Salam 2015

Bismillahirrohmanirrohim....

asssalamualaikum salam sayang buat semua sahabat pembaca....

sudah lama membisu dek kesibukan melanda. baru hari sempat membuka dan membelek blog ni serta bw sahabat yang lain.

bulan Disember 2014 penuh dugaan dan tahun 2015 penuh harapan lagi meninggi cabaran. semoga kita semua dibawah perlindungaNya dengan penuh rahmat dan keberkatan.

Dugaan paling utama yang belum dapat dikawal sebagai hamba yang lemah iaitu "nafsu"... terus memperingati diri jangan mudah tersungkur dengan nafsu.

Insyaa Allah.... semoga kita semua dapat mengatasi nafsu kita. maksudnya tidak mudah terpengaruh dengan nafsu negatif kita.

sentiasa ingat pagarkan diri dengan zikir Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Waliy, pagarkan hati ini, pelihara lindungi dan jaga lah hati kami ini yang selalu mendengan bisikan syaitan,,, Allahumma Ya Quddus Ya Jalil semoga Allah yang menyucikan dan menjernihkan hati kita dari nafsu dunia dan bisikan syaitan.... sesucinya embun pagi, bayi yang baru dilahirkan anak syurga ini...


Allahumma Ya fattah Ya Basith Ya Wassi'  kau yang maha membuka, melapangkan dan meluaskan hati kami fikiran kami bukankan seluasnya seluas alam ciptaan Mu, mengatasi lanit dan bumi, laut dan matahari, se;uruh cakrawala Mu, jadikan hamba Mu ini berfikiran luas dan bercita-cita tinggi untuk menolong agama Mu dan menyebarkan keindahan Asma' Mu hingga keseluruh pelusuk dunia.


Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, sesungguhnya Kau yang maha berilmu, bijaksana dan cerdas, kami ini hambaMu  yang jahil merayu dan merintih akan sedikit ilmu, kebikasanaan dan kecerdasanaMu agar kami mampu menjadi hambaMu dan khalifahMu di dunia ini.

Aamiin...




No comments

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.