Vila Nabila : Melengkapkan Kajian Rintis Ku

Bismillahirrohmanirrohim

Allhamdulillah hari yang indah penuh barakah

Pagi masih dibisikkan syaitan durjana. Bangun masih melengahkan masa. Bising kat kakak puteri amani suruh cepat sedangkan maknya sendiri juga melengahkan masa... bila agak terlambat terus speed... hehe... Allhamdulillah semua ok... mak dia sahaja yang selalu nak cepat...

Hari Minggu Bersama Vila Nabila



Hari minggu lepas kami sekeluarga berkampung kembali di panggung wayang Jitra Mall untuk filem seram Vila Nabila. Mula masuk gear setelah sebulan lebih bercuti... Jika yang lepas dengan cabaran saya collect data untuk filem Kelibat, syukur sangat untuk filem ni Allah Baari yang maha menyusun menguruskan segalanya memudahkan kerja ku.


Terima kasih Allah Ya Razzaq, Ya Wahhab, Ya Baari' melancarkan segala tugasan ku. Terima kasih jua buat respondan, staf Jitra Mall Cineplex yang sangat sporting sudi menjawab buku soal selidik saya dan juga tak lupa tuk en daddy dan puteri-puteri ku banyak bantu dan sabar dengan karenah mak dia ni...


Hampir Siap
Untuk melengkapkan pilot test sebanyak 30 respondan yang diperlukan. Kini aku dah ada 29 cuma 1 lagi diperlukan... yang ni boleh la ambil en daddy sendiri. Weekend ni suruh dia sendiri yang tengok filem Vila Nabila tu yang jawab soalan soal selidik.

Allahumma Ya syakur, Allhamdulillah....




3 comments:

  1. kita dah tengok jugak. boleh tahan terperanjat. skrin wayang kan besau haha. btw, kita dah follow kakak :D

    ReplyDelete
  2. buat review filem ke puteri aminah, kak ana filem2 seram ni memang takut nak layan sb sellau tinggal sengsorang hehe :) was here .

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED