Enter your keyword

Tuesday, November 18, 2014

IKLAN KEMASUKAN IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER KEDUA SESI 2014/2015 (AMBILAN FEBRUARI 2015)

By On 12:45:00 PM

Dimaklumkan bahawa iklan kemasukan telah dibuka bagi Program Ijazah Sarjana Muda kepada lepasan Diploma dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 sahaja.

Tempoh permohonan kemasukan bagi Semester Kedua Sesi 2014/2015 adalah seperti berikut:

Calon
Tarikh buka permohonan
Tarikh tutup permohonan
Tarikh akhir terimaan dokumen lengkap oleh UKRP

Tempatan
Lepasan Diploma sahaja

10 November 2014
30 November 2014
07 Disember 2014

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://hea.uum.edu.my/index.php/test/204-iklan-kemasukan-ijazah-sarjana-muda-semester-kedua-sesi-2015-2015-ambilan-februari-2015  atau hubungi UKRP di talian 3324/3323/3334 /3309.

Sumber: UUM

Friday, November 14, 2014

Karnival Desa Utara di Napoh Kedah

By On 6:03:00 PM
Selepas kami bertangas di pawagam... sempat kami singgah di KDU Karnival Desa Utara di Utc Napoh.

Ready Made Citarasa Arab Al Bayt
Macam-macam produk tempatan ada di sana... Yang ni briyani tempatan jenama Al Bayt... Bagi siapa yang bercitarasa Arab suka sangat makan nasi briyani, nasi arab boleh cuba produk ready made Al Bayt.... boleh hubungi En Rafiqi di talian 013-581 7475... Pasti mejilat jari... hehe


Siapa yag suka makan kek lapis Sarawak boleh hubungi Nurhidayah Wakab di talian 019-566 1860 atau 011-1107 3124 untuk tempahan.


Kek Lapis Sarawak
Saya memang suka kek lapis Sarawak ni... nak nak yang asam manis... Sedap sangat... haduiii kalau satu belah tu RM30 sorang makan ler jawabnya...


Selain kek lapis Sarawak kek pandan kek coklat cheese pun ada... Nak tempah untuk harijadi, apa-apa majlis pun boleh. Tekan sahaja nombor telefon di atas....


Sekian...

Thursday, November 13, 2014

Kompunan Lagi : KTM

By On 5:59:00 PM
Tajuk saya memang kempunan...

Apa yang kempunan???



stesen Arau dah siap.... cantik pembinaan Allah swt....


Tak ada rezeki lagi!!!

al kisahnya Khamis lalu 6 Nov 2014, dalam pukul 3.30 petang saya ke stesen keretapi Tanah Melayu Arau... nak beli tiket ke KL 7 Dis nanti.... tapi tiket untuk tempat tidur atas dan bawah pada 7hb Disember ni sudah habis. Bila ditanya jurujual tiket,,, bila tiket mula dijual? Dia kata 30 hari sebelum perjalanan.... Maksudnya saya datang pada hari yang sesuai... iaitu sehari awal perjalanan tapi malangnya sudah kehabisan juga.... Alangkah peliknya!!!

Saya faham sit untuk tempat tidur terhad atas dan bawah.... satu semenanjung beli!

Tips untuk saya dan anda semua

  • Kena tunggu kaunter buka sehari awal ler nampak gayanya.... Sebab bulan 12 cuti sekolah...


Tak ada rezekikan...

tak apa la.....

tempat duduk ajer yang saya ambil... bila dikara.... tempat duduk biasa lagi mahal dari tempat tidur....

tak apa la nak buat camana...

Allhamdulillah.... beres bak tiket....

KE MANA???
KL mu tunggu AKU datang!!!


UUM IKTIRAF SUMBANGAN DATUK SERI S. SAMY VELLU DAN DATUK M.NASIR

By On 5:35:00 PM

UUM ONLINE: 8 November - Sumbangan dua tokoh tersohor negara Datuk Seri S. Samy Vellu serta komposer dan penyanyi terkenal Datuk M. Nasir terhadap masyarakat dan negara diiktiraf Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah sempena Majlis Konvokesyen UUM ke-27 yang bermula hari ini.
                                                           




Tokoh politik dan pemimpin masyarakat Datuk Seri S. Samy Vellu yang juga mantan Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC dianugerahkan  Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) manakala komposer dan penyanyi terkenal Datuk M. Nasir menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif).


