Enter your keyword

Sunday, October 19, 2014

Allhadulillah Ya Syakur : Extended Dateline

By On 1:00:00 PM
Salam sayang buat semua.... 

Ya Allah... syukur sangat, dari pagi kelmarin bangun tidur dan hari ni masih belum tidur.... tapi kuatkan semangat jua untuk siapkan kerja yang tarikh hatarnya hari ini 19 Oktober 2014... untuk saya join 

Nexus Hotel 
No. 5, Jalan Kerinchi, Bangsar South City, Kuala Lumpur Malaysia




Dari semalam, pagi tadi sambil duk tidurkan adik Zara sambil tu duk buat kerja mengadap latop... kesian duk beriba dengan saya... latop saya pun belum rehat lagi... kesian.... 

hari ni lak masuk ofis kul 8.45 pagi (awal tu).... sama gak duk terkial-kial key in data melalui spss.... 


dari pukul 10 lebih sampai pukul 12 tengahari saya baru dapat key in 4 booklet.... haduiiii... itu pun banyak soalan yang saya skip.....


bila dikira booklet saya ni ada seratus lebih yang telah diisi... saya ingatkan cuma dalam 80 sahaja.... lagi haru saya nak key in semua hari ni....


terlintas kat fikir saya ni nak emeil secretariat tuk extended dateline... then buka je websitenya... Ya Allah Ya Syakur... Allhamdulillah.... mereka dah extended dateline sebulan lebih daripada sekarang sehingga 25 Nov 2014...

Syukur sangat!
InsyaAllah saya akan buat yang terbaik....

Terima kasih Ya Rabb!


Thursday, October 16, 2014

Cuti raya haji sambil study

By On 6:29:00 PM
Assalamualaikum...



Sambung cerita balik kampung raya korbankan... semua duk kalut meriàhnye nak raya kan... Kalau kat kelate raya haji dan raya puasa sama meriahnya....

Raya pertama bila buka jer emeil sv reply... Bila baca dia nak jumpa... Bila saya tanya bila nak meeting n bila dia free... Katanya Rabu hungga Jumaat dia free.... pada mula ya dia ajak Skype. Saya pula yang kena install n p cari Internet line.... Nanti kanan apa yang dia cakap tak paham lak....

Saya decide turun kl for the meeting... Terus booked tiket Khamis pagi dan balik Khamis malam...

Allhamdulillah... sampai di Bang unanswered sejarah dengan selamat ditemani encik somi saya kul 11 pagi seperti yang dijanjikan .... dari Subang airport kami ambil cab e lrt kelanà jaya kemudian turun di masjid jamek dan ambil lrt ke titiwangsa. Dari lrt titiwangsa ke  bangunanswered sejarah ni jalan tun Razak. Itu pun cab yang ke tiga baru tahu tempat ni... hehehe... dekat sangat rupanya dari lrt tu taman cuma rm4 lebih.... bangunannya bersebelàhan dengan perpustakaan negara....

12.00 tengahari meeting kami tangguh, keluar lunch kat cafe perpustakaan negara dan pukul 1 lebih sambung kembali hingga pukul 3 petang.... Allhamdulillah semua berjalan lancar.


The first time juga la adik Zara adelia ni kena tinggal... tiga kali juga ler saya call my mom tanya keadaannya.... she is good girl... Dia ok kalau ada kakaknya....


Ermmm..

Semoga dipermudahkan segalanya kerja saya. Terima kasih Ya Rabb... kerana banyak menolong saya yang tak pandai ni kerana semua kepandaian kebijaksaan kecerdikan adalah milik Nya Ya Alim Ya Hakiim Ya Rashid...

Pasar Siti Khatijah

By On 2:42:00 PM

Dah lama sangat tak pergi pasar siti khatijah ni. Dulu masa bebudak dan alam remaja selalu duk pusing pasar ni... hihihi

Kerana jiran pesan kirim suh beli barang kami ke pasar ni....


Kami cari keropok lekor. .. hihi...
 Memang sedap. Biasa kalau nak balik Kedah singgah beli ke rook lekor di bukit bunga... 


 apa pun apa yang saya tengok sejak dulu lagi tahap kebersihan di pasar ni kurang membuatkan.... makcik-makcik yang duk jual sayur kat bulatan ni pun dah orang lain... terkena g zaman muda remaja selalu duk datang sini kan... haha

Hentian Rehat Banjaran Titiwangsa

By On 2:15:00 PM
Kalau anda dari Pantai Barat mahu ke Pantai Timur, jalan utama yang akan dilalui merentasi banjaran Titiwangsa...

Jangan lupa singgah di Hentian Rehat Banjaran Titiwangsa yang menghidangkan menu yang menarik iaitu nasi kerabu gedak banyak nasi ayam mabeles.... hahaha... harga RM6..... makan sorang tak habis,,, kalau yang suka makan banyak dah tentu boleh habis....


Fuhhh... memang sedap sekali cuba tentu teringat nak lagi... tak jemu dimakan simple n nice... walaupun banyaknya buat saya terkejut.... huhu.... dek perut lapar, habis jua ku makan.... tak caya leh cuba...

