Mat Sentol Masihkah Ada Yang Ingat

Bila tangan ini memicit remote tv terus ke saluran 103, filem Mat Sentul baru berkumandang. Teringat Mat Sentul bila ada filemnya ditayangkan??? citernya, lawaknya, lakonannya, tapi kenapa Mat Sentul tidak di pertengahkan. Dunia perfileman Melayu sudah ketandusan vateran. Sudah ramai vateran seniman seniwati perfileman Melayu telah meninggalkan kita menemui Ilahi. Tanpa sedar Mat Sentul masih lagi sihat namun menyepikan diri.

Tiadakah pihak persatuan seniman untuk mencari beliau? bila dah jadi kes seperti Tan Sri Jins Samsuddin baru duk kalut p melawat terjah rumah masuk paper.... erm.... masa beliau (Mat Sentul) ni masih sihat la pihak persatuan melawat dia tanya khabar, pujuk dia. Bukan apa dia juga salah seorang seniman yang mewarnai dunia perfileman Melayu. Kenapa aku duk kalu ni? kerana aku tengok, baca situasi artis vateran lain bila dah mereka sakit bahu terhegeh pihak persatuan pergi melawat.

November 2013, ada telah pergi menyertai satu persidangan, dalam persidangan tersebut aku dapat berkongsi cerita dari seorang junior yang membuat kajian tentang filem Mat Sentul. Dia telah pergi berjumpa dengan Mat Sentul tapi hanya di kedai makan. Mat Sentul tidak membenarkan junior itu menemuramahnya di rumah. Katanya agak sedih, terasa dengan industri yang tidak mengendahkannya. 

Mungkin kita selalu duk digemburkan dengan cerita allahyarham Tan Sri P. ramlee, allahyarham Pak Ajis, dan yang lain lebih popular darinya, menyebabkan dia terasa terpinggir dan menjauhkan diri daripada orang industri. Malangnya aku telah kehilangan nombor contact junior tersebut. Katanya kalau aku ingin untuk berjumpa Mat Sentul, boleh dia aturkan.

BERSAMBUNG,,,,,,,,

Powered by Blogger.