Avatar : Saya Review

Dari minggu lepas selepas balik dari USM kepala memang duk pening nak settlekan questionnaires... Memandangkan masa duk singkat ni, Filem JIN akan muncul di pawagam 21 Ogos ni... tinggal beberapa hari lagi. Saya nak dapatkan sample tuk pre test saya 30-50 respondon...

Minggu lepas jumpa buka ni...


Jadulnya Spiritual Teachings of the Avatar

google image

Nak cari mix sense antara keseronokan menonton filem seram seram pemahaman nilai agama Islam??? duk hang lagi kat sini... so, hipotesis kena link dengan questionnaires... literature!!!! lagi kena mau cari maaa..... 

Dalam buku ni mengulas tentang maksud Avatar dan relevan terhadap kehidupan sebenar. Bertitik tolak daripada filem Avatar tahun 2009, arah JAmes Camaroon buku ini mengulas lebih lanjut tentang spiritual tradisi Vedic India yang bermula sejak 15 rbu tahun dahulu..


Ramai yang dah tengok filem ni kan???

Saya buat throwback skit yer...



Sejarah filem Avatar
Avatar ialah sebuah filem epik cereka sains yang ditulis dan diarah oleh James Cameron, dibintangi oleh Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver, Michelle Rodriguez dan Stephen Lang. Filem ini berlatarkan tahun 2154, apabila manusia terlibat dalam usaha perlombongan rizab galian berharga unobtanium di bulan Pandora dalam sistem bintang Alpha Centauri. Peluasan koloni manusia di situ mengancam kemandirian kaum pribumi Na'vi di Pandora, dan juga seluruh ekosistem bumi. Judul filem ini menyentuh tindakan sesetengah manusia memakai jasad Na'vi rekaan genetikuntuk berinteraksi dengan kaum pribumi Pandora.
Filem Avatar mula dibangunkan pada tahun 1994, apabila Cameron menulis skripmen 80 muka surat untuk filem ini.Penggambaran sepatutnya dimulakan sebaik sahaja siapnya filem Cameron yang sebelumnya, iaitu Titanic, agar sempat dikeluarkan pada tahun 1999, tetapi Cameron mengaku bahawa teknologi ketika itu masih belum sedia menzahirkan visi filemnya itu. Usaha mereka bahasa kaum makhluk asing bermula pada pertengahan tahun 2005, sementara Cameron mula mengembangkan lakon layar dan alam cerekanya pada tahun 2006.