Allah Ya Qhalliq yang maha Pencipta. Tenang jer tengok kehijauan kesejukan


Kerana tumbuhan itu sentiasa berzikir bertakmid kepada Nya...

Balik Kampung Raya Haji

By On 1:58:00 PM
Minggu lepas saya balik kampung raya haji.... Ingatkan nak balik kejap yang pada mulanya tak nak balik kerana dua mingu sebelum tu saya dah balik kampung ku Kelate deh.... memandangkan mak ayah nak datang beraya kat Kedah... duk pikir last minute buat keputusan malam Jumaat jom ler daddy kita balik! kesian lak kat mie n papa nak drive datang Kedah Sabtu.....

Pagi Jumaat nak balik tu.... duk cari kunci kereta lak hilang kena main kat adik Zara.... haduiii.... itu kunci the last one.... belum menyempat lagi saya buat copy.... Satu telah hilang... tinggal lagi satu.... Al kisahnya Queensbay Mall dulu sejarah melakar.... haha

Duk cari punya cari dah nak tengahari ni.... habis satu rumah duk menggeladah.... daddy dah pergi kedai kunci. Malangnya hari Jumaatkan tutup.... huhu balik dengan hati yang readha jer la.... rosak program nak balik kampung...... dengan perasaan membuak encik daddy duk cari juga....

Aklhirnya, happy ending k..... hahaha...

Allhamdulilllah....

terus call mak suh tak payah datang kami nak balik.... tapi tak dapat-dapat... duk risau juga ler.... kut dorang dah datang. Call makcik sebelah rumah mak, nasib baik dia nampak papa p solat Jumaat... ermmm pesan jer la kat dia, kami nak balik beraya.... hehehe....


Allhamdulillah....


Pukul 3 juga ler kami bertolak dari Jitra singgah ada jumpa member kejap...



Sampai Kota Bharu 8 lebih.... safely drive... terima kasih Ya Rabb Ya Waliy, Ya Hafiz Ya Muhaimin... Melindungi, menjaga dan memelihara perjalanan kami... Masuk jer Batu Melingtang hujan lebat selebatnya... traffic slow...


Allhamdulillah....

Singgah makan di Restoran Ikan Bakar nasi ulam Batu 4.... fuhhh perut lapar sedap la jadinya.... apa pun masuk soruuuu......


Bertangas Nasi di Pawagam

By On 12:46:00 AM
Assalamualaikum... dah berapa minggu saya cuti blogging dek kesibukan dengan study dan balik kampung tambahan pula kesihat yang tak menentu membataskan segalanya....

Nak cerita tentang filem seram yang satu ni sudah ditayangkan di pawagam pada 18 September lepas... Mungkin saya agak kelewatan untuk review ini.

Bersyukur dapat saya laksanakan untuk menontonnya dan membuat kajian untuk tesis yang saya sedang jalankan. Terpaksa ler berkampung bawa anak suami sebagai pengasuh ke pawagam. Jitra Mall menjadi lokasi saya.




Abaikan muka kusut di atas...

Sinopsis Nasi Tangas :
Mengisahkan pasangan suami isteri Hairi dan Mira lakonan (Azwan Kombos dan Adibah Yunus) baharu berkahwin. Namun, Hairi selalu melebihkan rakan kongsi perniagaannya iaitu Fatin (Shima Anuar) dalam apa jua percakapannya menyebabkan isterinya Mira cemburu. Dengan asukan mak Ton mak Mira dia bersetuju menggunakan Nasi Tangas atau Nasi Kangkang untuk menundukkan suaminya.


Jom kakak kita tangas nasi... hehe... kakak nak masuk tonton bersama saya tapi encik somi tak bagi... tak apa la kakak lain kali kita tengok citer kakak yer...




Antara respondon saya. Susah untuk saya mendapat respondon di pawagam ni. Salah satu sebab utama, bila dah habis tengok filem semua audien akan bergegas untuk pulang atau next destination. Ini menjadi kekangan utama dalam kajian saya untuk mendapatkan data.

Sabar ye... In syaa Allah ada jalannya.... rata-rata audien dibangku sekolah tingkatan 4 dan 5 dan pelajar IPTA/S politeknik berdekatan dan juga keluarga...


Anak saya yang kepenatan tidur tanpa hirau... kesian....


Sambil duk menunggu saya anak dan encik somi rehat le dulu ye... sabar separuh dari iman... hehehe

Review saya :
Saya meletakkan diri sebagai spectator dimana babak-babak cara membuat nasi tangas sangat menjijikkan. Dari situ saya tahu bagaimana cara membuat nasi kangkang... bacaan mantera yang membutkan saya terkejut... erm... rupanya sikit sebanyak menyerupai mantera sebenar kerana saya dapat mengagak dari filem yang sebelumnya. Saya suka cara pembawaan plot cerita yang membuatkan penonton mahu mengetahui apa seterusnya akan terjadi. Walaupun plotnya ringkas ada kala audien akan dapat menjangkau apa seterusnya akan berlaku namun, apa yang disangkakan tidak tepat. Garapan pengarahan yang baik. Secara jujur saya berikan filem ini 3/5 bintang... Mungkin saya agak kedekut bagi markah... hehehe... tapi saya suka....


Popular

Follow by Email