Nira Nipah Kuala Sanglang

Assalamualaikum... salam sayang

Edisi jejalan kali ni ke Kuala Sanglang Perlis. Bila dengar pasal nira nipah ni, memang duk terbayang macam nira kelapa ke?


Belum pernah aku inum nira nipah. Duk terbayang gak macam mana tempatnya. Dengar kata duk dalam ladang. Imaginasi aku macam dalam ladang kelapa sawit la...


Allhamdulillah, Allah al Baari' susun kami sekeluarga sampai juga ke kedai nira nipah Kipli Kuala Sanglang...., dari jauh masuk lorong di tepi kiri kanan sawah padi nampak kebun nipah....



Bila sampai hampir dengan kedainya...... Fuhhhh..... giler padat tempat parkingnya. Takkan kot nak p minum semata nira sampai cam ni???

Jawapannya memang yer la!!!

Sedap tak??? manis tak??? fuhhh... memang manis giler.... kalau minum sekali pasti nak lagi. Kepada yang suka la kan. Ada juga yang tak suka nira ni.... tak boleh nak minum pun ada.... al maklum la, local drink kan.... tapi rasanya lain sikit la dengan nira kelapa! sebab nira nipah ni dia ada bau nipah tu... tapi memang sedap sesangat bagi tekak orang kampung cam aku ni... hahaha


Satu jug ni RM6 sahaja tapi ni jug kecik jer tau. Gelas pun gelas kecik budak sekolah rendah... hehe...


Kakak Putri pun suka gak pekena nira nipah ni.... Buah nipah ni boleh makan tau, dengan jujurnya aku belum pernah makan buah nipah ni.


Kawasan  memang cantik giler disebalik kerimbunan keredupan pokok-pokok nipah, Ya Allah Ya Musowwir Kau yang sangat kreatif merekabentuk kedai dalam taman ini...


Di dalam rimbunan pokok nipah ni pelbagai pangkin tempat duduk pengunjung yang ingin menjamu selera dan menikmati kemanisan nira nipah.

Bersambung part 2.....





No comments

Powered by Blogger.