Dengan Nama Mu Asmaul Husna Bantu Saya Dalam Kemalangan

Allhamdulillah... 

Bismillah pagi yang sangat ceria penuh barkah... semalam saya memulakan rutin perpustakaan saya setelah hampir 3 minggu berehat di rumah akibat kemalangan jalan raya...

Saya Kemalangan
Erm... pengalaman yang sangat seronok kerana dapat kasih dan sayang Ya Rahman Ya Rahim... Walaupun kereta saya teruk nyaris total lost, Allhamdulillah saya tidak fikir apa hati sangat tenang redha dengan apa yang terjadi... 20 Mei lalu saya melaluinya...

Allah Ya Baari' Yang Maha Mengatur
Kejadian tersebut berlaku apabila saya pulang dari perpustakaan lalu ambil kakak Amani puteri saya balik tadika pukul 2 petang then hantar dia ke kelas Iqraq Pusat Islam. Selesai! Saya bergegas pulang baby di rumah adik Zara mahu disusukan... Dari kecik adik Zara memang breastfeed dan daddy menjaganya di rumah... 

Dalam jam 2.30 kemalangan itu terjadi apabila saya tak sempat mengelak sebuah kereta yang sedang cross jalan dari kedai makan disebelah kiri jalan untuk membuat pusingan U... apa lagi Ya Allah Ya Baari' Ya Wahhab Ya Razzaq (hanya itu yang saya baca ketika drive) dannnn terus saya membaham kereta tersebut... 

Allah Ya Wahhab Yang Maha Menolong
Saya dapat merasa dentuman yang kuat itu, saya sebelah pipi muka saya lebam, apabila kereta saya berhenti berpusing terus keluar darah. Saya dapat rasa darah tu keluar dari sebelah pipi atau mata saya.... Tak tahu nak buat apa terus ambil telefon call husband saya... Orang ramai mula mendekati kereta saya... Saya cakap dengan husband, kereta saya memang teruk, saya tak risau diri saya, saya rasa saya ok masa tu... macamana kereta ini! ini saja kenderaan yang saya ada... esok saya mahu ke USM... 

Mereka di luar pintu kereta saya buka pintu kereta... saya masih bercakap dengan husband saya... husband saya juga tidak boleh berbuat apa-apa... dia pun bersama baby saya yang setahun 8 bulan itu takkan nak bawa baby naik motor dengan cuaca yang panas terik ke tempat kejadian... 

erm.... berserah.....

Kakak kedai makan tersebut papah saya seberang jalan ke kedainya... tadi lunch saya datang makan di kedainya tak sangka saya akan kemalangan di hadapan kedainya... memang tempat itu selalu kemalangan akibat kereta yang suka cross jalan pulang dari makan di kedai tersebut....

duduk di satu meja... dua orang beruniform korporat duduk bersama saya. dia mula interview saya... katanya saya langgar keretanya... mereka bersama duah buah kereta baru pulang dari kedai tersebut seberang jalan untuk buat pusingan U untuk pulang ke UUM kerana mereka ada program di sana... saya langsung tak tanya siapa mereka... 

mereka mula memperkenalkan diri seorang pengarah Jab kerajaan dari Putrajaya dan seorang lagi pen pengarah jabatan kerajaan di Kedah... 

kemudian, seorang lelaki menegur saya, kataya jiran dekat rumah saya... dia perasan kereta. wife abe kan (husband saya)... masa tu sikit pun saya tak rasa sakit... kakak kedai bagi saya tisu untuk sapu darah di pipi saya... pegawai tersebut ambil no telefon saya... saya kata husband saya tak boleh datang dia jaga baby di rumah,,, dia cuti.... saya pun dalam cuti belajar sekarang ni.... 

jiran tadi sanggup menghantar saya ke unit kecemasan pusat kesihatan universiti... kemudian pegawai tersebut menghulurkan duit kepada saya... saya terfikir kenapa? saya cuba mengelak dari menerima... tapi dia terus juga hulur pada jiran saya supaya bagi kepada saya... jiran tu pulak bagi pada saya... malas nak fikir lagi saya terus ambil... kerana Allah Ya Razzaq Yang memberi rezeki...

saya menggalas beg latop saya seberang jalan, seberang kereta sasya di tengah-tengah divider tapi saya tak sampai hati nak tengok kereta tu... buku saya banyak dalam kereta saya tinggal sahaja macam tu. Kereta? yang saya tahu kereta tu teruk... seorang lelaki lagi mengikuti kami bersama... rupanya dia pemandu kereta yang saya langgar tadi... sambil tu saya call kawan di ofis untuk pergi ke unit kecemasan universiti...

Syukur Allah Ya Syakur
Allhamdulillah... saya bersyukur juga atas apa yang berlaku mungkin ini kesilapan saya untuk saya betul2 tunduk dan patuh pada Allah ya Rab... 

Di unit kecemasan saya diberi rawatan... kena inject... nurse cakap tak perlu jahit luka dibawah mata saya. Allhamdulillah, saya risau kalau kena jahit mesti tak bius... doktor datang check... rupanya lutut saya juga berdarah... seluar saya terkoyak... Allhamdulillah ak ada apa yang teruk... doktor suruh ambil ubat kat faramasi... agaknya saya dah boleh keluar ni... saya dengar kawan saya dah ada di luar tapi tak dibenarkan masuk...

daddy call risaukan saya. dia call mak saya di kampung tapi mak saya tak sangkat... saya rasa penat sangat... nak relex dan tidurkat katil tu kepala saya fikirkan kereta tu macamana... saya dengan driver sebelah saya call... cakap kereta mereka mesti ada yang kena tunggu nanti towi akan datang tarik kereta tu... kereta saya siapa nak tunggu? 

Rezeki Allah Ya Razzaq
kemudian daddy call lagi dia cakap pengarah tu dah call dia, cakap kereta mereka akan settlekan semua... kawan saya mula masuk... terkejut mereka ingatkan saya kemalangan biasa... muka dan mata saya mula membengkak... entah la saya takut nak tengok cermin.... saya dapat rasa memang bengkak... nurse cakap nanti dua tiga hari makin lebam dan merah kat mata tu...

Edisi Flashback into flashback
saya risau kereta... itu kereta yang kami ada walaupun bumbungnya dah banyak berlubang dan berkarat... ada satu ketika kami pulang dari USM hujan lebat air mula turun mencurah masuk ke dalam kereta... tapi saya sangat bersyukur kerana kenderaan itu lah yang membolehkan saya empat beranak berulang ke USM ke UUM dan balik Kelate... dah berapa kali buat hal di Grik tapi dengan pertolongan Allah Ya Wahhab kami sampai dengan selamat di kampung... Allhamdulillah... 

saya nak keluar balik dari unit kecemasan tu, kawan saya tolong ambilkan ubat di farmasi... saya keluar bersama driver kereta tersebut. Di luar bilik kecemasan kami sempat bersembang... berapa kali dia minta maaf pada saya... dia memang tak nampak saya datang dari arah terus... dia cuma nampak motor... lepas motor tu baru dia perasan kawan dalam kereta tu cakap ada kereta... dia pusing nak tengok terus saya dah baham sama keretanya...

nasib baik saya baham kereta kerajaan.. kata mereka saya claim dengan dengan dorang... entah! saya tak tahu apa-apa... ini kali pertama jadi kemalangan macam gini... bak claim ke apa memang ini baru saya belajar... memandangkan kereta buruk saya itu dah 3rd party insurance saya tak dapat full claim.... 

kawan saya singgah ambil kakak Amani di kelas iqraq dan terus hantar saya balik rumah.. on the way saya nampak dua buah kereta datang tuk tarik kereta kami... kawan perlahankan keretanya untuk tengok kereta saya... memandangkan kereta belakang hon kami, kami terus berlalu.... sampai di rumah... baru saya mula rasa sakit... tangan saya tadi kuat jer sandang beg latop tapi sekarang sakit tuk saya angkat... nak angkat kaki keluar kereta pun sakit... badan pun mula sakit... nak gerak semua rasa sakit!

bila keluar dari kereta kawan, baby saya terus panggil mama dan mendakap di kaki saya... hampir pukul 5 petang... baby saya yang belum tahu dan faham apa-apa yang berlaku... terima kasih Ya Allah menjaga saya... kedua- kawan saya terima kasih, jiran saya, kakak kedai dan mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut... driver kereta tu memang rasa bersalah dia... saya dapat rasa berapa kali dia minta maaf. 

memang betul dia tak biasa dengan highway UUM tu... tempat tu pun memang tempat kemalangan... perkara nak berlaku kan nak buat macamana.... berserah je la....