Pengurniaan Ijazah Doktor Falsafah kepada dua tokoh tersebut disempurnakan oleh Canselor UUM,  Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada sidang pertama Majlis Konvokesyen Ke-27 UUM.

Datuk Seri S. Samy Vellu semasa menyampaikan ucapan meluahkan rasa terharu dengan pengiktirafan yang diberikan UUM kepadanya.

"Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Tunku Canselor dan Senat UUM kerana memilih saya sebagai penerima ijazah kehormat," ujarnya.

Beliau juga berkata perkara paling penting dalam mencapai kejayaan adalah pendidikan dan bagaimana seseorang individu itu menggunakan peluang yang ada.

"Sesiapa pun ada peluang untuk menjadi lebih maju. Peluang perlu dicari dan jangan duduk diam sahaja. Kejayaan dapat dicapai sekiranya kita mempunyai pemikiran sebegitu," katanya.

Sementara itu Datuk M. Nasir yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif) menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat tersebut sebagai penghormatan yang amat bermakna bagi seorang penggiat seni kreatif dan pencipta lagu sepertinya dan secara tidak langsung mengangkat muzik ke tahap yang lebih tinggi meskipun beberapa dekad lalu muzik dianggap sebagai kerjaya yang tidak menjanjikan masa depan.


Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih atas penghormatan yang diberikan tersebut.

"Saya terharu dan bersyukur dengan penganugerahan ijazah kehormat ini. Terima kasih kepada pihak UUM yang menghargai sumbangan saya dalam bidang muzik," katanya semasa menyampaikan ucapan selaku penerima Ijazah Kehormat.

Somber: UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Kelibat Filem Pilihan Saya

By On 5:17:00 PM
Bismillah...

Allhamdulillah.... syukur Ya Rabb

Selasa, dua hari lepas saya memulakan tugas saya untuk collech data for my pilot test... Untuk permulaan ni saya membuat keutusan untuk memungut 30 data sahaja. Memandangkan data yang harus dikumpul dibayar RM5 setiap satu....

Saya readha dengan apa... Insyaa Allah, setiap yang baik niat keranaNya pasti ada hikmah walaupun susah dan perit sekali pun mesti teruskan perjuangan.

Saya memilih filem "Kelibat" yang sedang ditayangkan sekarang. Arahan Hashim Rejab dan terbitan MIG.


Di dalam kesusahan Selasa lalu Allah Ya Razzaq mendatangkan seorang yang ikhlas menolong saya. HambaNya ini dengan keras menolak RM5 yang saya berikan kepadanya.



Terima kasih Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab telah mencurahkan kasih dan sayangnya hamba itu untuk menolong saya...


Dalam kesukaran saya tempuhi jua.


My journey was just beginning. Banyak lagi yang saya akan lalui seterusnya...



Oh My Questionnaires

By On 4:58:00 PM
Minggu ni yang sangat sibuk.. Sabtu lepas baru balik Kedah.  Ahad masuk library rutin study. Selasa.dan rabu study kt ofisku yang dah lama di Tinggalkan bersama adik Zara.

Khamis ke usm meeting with my sv. Allhamdulillah.. semuanya berjalan  lancar. Dah boleh start collect data betul-betul. Do the pilot test first..


Balik Kedah buat correction pada questionnaires saya. Tapi àpa yang duk risau ni budget tu collect data.. bayangkan respondon 450 x rm5 = rm2250.. Banyak tu. Mana saya nak dapatkan  budget.. itu paling kurang lum msk kos lain. Kalau tak bayar siapa nak tanda n jawab soalan saya selepas tgk filem di pawagam. Apà pun saya kena buat juga. Allah yang berkuasa.

Ada orang tanya kak sheila tak lantik orang tolong ke or RA... Kalau saya ada budget dah lama saya lantik bayar mereka...

Ya Allah  Ya  Baari' Ya Fattah  Ya Wahhab  yang maha mengatur  menyusun  membuka dan memberikan  pertolongan. Tolong la saya susun dan bukakan jalan rindu rezeki permudahkan urusan pengajian saya ini jika ia baik untuk agama saya... InsyaAllah saya ada Allah yang tolong saya....

Sunday, November 2, 2014

Ancaman Ragut Semakin Menggila Tak Kira Mati

By On 11:41:00 AM
Bismillahirohmanirrohim...

Assalamulaikum...

