Anak Bijak Dengan Nama Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Semakin Bijak Dengan Nama Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid


Kebijaksanaan anak kita bukan kerana hebatnya kita,
bukan keran hebat dan bijaknya genetik kita,
bukan hebatnya pendidikan yang kita berikan
bukan hebatnya penjagaan pemakanan kita semasa mengandungkan mereka.
ia kerana hebat, bijaknya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid...

Anakku, selalu aku segan bila dibandingkan
selalu aku segan bila mereka diperkecilkan
walaupun sddikit di hati agak terasa...
Namun, kini tidak lagi ku mengendahkan semua itu....
aku sedar sedanya,
bukan pujian manusia yang aku harapkan
bukan sanjungan manusia yang aku pinta
biarlah mereka membesar dengan susunan Allah Ya Baari'
biarlah mereka membesar dengan ajaran Allah Ya Alim Ya Hakim Rashid...
Kepada Mu aku berserah segalanya anakku ini...
Engkau yang punya ke atas mereka
Engkau yang berhak ke atas mereka
Mereka cuma pinjaman untukku
Engakau Ya Baari' aturkan kehidupan anakku menjadi abdi Mu yang sejati
serta khalifahMu mewarisi perjuangan Nabi Mu....
Zikirlah untuk anak anda Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid (40x) selepas solat atau waktu anda terluang....

Aamiinnn...


1 comment:

  1. Perkongsian yang bagus ni.. semoga anak2 kita akan jadi anak2 soleh yang bijak dan berjasa ya..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED