Entry Pertama di Tahun 2014

Bismillahirrohmanirrohim....

Ya Allah dah berapa bulan saya tingal dunia blogging ni. Allhamdullillah dapat bersua kembali. Status sebagai pelajar sepenuh masa sekarang lagi sibuk rupanya daripada menjadi sebagai pekerja makan gaji ni...

Erm... bersyukur kepada yang maha kuasa memberi saya sedikit waktu untuk mengjengah halaman yang tak seberapa saya ni...

Cerita cuti tahun lepas belum habis saya coretkan...

Nak sambung untuk kenangan saya dan keluarga di sini...

Allhamdulillah, semasa bercuti Disember tahun lepas saya sempat menziarah sambil bekerja ke teratak anak seniman Dato' Aziz Satar... Walaupun bapak kurang sihat  ketika itu, dia tetap gagah melayan saya sekeluarga...Terima kasih bapak sudi terima kedatangan kami...


Banyak pedoman, pelajaran, yang kami dapat daripada bapak.... saya berharap bapak sentiasa dirahmati Allah swt... mengajar kami generasi muda ingatkan budaya dan agama...

Cerita-cerita bapak tentang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee amat kami sanjungi... ermmm setiap kandungan cerita P.Ramlee mempunyai simbolism tersendiri yang mana audien tidak nampak jika tidak dijelaskan... Bak kata bapak dalam filem "Nujum Pak Belalang", P. Ramlee memilih pukul 11 malam untu bersiar mengambil angin di taman. Namun, disebalik makna pukul 11 malam adalah waktu itu adalah waktu angin dari syurga turun ke buni. Sekiranya ada yang terasa sekali imbas angin tersebut seakan sejuk badan kita. Wallahualam... Ia kerana, pembikin filem pada waktu itu, mempunyai penasihat agama kepada setiap filem P.Ramlee. PAkar agama meneliti terlebih dahulu setiap skrip sebelum diterbitkan di layar.

em... sangat menarik memang sesuai dengan budaya sekarang sepatutnya, setiap skrip ditapis dahulu oleh pakar agama supaya tidak menjadi isu pemesongan akidah terutamanya kepada generasi muda serta unsur ganas, seksi berlebihan membawa kepada kurangnya nilai agama masyarakat kita.

Allhamdulillah,,,, dengan kebaikanNya saya bersyukur....


2 comments:

  1. wahhh..dpt bertemu dgn pak ajis..bagus pak ajis kan..dalam pd x sihat tu, melayan jugak tetamunya.
    (saya pun dah jarang update blog sekarang ni kak. huhuhu)

    ReplyDelete
  2. at least ada juga citer2 terbaru ni utk kawan2 yer

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.