Wanita Peugeot versus "Aku Puasa" Ramadhan Kerahmatan Keberkatan

Bismillahirrohmanirrohim

Semalam tengok video wanita peugeot... nak ulas pun kesian... kesian kat uncle cina dan sangat kesian kat wanita itu... sebab kita di bulan Ramadhan... tingkalau menggambarkan perwatakan... yang penting kat sini di bulan yang penuh mulia penuh kerahmatan ni serta keberkatan seharusnya kita umat Islam sentiasa sabar...

Jika ada seseuatu perkara yang berlaku, tetapkan iman ye, (untuk diri saya sendiri) kata dalam hati
"AKU PUASA"....

itu maksudnya kita menerima rahmah dariNya... saya share dari beberapa siri ihya Ramadhan. Antara keistimewaan Ramadhan:

  1. bulan yang Azim - maksudnya mendapat habuan yang terus, Nabi saw sangat kagum dengan ramadhan kerana ia sangat istimewa. Janganlah kita mencacatkannya.
  2. Bulan Keberkatan - maksudnya berkat yang bagi senang kita faham iaitu "Allah Jaga". Sebagai contoh duit yang berkat Allah jaga. Kita tidak membelanjakan demi kehendak. cukup sekadar keperluan. Anggota badan kita Allah jaga. contoh mata yang berkat mata Allah jaga. Nampak tapi tak nampak. Maksudnnya kita ke tempat awam ramai berpakaian tidak menutup aurat tapi Allah jaga pandangan kita hati kita dari tidak nampak... sebab itu juga Rasulullah suruh kita bangkit sahur untuk mendapat keberkatan... Semoga Allah jaga anggota badan kita di bulan yang mulia ini seterusnya pada bulan-bulan mendatang sehinggalah bertemu Ramadhan kembali... in syaa Allah... Mendapat Kesenangan - semasa berbuka, semasa bertemu Allah swt. amat beruntung pada saudara kita yang meninggal dunia ketika bulan Ramadhan kerana dapat terus bertemua Allah swt. cth : semasa berbuka kita rasa sedapnya makanan kita. Rasa sedap itu siapa yang bagi? Allah swt... Rasa tnang iu siapa yang bagi??? tidak semua orang merasa tenang naik kereta mewah. Dan ada orang sangat tenang dan seronok walaupun naik kereta lama. Seronok, tenang, bahagia itu Allah yang bagi. Dan bahagia itu adalah KEBERKATAN
  3. Bulan yang di turunkan Al-Quran - yang terbaik "tadabur" dengan Al Quran-baca dan ambil pengajaran dari Al Quran... ada suka baca tapi tmalas nak faham isinya maksudnya (peringatan diri sendiri). Ia juga disebut bulan madrasah iaitu rebut fahami isi kandungan Al Quran.
  4. Puasa - yang terbahagi kerpad tiga iaitu puasa awa, khusus dan khusus dan khusus. Puasa awam puasa tapi tidak solat contohnya. Puasa khusus iaitu puasa dengan mengerjakan ibadah wajib serta menjaga mata, telinga, mulut, kepala seua anggota badan kita. Puasa khusus dan khusus iaitu puasa para nabi dan ambia...
  5. Bulan yang menghidupkan malam - bangun malam (qhiam) dan mulai menunaikan solat sunat dua rakaat dan selebihnya... bersolat terawih, kerana hanya bulan Ramdhan sahaja ada solat terawih. 
  6. Bulan Sabar : Bulan Ujian - sebagai contoh apa kalau naik kereta lambat, cakap dalam hati dengan perlahan-lahan "aku puasa"...
  7. Bulan Santun / Perihatin - bulan yang disuruh kita merasa bagaimana orang yang tak makan sehari atau berhari-hari sebagai contoh di India dan sebagainya... Dalam negara kita sendiri puan ada yang kita tak nampak... Bulan bersedekah walaupun seringgit ringgankan tangan kita. Satu kisah Saidina Ali a.s dan Fatimah puasa nazar 3 hari kerana kesihatan anak mereka Hassan dan Hussein kembali sihat. Apabila hari pertama hendak berbuka, datang fakir yang tidak makan berhari-hari lalu Fatimah dan Saidina lalu memberi kedua-dua keping roti mereka untuk berbuka... Mereka berdua meneruskan puasa kedua dengan perut yang kosong. Hari kedua mereka ada sepotong roti. Namun apabila tiba masa untuk berbuka rumah mereka diketuk kembali anak yatim kelaparan datang meminta makan. Mereka memberi roti tersebut dan meneruskan puasa nazar hari ketiga. Tiba masa hari ketiga mereka hanya ada sepotong roti dan memberikan kepada tawanan perang yang rakus telah membunuh orang Islam tapi sedikit dendam pun tidak ada dalam hati Saidina Ali dan Fatimah... malah mereka menolong dengan penuh keikhlasan tanpa menghiraukan diri sendiri yang tidak menjamah makanan. Berita tersebut telah sampai kepada Rasulullah s.s.w... dan Rasulullah solat dan bersujud kepada Allah swt. Malaikat Jibrail datang menyampaikan salam Allah swt kepada Rasulullah saw kerana kemuliaan, keperihatan, kesantunan keturunan Rasulullah saw. Dengan itu Allah berjanji jika sesiapa yang berselawat 1 kali kepada baginda Rasululullah akan diberikan pahala sebanyak 10 kali... "Allahuammasoliaala Saidina Muhammaa waalai saiyidina Mauhammad"  
  8. Bulan Rezeki Untuk Orang Mukmin - sebagai contoh anak-anak kita berpuasa jika jamu mereka dengan makanan sedap. Anak-anak yatim dijamu berbuka puasa dan juga orang-orang susah... kalau bulan lain susah kita dengarkan.. sebab itu bulan Ramadhan ini berlumba-lumba orang ISlam memberi makan kepada oarang yang memerlukan kerana kalau kita bagi makan hanya sebiji kura atau seteguk air untuk mereka berbuka puasa sudah kira kita mendapat pahala mereka yang berpuasa. Perlu diingat mesti ditolngi keluarga kita yang susah terlebih dahulu kerana ia lebih afdal. Ingatlah rezeki itu hidayah Allah... In syaa Allah...

Ingatan buat diri sendiri yang lalai... lalai itu adalah nafsu apa yang buruk dalam diri kita. Semoga bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan ini mendidik kita menjadi baik. Jika kita todak dapat semua itu alangkah ruginya kita dengan nikmat, kerahmatan dan keberkatan Allah swt...

malu sebagai wanita dan umat Islam bila anak uncle cina meluahkan perasaan itu.

Wallahualam...





3 comments:

  1. geleng kepala tgk vid tu..

    apa pun moga si dia dilembutkan hati agar tidak berperilaku spt itu lg.

    ReplyDelete
  2. moga kita juga menjadikan perkara tersebut sbg pengajaran...kadang tu bila dah marah, lupa segalanya...harap xmcm tu...peringatan buat saya gak

    ReplyDelete

Powered by Blogger.