Ada Tak Petua Ceraikan Susu Badan?

Malam semua... tajuk tu pertanyaan sebenarnya yang sedikit mula bermain kat benak pikir saya ni... Adik Zara Adelia dah nak masuk 2 tahun 29 September bulan depan... Dan dia still fully breastfeeding... Sikit pun tak mau dan tak reti nak minum botol... mama dia la terlebih excited nak bf... kang padan muka susah nak ceraikan...




kalau ikutkan agama:

Dalil Penyusuan Bayi Selama Dua Tahu

15. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)". – Al Ahqaf 15


Berkata pensyarah al Azhar saya dahulu; 30 bulan = tempoh mengandung dan menyusu bermaksud: 2 tahun 6 bulan…

6 bulan; tempoh minumun mengandung

24 bulan = 2 tahun: tempoh menyusu bayi…. Bersamaan 30 bulan!

14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Luqman 14

233. Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan. Al Baqarah 233

Sumber: rawatanislam2u.com

sekarang sapa ada petua untuk tolong saya??? harus atau tidak saya menceraikan susu bila 2 tahun??? 

boleh kongsi kalau sudi bagi ibu2 yang banyak pengalaman di luar sana...

1 comment:

  1. bila dingat cerai susu,ingt plak pngalaman sy..ank kedua bf spenohya.bila masuk 2 thn sy prgnant.nk tk nak kena cerai susu,tp kalu tk prgnant pun sy akn buat jgk..mmg dh niat hnya 2 thn..mmg sedih bila ingat..hmpir smggu bru bjaya..botol lgsung x mau.mula2 sy cuba wktu siang..cuba bg mkn kenyang2..alih phatiannya...bg susu fm dgn cwn..sapu mcm2 kat puting..minyk gamat..limau nipis..hehe.dia nangis2..mmg sedih..mlm2 pun cmtu.lps slow2..nngis sgt2..cuba jg...mgkin krn sabar & ksungguhan Tuhan tolong..ttiba,smggu blalu bjaya jg..smga bjaya ya...:)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.