Proses Kenal Diri

Assalamualaikum....

Yang diagungkan Allah Ya Adzhim, Yang ditinggikan Allah Ya Aliy, Ya Mutaali, Yang dikasihi di sayangi Allah Ya Rahman Ya Rahim, kita hamba yang kerdil, hina, jahil lagi dhaif, tiada daya upaya melainkan upayaNya Ya Wahhab yang maha memberi kurnia kepada kita yang lemah lagi hina....

Situasi 1 : apabila mengaku semua kerja yang dibuat sendiri
Selama ni aku sering mengaku kerja ini aku buat kerja itu pun aku buat! tiada siapa nak tolong aku? aku kaya pun hasil titik peluh ku sendiri... aku pun pun juga hasil daripada usaha belajar ku sebelum ni tak putus asa..... semua aku yang buat sendiri....

Tanpa disedari diri yang hina ni jadi semua, seperti superwoman, superman.... mengaku kejayaan adalah milik sendiri hasil usaha kerja kuat diri sendiri.... betul tak.... kalau itu tanggapan kita! cuba pejamkan mata, tenangkan fikiran.... fikir apa yang anda rasa? sedang bernafas? bernafas itu sebenarnya siapa yang bagi? cuba bukakan pintu hati anda! kalau selama ini anda cuma melihat yang zahir apa yang ada dihadapan anda yang anda selalu agongkan, sekarang bukakan pintu hati anda..... sebut Allahhumma Ya Fattah Ya Nuur Ya Hadi.... 

Buka Pintu Hati
Jawapannya:
Apabila pintu hati anda sudah terbuka anda akan rasa anda bernafas itu adalah kerana Allah Ya Rahman Ya Rahim dengan penuh kasih sayang e,berikan anda oksigen dapat anda bernafas.... Oleh itu adakah kejayaan, kekayaan anda yang miliki hasil daripada titik peluh anda???

Renungkan dengan mata hati ayat ku di atas tadi..... "tiada daya upaya, selain daya Allah"..... bila dah celik mata hati anda, sikit pun apa yang anda buat anda akan faham itu adalah daya upaya Allah subhanawataala.... kita semua adalah insan yang kerdil lagi hina, dhaif lagi jahil tak mampu walaupun untuk membuka kelopak mata sekali pun.... kalau bukan daya upaya Allah....

Renungkan dan Fahami
Apa yang kita kena faham, jangan duk mengaku semua milik kita! memeng di lidah mulut selalu duk kata semua ini Allah bagi pinjam.... tapi cuba test skit bila orang puji cantiknya rumah awak, besarnya kereta awak, pandainya awak buat...... bla bla bala.... mesti terus tersenyum simpul..... hhehehe.... malahan hari ni makan apa yer? post la kat fb..... ada baju baru beli la tunjukla saya beli baju ni murah dan cantik...... hehehe.... (aku juga bergitu sebelum ku kenal diri ini)...

Terus lupa, semua milik Allah semua Allah yang bagi pinjam itu cuma di mulut sahaja.... paling simple kan....

Ayuh sama-sama kita belajar kenal diri.... tapi as a blogger anda mahukan semua tu kan nak suh reader baca aktiviti anda anda.... terpulang! kata guru ku jalan mana anda pilih syurga? neraka?

Jawapan?
Tepuk dada tanya IMAN....

wallahualam....

ps: maaf diri yang hina ini terkasar bahasa dan salah tafsir atas kelemahan diri ku sendiri

No comments

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.