Kebebasan Mula Ku Rasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Dalam critical time (dengan pengajianku tidak sampai setahun lagi) ni sempat lagi aku blogging. Telah ku katakan hanya ini saja platform aku tika ni... no more facebook, no more social media lain. Kalau ada perkara penting yang aku terpaksa belek social media lain berkenaan kerja atau pengajianku, terpaksa jua ku sign in...


Tenang dan sangat gembira
Rupanya media sosial selama ini membuatkan aku tak boleh nak lekang di jari, di tangan, di kepala otak ku jua,,,,, tapi sekarang aku dah dapat freedom ku semula tanpa socila media..... rasa sangat tenang dan sangat gembira, sehinggakan henset aku 2 hari boleh tahan tanpa caj..... bateri ok, tak perlu aku risau kalau tak cukup bateri.... 

Pancaindera ku mula terjaga
Terima kasih Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, kerana pancaindera ku mula terjaga, otak ku juga mula terjaga.... mata ku, mulut ku, lebih lagi tangan ku, telinga ku jua.... terjaga mulut ku daripada termengumpat, terpelihara telinga ku daripada mendengar cerita yang tak baik,,,, mata aku tidak lagi perlu juling melihat jualan murah gila bagai..... sehingga kan isu semasa yang tak penting aku tak ketahui, isu negara, isu politik, isu ahli politik, tidak lagi ku ambil kisah..... tiada lagi hiburan atau drama tv yang membuatkan ku leka.... yang aku rasakan tak penting dalam hidupku, dengan erti kata lain yang boleh membuatkan ku lara......

Pada aku,,,,
sekarang apa yang aku perlu fikir pada saat kritikal ini adalah mencari diri aku menuju ke jalan syurgaNya, menjadi hambaNya yang abadi aku idamkan..... aku tahu jalan ku sangat berliku, susah sangat tapi aku tahu Allah Ya Wahhab sentiasa ada di samping untuk menolong ku....

Kekuatannya
Aku mohon kekuatannya Ya Aziz, Ya Qawiy Ya Matin, kerana aku sesungguhnya hambaNya yang terlalu lemat tiada sedikitpun daya upaya melainkan denga kasih dan sayangNya Ya Rahman Ya Rahim....

Maafkan aku
Dengan rendih diri aku mohon maaf kerana terpaksa menyepikan diri dari segala social media, terutama sahabat.... bagi aku sekarang sahabat adalah sahabat syurga,,,,, jom sama-sama kita buangkan cinta dunia, menuju ke jalan yang direadhainya.... letak lah dunia cuma digenggaman, akhirat, syurga, Allah dihati.... 

Powered by Blogger.