Dah berapa minggu saya sepi balik kampung lost contact... 11 hari di kampung macam-macam berlaku...

Tengok tajut entry saya, memang mengucap panjang... dalam sepuluh tahun ni memang jenayah ragut sangat semakin menjadi-jadi dan semakin menggila jadinya...


Bayangkan kanak-kanak umur 10 tahun sekarang dah 20 tahun terlibat dengan jenayah ragut... Macam mana 10 tahun akan datang??? apa nasib anak-anak seterunya.... Mungkinkah si peragut akan pulang ke pangkal jalan??? atau bunuh-membunuh sudah jadi perkara biasa dek jenayah ragut...

Kisah Benar
Kes 1
Semasa balik cuti di kampung minggu lepas, saya saya kemalangan. Kereta yang dipandunya dirempuh dengan kuat oleh seorang lelaki bermotor di bahagian belakang. Makcik yang mahu memberhentikan keretanya di bahu jalan sebelah kiri tiba-tiba terkejyt dengan bunyi dentuman yang kuat.. antah dari mana datangnya... Sedangkan masa itu tiada kenderaan lalu lalang, jalan sebelah kanan memang clear...

Nasib sangat baik kerana waktu itu, makcik saya memang berhenti di hadapan kedai makan... Tuan kedai makan pun memang kenal dengan makcik. Nak dijadikan cerita, budak lelaki yang menlanggar tadi mengaku salah dan beriya ajak makcik ikut dia ke wokshop kereta kawannya... Dia tak mahu report polis kerana tiada lesen katanya. Dia call ayahnya call sepupunya... Sepupunya datang bersama 3 orang pemuda yang lain untuk settle yang cover kereta makcik hantar kat wokshop kawan kononnya mana tahu boleh dengan harga yang murah....

Ya Allah Hafiz Ya Muhaimin....
Dalam keadaan tersebut... Allah melndungi makcik saya... dan dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah dahulu berbincang dengan suami dan keluarga... Orang kat kedai tu suruh makcik ambil ic budak lelaki tadi yang unur dalam awal 20an...

Tiba masa yang dijanjikan... makcik dan pakcik saya datang beruding di hadapan kedai tadi dengan 4 lelaki tadi... Pakcik setuju untuk ikut mereka ke workshop yang dinyatakan...

Ya Allah Ya Zahir Ya Bathin
Engkau yang maha menunjukan kebenaran yang tersembunyi dan nyata.... Bila masuk kereta nak ikut kereta mereka berempat... budak lelaki yang merempuh kereta makcik saya tadi keluar masuk ke kedai makan tadi dan order nasi bungkus 3... tetiba-tiba sepantas kilat dia menyambar beg tangan pelanggan yang sedang makan letakknya di atas meja... terus pecut kereta....

Memang berani mati.... dan tak ada perasaan mati dah tuk sampai hajat nak buat jenanyah sekarang ni....

Makcik dengan pakcik saya kat kereta belakang memang terkejut dan semua orang kata kedai tu pun terkejut...

Kes 2
Tiga hari kemudian hari Rabu lepas sekali lagi kereta tuan yang hantar kuih kat kedai makan tu dipecehkan cermin... Tuan kereta berhenti nak ambil kuih yang tak habis waktu pagi... secara tiba-tiba keretanya dipecahkan peragut mengambil begnya yang ditanggalkan di dalam kereta tersebut...

Kes 3
Memang berani mati peragut sekarang... juga kisah benar... makcik duk bersembang di beranda rumah waktu petang tiba-tiba diangkat perangut masuk dalam kereta... ragut dan tinggalkan di tepi jalan tempat lain...

Konklusi
Memang gilerrr...  bila difikir takut sangat nak lagi kita golongan perempuan... jangan dedahkan barang kemas anda walaupun sekecil-kecilnya.... jangan banga anda pakai barang kemas yang besar-besar kerana lagi besar dan bangga anda makin terdedah pada bahaya jenanyah ragut...

Ya Allah Ya Qhohhar engkau tundukkan lah nafsu, sombong, ego ku kerana semua itu adalah milikMu... Aku hamba yang hina tidak layak dengan semua itu.... Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin... Kau lindungi kami daripada hawa nafsu, harta dunia dan bisikan syaitan serta kejahatan keburukan yang berlaku disekeliling kami...

Amiiinnn...


Popular

Follow by Email