Enter your keyword

Saturday, September 27, 2014

Madu ku

By On 11:51:00 PM
haha... tajuk tak hingat... jangan sangka nak dapat madu pulak tau...

al kisah balik kampung minggu lepas... en husband beli madu ni fresh baru ambil dari pokok dengan jiran sebelah rumah kat kampung... RM30 satu botol sos... Allhamdulillah... suka sangat dapat madu ni... balik Kedah, saya pula diserang sakit tekak yang biasa saya alam tu... dan teringat madu ni terus saya minum satu atau dua sudu setiap hari... kakak Amani akak putributterfly memang suka madu... dia minum sama... tiap pagi saya bagi dia... memang amdu tak putus kat rumah saya... tapi yang ni freshhh dari sarang dia.... fuhhhh memang sedapppppp.... tak leh nak cakap camana memang sedap.... Allhamdulillah 5 hari saya makan madu ni tekak yang sakit itu hilang... Terima kasih Ya Rabb....


Di bawah ni khasiat madu dan kulit kayu manis yang saya ambil dari facebook sharing... jom sama amalkan...
Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?


Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.
Ini di antara kajian dari saintis barat :
Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.
Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.
Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.
Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.
Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).
Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.
Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).
Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.
Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.
Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)
Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.
Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.
Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.
Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.
Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.
Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.
Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.
Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.
Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

JaLan-jalan: Muzium Padi Kedah

By On 11:39:00 PM
24 September 2014

Dalam duk kalut ngan study sempat lagi saya dan keluarga jalan-jalan.... Cuma pusing Kedah jer... Al maklum sejak duk Kedah lum sampai di Muzium Padi ni. Kebetulan p renew lesen driving, layan ler jalan-jalan bawa anak ke sini...
















Baru ke ketahui banyak rupanya jenis-jenis beras kat dunia ni... Apa daaaa.... makan aje yang tahu...








Apa yang pelik pada ambar di atas???




Tuesday, September 23, 2014

Kenduri Kesyukuran Penerbit Novel Karya Seni

By On 6:29:00 PM
Isnin, 15 September minggu lepas saya dan keluarga balik kampung... disebabkan musim kenduri tiba cuti seklolah. al maklum ler... terpaksa terbang balik kampung. Kad jemputan dah lama sampai. Kalau tak, memang tengah duk kalut sama saya tak balik ler walaupun kenduri kendara.


Tahniah kepada pasangan mempelai Bersama Dengan Mu, Dato Wan Muzri dan Nur Syafira atau Datin Fefe.... Sama cantik sama handsome. Bertuah si pengantin... memang sepadan bagai pinang dibelah dua... suka sangat pasangan ni...









Semoga pasangan ini bahagia kekal hingga ke jannah... Dapat baby cepat tau!... hehehe... bertuah badan. So, lepas kenduri pa lagi duk layan novel kisah percintaan mereka ler, yang akan jadi hangat di pasaran nanti...

Kellasssss gitu. Siap berlakon bibik percintaan mereka lagi. Hanya tayangan di hotel sahaja ler. Siap buat lagu lagi. Dan coming soon siapa tahu akan difilemkan pulakan.... novel percintaan mempelai...



 cantik Zila Jalil ni... ,anis jer senyuman


 Safi Sadi memeriahkan suasana



Artis lain Fadzli Zainal yang merupakan artis naungan Karya Seni Music dengan lagu "Sehingga ke Syurga" dan artis kumpulan Cherpen Band dengan lagu baharu mereka diciptakan khas buat Datin fefe... wowww.... so romantis yer Dato... "Selalu Denganmu"....



 Pengacara menggamatkan suasana pada malam tersebut Roslan Syah...

Berkunjung pula ke kenduri semasa di rumah pihak lelaki Dato Muzri






Bergambar kenangan di Hotel River View Kota Bharu 16 September 2014

Monday, September 22, 2014

Terima kasih : JOM JOIN BLOGLIST SAYA

By On 10:53:00 PM
Allhamdulillah telah tamat sudah segment jom join bloglist saya

yang erakhir pada 15 September yang lalu...

sori yer kelambatan saya mengupdate hehe list ini

kesibukan melanda bak taufan... hihihi


Saya telah masukkan link sahabat semua dalam bloglist saya!

Check it out...

:)



Nasi Gulai Kambing Kodiang

By On 10:22:00 PM
Assalammualaiku... salam sayang 1 blogger semua...
dah lama tak post... blog dah berhabukkk... huhu
dek masa yang membataskan segalanya...

memikirkan study yang harus didahului... hehe

dek kepenatan juga saya sekeluarga melepaskan rindu pada 
masakan gulai daging dan kambing Koqdiang Kedah (mana la tau da yang tak pernah dengar lak Kodiang) hehehe...

fuhhh... memang terhangat beb... 
makan sekali nak lagi...

dah lama tak bertandang ke kedai makan ni ...
agaknya dah setahun yang lalu di sini
dan dua minggu lepas sempat kami sekeluaraga menikmati kelazatan masakan makcik kedai ni

sori yer... tak sempat nak p berkenalan dengan tuan kedai...
kedainya dekat pekan jitra sebelah sekolah cina dan sebelah balai polis kodiang...
hanya tepi jalan yer... memang senan nak cari...

jom layan.....


                                                                           Nasi putih + gulai daging = RM7


 Nasi putih ayam goreng =RM6

 Nasi putih + gulai kambing = RM8


 senarai harga



datang kodiang jangan lupa singgah sini...
kedai ni buka pagi sampai tengahari sahaja...
jangan lambat nanti kang habis gulai kambing...
hari kami pergi pukul 10.30 pagi gulai kambing dah last episod dapat kat en daddy... haha
saya??? layan ler gulai daging!!!

daging pun sedap origional daging lembu tempatan k...

selamat mencuba..

adioosss...


Popular

Follow by Email