Kisah Filem Avatar
PLOT cerita bermula pada tahun 2154. Bekas anggota marin Amerika, Jake Sully (Sam Worthington) yang lumpuh kakinya akibat perang terpilih dalam program Avatar, program pembuatan makhluk yang mirip dengan suku Na'vi.
Jake terdesak mengikuti program avatar kerana program ini memungkin dia berjalan lagi. Justru, Jake menjalani operasi dihantar menjadi avatar agar menyerupai makhluk penghuni Pandora.
Jake perlu berubah menjadi avatar, kerana suku Na’vi, makhluk hidup yang mirip dan memiliki kemampuan seperti manusia. Namun kehidupan kaum Na'vi masih primitif dan tak suka manusia masuki planetnya.
Maka diciptakanlah avatar. Avatar ini ibarat sebuah robot, yang dikendalikan melalui transformasi otak manusia dan dialihkan ke avatar pilihannya.
Jake terpilih menjadi sukarelawan pengendali avatar. Dengan menggunakan avatar saudara kembarnya, Thomas Sully yang sudah terkorban, Jake terpilih untuk misi mempelajari dunia Pandora.
Bagi Jake, inilah saatnya memulai kehidupan baru. Dengan avatar yang dikendalikannya, Jake kembali menjadi dirinya, lelaki sejati tanpa dibatasi kelemahan fisiknya.
Avatar Jake dikirim ke Planet Pandora, tempat suku Na'vi tinggal, untuk mendapatkan mineral Unobtainium yang amat berharga bagi manusia. Inilah alasan utama kenapa manusia ingin menakluki Pandora.
Sebuah program dibentuk dan sukarelawan dikumpulkan. Tujuannya untuk mengenal lebih dekat negeri Pandora yang kaya raya. Namun, tidak mudah bagi manusia memasuki dunia Pandora kerana susuk tubuh manusia tidak diterima oleh golongan Na'vi sebagai penduduk Pandora.
Jake akhirnya menuju Pandora, planet subur yang wilayahnya terbagi kepada dua bahagian - bahagian indah dan satu lagi sangat menakutkan. Sesampainya di sana, Jack tergamam melihat keindahan dan juga bahaya yang boleh mendatang maut bila-bila saja.
Tapi misi Jake menjadi sukar apabila dia jatuh cinta dengan Neytiri, anak perempuan Raja Omaticaya, yang mengajar Jake berbagai kepakaran memburu dan kehidupan bangsa Na'vi.
Kerana cinta pada Neytiri juga, Jake tersepit di antara cinta atau misi menyelamatkan bumi?
Jake belajar berbagai macam hal yang menakjubkan dari kebudayaan bangsa Na'vi dan kemahiran berlawan ala kaum Na'vi di hutan pandora.
Semakin lama Jake bergaul dengan puak Na’vi, semakin dalam cinta Jack pada Neytiri dan kaumnya.
Rasa cinta itu lah yang membuat Jake tersepit di antara dua pilihan: memenuhi tuntutan misi menyelamatkan bumi atau cintanya terhadap Neytiri dan mempertahankan suku Na’vi.
Pengarah James Cameron mempunyai daya kreatif dan imaginasi yang luar biasa. Setelah filem Titanic yang layak berada dalam kelompok filem lagenda itu, Cameron sekali lagi kembali dengan filem 'Avatar', sebuah karya masterpiece.
Negeri Pandora, sebuah negeri yang indah dan tidak terbayangkan oleh akal biasa. Di sinilah keluar biasaan imaginasi James Cameron memacu terus filem 'Avatar.'
Uniknya, puak Na'vi bukan kelompok manusia biasa. Mereka merupakan cantuman antara manusia dan kucing: berekor panjang, kuping runcing, tetapi tak berbulu dan kulit mereka berwarna biru. Ketinggian mereka lebih tinggi dari manusia.
Jake benar-benar menemui dunia baru yang indah dan eksotis di dunia Pandora.
Penjelajahan Jake di negeri Pandora adalah titik tolak mengagumkan bagi penonton. James Cameron amat bijaksana kerana berjaya membuat penonton terpesona. Bukan mudah untuk membuat penonton terpaku selama 2 jam. Durasi yang panjang bagi sebuah filem Inggeris.
Karya unggul ini mendatangkan kepuasan dari berbagai sudut. Pesona menonton 'Avatar' seperti kita sendiri berjaya menjejaki dunia indah Pandora yang penuh eksotik.
Bukan saja alam Pandora itu baru bagi Jake tapi amat luar biasa bagi para penonton juga. Hebat dan sungguh mengagumkan!
Setiap adegan terasa begitu indah, tanpa batas. Perjalanan Jake seolah-olah perjalanan penonton juga. Adegan demi adegan penuh debaran, keterujaan dan kekaguman terutama ketika melihat Jake terjun dari jurang, berpacu menunggangi Banshee, burung naga yang mempunyai kekuatan kuda liar yang luar biasa, sehingga pertarungan dengan binatang buas di Pandora yang rupanya dasyat dan tidak tergambarkan.
Aksi, drama dan geraf emosi yang dibawa Cameron dalam filem ini cukup dengan rempah ratusnya. Begitu juga dengan elemen cinta yang diselitkan dan diwarnai begitu manis sekali.
Dan di akhir cerita, Jake terpaksa membuat pilihan untuk memilih dunia baru sebagai avatar, atau menjadi manusia sejati?
Pilihan yang sulit bagi Jake tetapi terbukti happy ending ini yang dimahukan penonton.
Pelakon: Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver, Michelle Rodriguez, Stephen Lang, Joel David Moore

1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.