Allah Ya Qhohhar, yang maha menundukkan
kepada Allah saya kembali dan bersujud.... Ya Allah Ya Qhohhar, yang maha menundukkan tundukkan ego saya semasa semasa sering kelam kabut... tundukkan kesombangan keangkuhan dalam diri ini... kerana itu semua adalah milik Mu... aku hamba yang hina lagi jahil ini tidak layak sedikit memiliki rasa ego sombong dan angkuh itu... maafkan aku Ya Allah Ya Affu, Ya Gaffar , Ya Tawwab... 

Selepas kejadian... kita kena buat report... sms mak saya, dia risau dia reply dia datang Kedah on the way... Dalam pukul 6.30 masa tu... macamana nak buat report... mak kata tadi tak payah buat report lagi esok pagi sempat buat report tunggu mereka sampai... kerana kereta itu nama mak saya yang diberikan kepada kami... 

husband cuba mendapat bantuan dari jiran... jiran sebelah rumah mahu manghantar kami ke Jitra untuk buat report,,,dah pukul 7 di sana... dari luar saya nampak pengarah jab kerajaan tersebut bberapa orang berada di luar balai... bila nak buat report pun satu hal... kakak polis tu,,, dah tahu... kerete kerajaan tu baru je buat report... bila kakak pegawai polis tu tanya kereta rosak apa terus saya tak tahu nak jawab... memang saya tak sanggup nak tengok kereta tu muka saya yang lebam pun tak sanggup saya tengok... inikan pula nak tangkap gambar kereta tu masa kemalangan tu... huh...

settle buat report,,, kena p jumpa sarjan pegawai penyiasat... ada orang kat bilik dia... kami tunggu kat luar... rupanya... driver kereta yang saya langgar.... dapat ler husband saya kenal dengan dia... dia sempat tanya saya macamana mata saya dan sekali lagi dia minta maaf... saya senyum ja... dan masuk bilik sarjan tinggalkan dia bersembnag dengan dengan husband dan jiran saya...

bila saya masuk duduk di kerusinya, sarjan tu tanya nama panggilan saya... nama ibu bapa saya... tempat lahir saya, dan saya tengok dia taip semula apa yang ada pada report... lepas tu diam... tak tahu apa kena buat apa yang dia (sarjan ni tengah siasat ke?)... mana la saya tahu siasatan macam ni ke? saya tak pernnh kena siasat ni (dalam hati duk baca zikir asmaul husna)... sampai azan maghrib berbunyi sarjan tu tengok jam di dinding mengomel sendirian dek jamnya salah waktu... dia tanya kereta rosak apa, saya cakap macam tadi cakap tadi... dia kata tak boleh buat andaian kena betul... mana la saya tahu tak xpernah kemalangan. dia berseloroh "kalau macam tu kena bagi accident kerap la"...  hishhhh... (tak lawak pun)... hahaha.... kereta hantar kat mana ? nak jawab dia yang jawabkan kat batu 13 ? terus saya jawab ye... (dalam hati betul ke tidak ni, tapi macam betul jer cos tadi dengar husband cakap towi yang tarik kereta tu cakap bt 13) last sekali suruh saya sign... 

dalam hati ni,,, duk pikir apa yang sarjan ni siasat... tak tanya apa pun duk taip semula jer teks tu ada lah.... ntah la... katanya esok datang beli report ni nanti nak claim insurance... kalau nak bayar sendiri pun tak apa.. orang lain ambil pun tak pa... huhu saya terus keluar walaupun ada rasa tak puas hati sarjan ni siasat apa??? 

..............

????


????


apa terjadi semua Allah pinjamkan pada saya itu????





3 comments:

  1. Semoga cepat sembut dan dipermudahkan segala urusannya...

    ReplyDelete
  2. Salam sis..nk tnya kes sis ni sapa yang salah ye..

    ReplyDelete
  3. Salam sis..nk tnya kes sis ni sapa yang salah ye..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.