Pergantungan Sepenuhnya Pada DIA Ya Rabb

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam Ahad, saya sayang... 


Kebelakangan ni, memang banyak perkara berlaku pada ku dan orang di sekelilingi ku. Ada yang rumah kena pecah masuk, ada yang sakit, ada yang meragui ketetapan Allah... macam-macam lagi. 

Apa yang aku dengar bila ada saja peristiwa, kejadian yang berlaku pada mereka disekeliling ku, rungutan, dengusan, menyalahkan itu dan ini yang disuarakan. 

Konsep Redha
As a Muslim, what happens to us, it is a fate, determine!.... we must open our heart accept all with our faith... (hihi speaking London).... tak perlu kita takut, fobia, trauma, salah kan orang ini dan itu.... (maaf kalau aku silap mentafsir)... mungkin orang cakap, ia tak kena kat aku, sedap ler aku nak cakap "readha" "readha"..... 

Kebergantungan Sepenuhanya Kepada Allah Ya Baari'
Pada aku ia adalah "kebergantungan kita pada Allah Ya Baari'"... Dia yang menyusun sepenuhnya kitaran hidup kita... kenapa kita nak salah kan itu dan ini.... kalau betul kita beiman kepada Allah, kita akan bergantung sepenuhnya kepadaNya... tiada lagi kita risau anak kita kat sekolah macam mana? suami kita kat luar macam mana? kaum keluarga kita macam mana? nak pergi sini tak boleh takut! takut kena ragut! takut kereta kena curi! takut rumah kena samun! semua takut!.... secara tak langsung dalam diri kita ada satu perasaan tidak percaya!

Hilangkan Perasaan Curiga, Takut Was-was kerana Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin Sentiasa Bersama
Perasaan tidak percaya ini adalah mainan syaitan.... perasaan tidak percaya ini sama lah kita tidak percaya kepada Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin yang maha menjaga, memelihara serta melindungi kita... di mana sahaja kita berada kita sebenarnya tahu allah sentiasa di samping kita. Namun, keyakinan kita kurang kepada Allah menyebabkan kita sentiasa diundang perasaan curiga... di sini kita boleh mengukur setakat mana tahap kebergantungan kita kepada Allah Ya Rabb.... kita sentisa was-was dan dilanda perasaan takut dan curiga!... kadang-kala kita nak buat kerja baik pun takut. Takut dek was-was dengan orang jahat....

Contoh dari kisah benar,
seorang hamba Allah dia tidak pernah kunci rumahnya apabila dia keluar ke mana saja..... keran keyakinan yang kuat terhadap kebergantungan dia kepada Allah swt.... beliau bukan sebarang orang rumah sudah tentu mewah. tapi dia yakin isi rumahnya kebanyakan dipenuhi dengan ilmu Allah dan harta akhirat. Bagi beliau, tidak pernah risau walaupun pencuri hendak masuk ke rumahnya. Cuma ada tv besar yang melekat di dinding.... kalau pencuri nak masuk di rumahnya ambil tv, katanya itu lah tv terakhirnya.... harta yang lain ialah kitab-kitab, dan buku-buku dan sudah semestinya pencuri tidak berminat dengan kitab-kitab serta buku-buku.... Subhanallah....

Kalau la kita agaknya keluar rumah tak kunci pintu memang takut rumah di masuk pencuri kan.... kerana banyaknya harta dunia di dalam....

Harapan : Semoga Kita Bergantung Hidup Sepenuhnya Kepada Allah
Jangan salah faham konsep yer.... maksud yang aku terangkan ialah "kebergantungan kita sepenuhnya kepada Allah".... dan tidak menyalahkan takdir, menyalahkan sesiapa dengan apa yang berlaku kepada kita mahupun orang sekeliling kita..... contoh sakit ada caranya kita bergantung kepada Allah swt.... dan qiammulai adalah cara yang terbaik membuang keburukan dalam diri kita.... jom sama-sama kita amalkan....

Wallahuallam....

1 comment:

  1. just nak sharing pengalaman. Saya pun banyak kelemahan. Kadang-kadang selalu mengeluh apa nasib saya tak pernah bersyukur. Walaupun mulut terkunci tak pernah melepas yang bukan-bukan tapi fikiran tetap mencemuh dan mengeluh. So one day, seorang kawan saya dalam keadaan marah dan tak puas hati pasal family ni meluahkan perasaan dekat saya dengan marah. Last kali dia berkata sambil menunjuk tangan ke langit " Ini semua salah atas Ni". Saya tergamam dan mengucap banyak-banyak. Kalau nak ikutkan saya dan dia sama je. Kita tak pernah bersyukur itulah punca salah satu sebab kita tak pernah redha. Start tu saya banyak-banyak merenung kelemahan saya.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.