah banyak kali aku dengar ustaz dan ustazah cakap
"wanita pergi kerja tidak tutup aurat sebetulnya, contoh baju ketat, kebaya, tangan tak cover dsb..... tidak berkat rezekinya"
maafkan aku kalau apa yang aku katakan salah tapi dua minggu lepas aku ada attent ceramah "pekerjaan sebagai ibadah" sekali lagi aku dengar uastzah cakap. Sebelum ni aku dah dengar beberapa kali, aku tak ambil kisah....

Minggu lepas seperti biasa port aku kat library dan aku bersembang dengan rakan library foreign student dari Iraq.... perbualan bermula dengan study kami kemudian menjurus pada isu sosial... katanya kalau kat negerinya, wanita hanya dibenarkan pakai jubah, abaya, baju labuh, bertutup, lengan kena cover..... kat sini dia tengok wanita pakai tudung tapi baju lengan pendek tak cover tangan, dan segala macam katanya....

aku nak respon macam mana yer?

Kemudian, aku kata betul cara pemakaian yang dia kata itu lah cara pemakaian mengikut Islam.... (u all nilai sendiri selanjutnya)

Berbalik pada cara pakaian kita golongan wanita tidak ikut syariat tidak berkat rezeki yang kita terima, aku mula rasa takut. 

Apa u all rasa, atau mungkin tak rasa apa-apa, atau juga fikiran kita banyak unsur liberal dan apa yang kita lakukan tidak salah kita rasakan....

Maaf sekali lagi kerana aku tahu ia sensitif....

1 comment:

  1. betol juga tu.huhu...mungkin budaya kita di sini dah terbiasa. insya'allah niat nak perbetulkan cara pemakaian setiap hari.huhu

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED