Enter your keyword

Tuesday, January 29, 2013

Queensbay Mall------->kunci kereta ku hilang

By On 9:24:00 AM
Assalamualaiku.... salam sayang buat semua....

Nie kisah minggu lepas bersambung lak sampai kelmarin pergi Queensbay Mall Penang. Minggu lepas dah pergi sana tapi bukan tuk soping moping pun, survey barang then kelmarin lak sampai Penang pergi USM, rupanya Penang cuti ofis semua tutup. Terkejut saya bila tolak jer pintu Ips Usm, pintu terkunci. 

Then pergi cari rumah sewa pun, ofis management cuti. Hari ni baru operasi. Call member tak angkat. Kami berempat pun pergi la Quennsbay lagi, tanya barang minggu lepas tu dah sampai belum. Dah sampai tapi dah habis. Alahai cepatnya! Masuk kedai lain pun barang tu dah habis juga yang kami ndak.


Perut dah lapar, turun tingkat bawah food court makan. Masa order makan en daddy tanya kunci kereta kat handbag saya ke? Tak ada, saya tak ambil kunci kereta. Tak tengok pun sejak kuar kereta tadi.

Car punya cari dalam stroller baby Zara pun tak ade. Alahai, saya dah risau, order makan sizzling yee mee pun brapa kali orang tu tekan loceng lambai kat saya suh ambil makanan.... Saya kebimbangan tak ada mood dah kelaut. En daddy dengan cepat habiskan makanannya terus ke parking kereta. Saya dan anak-anak tunggu kat food court. Memang dah tak lalu nak makan brapa mulut je saya rasa yee mee tu... 

Lama juga en daddy pergi. Dalam hati saya terus istigfar, zikir je la.... Then, bila en daddy kembali, dia kata dah cari tak ada kedai yang kami pergi dia cari tanya jurujual kat situ pun tak ada. 

Kami terus beredar cuba ingat kedai mana yang kami pergi lagi. Memang bila masuk je Queensbay, kami terus naik lif tingkat 2. Tingkat 2 sahaja yang kami pergi then terus LG ke foodcourt. Member saya call, saya inform dia kunci kereta hilang, tercicir. Dia advice saya suruh tanya kat kaunter information. Bila dah berapa kedai kami pergi tak ada orang jumpa juga, kami ke information desk tanya. Tak ada juga. Relex jap, masa dah pukul 8.40 malam dah keluar dari Queesbay. En daddy call kawan dia, nasib baik juga la dia ada member pomen kat Penang. Lebih kurang 9.45 malam dia sampai. Kesaian baby tido penat, Allhamdulillah anak2 semua ok selamat. 

Buka kereta, macam orang nak curu kereta tu, buka kabel2, lock kat stereng tu... dalam 10 lebih juga settle. kereta boleh start, member saya call lagi macamana? dia suruh saya tidur kat rumahnya, memandangkan hari ni saya nak ke USM semula. Nak terus balik Kedah la ni saya cakap, kereta tak boleh kunci. Kami terus bertolak balik Changlun dengan keadaan bawah strereng yang berselerak dengan wire tu...

Allhamdulillah.... selamat semua. Memang tak cakap apa la saya, takut kan duk zikir jer tenangkan hati. Nak buat camana kan. Sampai hari ni memang rasa takut lagi. Sampai Changlun dalam 12 lebih tengah malam tadi.

Hari ni sepatutnya saya kena attend presentation proposal kat Usm, tak tercapai la hajat itu. Apa pun saya bersyukur juga dengan apa yang berlaku, mungkin mengingatkan supaya berhati-hati di lain hari. Allhamdulillah... yang penting semua selamat.


Saturday, January 26, 2013

Acer Aspire S7

By On 1:31:00 PM
Assalamualaikum.... salam berkasih dan sayang.... hehehe...

Nak citer pasal latop acer aspire ni, duk window soping tu terjumpa lak satu kedai ni, jual macam2, handphone ada, kamera ada, speaker ada.... then bila saya tertengok latop, terus masuk dalam kedai tu. terus ler, jurujual chinese girl ni datang menghampiri saya. memulakan tugasnya berbicara pabila dia tengok mata saya melekat kat latop acer ni. erm.... sangat menarik! Acer Aspire.


Katanya harga RM1700, kami bagi window8, touch screen.... bila saya lak membuka mulut menanyakan spec, tergagau lak cari kat latop tu, dia terus tanya kat member dia. si member lak tak tahu juga terus jer ambil kotak latop tu membelek-belek cari cari spec brapa?

Alahai, dah kurang keyakinan saya sebagai pelanggan nak beli produk ni.

Balik rumah terus saya find up.... memang menarik, teruja gak la. tapi harganya kat laman web acer ni RM3599. saya memang duk mencari latop baru. En daddy suggest suh beli mac. saya kata kalau saya guna mac tuk tiap hari saya bekerja mengedit its ok. berbaloi tuk saya beli....

Spec acer ni :

  • Window 8 single language 
  • Intel core i5 (i5 - 3317U, 1.70 GHz, 3 MB)  
  • (11.6") FULL HD LED - 
  • 16:9 1920 x 1080  
  • Active Matrix TFT Colour LCD  
  • 4 GB DDR3 SDRAM  
  • 128GB SSD Raid-0 
  • Bluetooth 4.0

Matlumat lanjut leh tengok kat laman web acer ni...

Apa yang lagi menarik tentang acer ni ada 4 ciri utama:


1. Glass
2. Touch




3. Glow


4. Cool
memang nipis, cantik boleh tahan, yang penting spesifikasinya yang umpp... hehe... saya survey dulu yang ni, nak survey genama lain lak compare yang mana elok kan... tak payah nak terburu-buru kan...

daaaa.... :-)

ps: all pics from google serch and acer website...



Friday, January 25, 2013

Mencari Kasut Puma Grey

By On 11:59:00 PM
Kelmarin saya kuar jalan-jalan empat beranak... Tujuan utama nak beli kasut. Dah sakit kaki ni. Dah lama pun tak beli kasut. Sebelum mengandung sampai dah bersalin dah habis pantang. Dalam setahun lebih juga la tak beli kasut. Huhu.... pakai jer yang mana ada. En daddy lak selalu bising, beli la kasut yang elok sikit tahan lama, kaki pun tak sakit. Saya memang tak berkira pasal kasut ni janji murah yang RM20 hinggit la yang selalu duk beli... bila dah lama tak beli ni, baru la ada perasaan sikit nak beli yang elok tujuan utama supaya kaki ku ini selamat sentiasa... hehehe.... tapi malangnya, kasut yang diidamkan kat al-ihsan tak ada size. Kaki kecik sangat. Minggu lepas ada tengok kasut tu kat Quensbay tapi reganya RM3 ratus lebih tapi kat al-ihsan cuma RM169...
Al Ihsan Foto

Bila check kat laman web al-ihsan yang yang diidamkan tu memang tak ade size kecik. huh. kesian! tapi kat laman web tu harganya RM119. Warna lain selain grey ni, ada hitam, putih ada size kecik tapi saya suka yang grey ni.

Tak pe la, nak buat camana kan tak de rezeki. Kena cari yang lain. Yang penting kasut yang diidamkan tu ada ciri-ciri keselesaan boleh support tapak kaki ni supaya jalan jauh pun tak sakit dan tahan lasak....

Dah lama tak soping-soping ni, sampai kan ada yang mengata saya. Alahai kesian saya kan. Saya bahagia walaupun tak miliki barang mahal. Bagi saya buat apa nak yang mahal kalau tujuannya tuk orang tengok dan pujikan.... Masa study dulu, saya memang suka soping-soping tapi bila dah ada keluarga ni, rasa tanggungjawab pada keluarga anak lagi banyak nak gunakan duit kan. Sebab tu la saya jadi tak kisah tentang pakaian saya. Apa yang ada saya pakai je la.

Allhamdulillah....



Saturday, January 19, 2013

Minuman Kegemaran Rasulullah saw

By On 11:38:00 PM
semalam, tengah enak saya diulit mimpi, en daddy balik kejutkan saya.... dalam duk tengah mamai tu saya dengar dia cakap "air zam-zam, buah kuma, madu". dia uh saya bangun rasa.... saya rasa, sedapnyer air nie... pastu sambung tidur semula.... hehehe

pagi tadi, baru saya tengok rupa air tu.... erm... memang minuman rasul kita kan, diperbuat daripada air zam-zam + kurma + madu = luscious tamar.... harganya rm 18 semenanjung.... sabah sarawak rm20.... 1 liter...


kebaikannya :

  • menambahkan tenaga
  • menguatkan antibodi
  • meningkatkan pengeluaran susu ibu
  • meningkatkan kecergasan kanak-kanak
  • manambah dan melancarkan peredarad darah
  • mengurangkan masalah panas dalam
  • melawaskan pencernaan

cara minum :
masukkan 3-5 sudu luscious tamar dan campurkan sehingga segelas air....

saya duk belek-belek botol ni tak de lak keluaran daripada mana.... en daddy beli dengan ustaz kat taman rumah saya ni....

cuma ada tertulis : to keep in touch like us on facebook.com/Little Yemeni


bila dah buka fb, baru tahu dari jb upanya.... ok sama-sama kita menjaga kesihatan yang amat behrga ini... kesihatan tidak boleh ditukar ganti dengan pakaian yang cantik dan emas yang banyak....


Friday, January 18, 2013

Allhamdulillah selamat

By On 11:11:00 PM
Allhamdulillah.... selamat pergi penang dan selamat pulang ke kedah, walaupun kepenatan.... baby zara tidur bangun tidur bangun.... en daddy kata masa saya tinggal dia masuk workshop tadi, dia nangis kepanasan agaknya duk dalam stroller dia tu bawah pokok kat parking kereta.... en daddy lak tinggal dia bersama kakak amani, coz emegency ke toilet... huk huk... ciannya anak saya, saedangkan saya kedinginan dalam bilik workshop tu....

bila habis je workshop jam 12.00 tengahari terus saya ke kereta.... duk kelip-kelip mata dia, bila tengok mama dia datang terus senyum.... hehe :) kami lepak kat usm dulu sebelum bertolak balik...

lebih kurang jam 2.30 petang baru kami bertolak balik kedah.... saya dan baby zara kepenatan terus kami tidur je.... tapi saya tidur ayam jer, duk dengar suara kakak amani sembang dengan en daddy....

sampai alor setar, en daddy singgah pergi stadium, nak pergi up town katanya.... tapi ramai lak orang kat stadium hari ni rupanya ada perlawanan bola kedah dan johor....

sebelum tu kami sempat pergi star parade... en daddy kata dia tak pernah ke star parade... hish... munsykil saya, seingat saya, saya dah bawa dia ke situ... dia kata may be saya pergi dengan orang lain... memang la saya pernah pergi dengan kawan-kawan kerja saya dan student saya kat situ.... dah 5 tahun lebih duk kedah baru datang ni kali pertama..... ciannya en daddy.... hik hik.... 

dek kepenatan, kami sempat la duk atas kerusi urut, mengurut badan.... hehehe.... sambil jalan minum air.... harusss....

bila buka jer gerai-gerai kat uptown tu, kami terus serbu.... bukan beli apa pun en daddy beli perasa rokok eletrik dia tu... dah siap beli terus balik rumah changlun.... 


ermmm..... pagi tadi berangkat matahari belum naik... sampai rumah "sun dah sleep" kata kakak amani....

kelaparan, balik saya masak nasi, en daddy masuk lauk ayam kicap.... Allhamdulillah, kenyang rezekiNya....

memang masih terasa kepenatan, adik zara dah tidur.... kakak amani, huh tak tau la kul brapa nak tidur tu...



Thursday, January 17, 2013

Penang Day

By On 2:19:00 AM
Bismillahhirohmanirrohim.... entry semalam...

Kelmarin, lepas jer solat subuh terus pecut ke Penang.... pukul 8.20 sampai kat usm... fuhhh... penatnya semalam tidur 3 jam sahaja.... en daddy langsung tak tidur, kalau tidur takut nanti jaga lewat katanya... Kakak Amani dan adik Zara pun pukul 3 pagi lebih baru tidur.... mak dia tak tidur adik zara pun macam kelawar juga... haduiiii... dari pukul 1.30 pagi adik zara jaga pukul 3 lebih baru dia lena semula.... nak main la, nak sembang la, nasib baik tak nangis jer... tak tahu nak buat apa tak mo tidur gak...

Pukul 9.00 saya attend student defend proposal... erm.... sangat baik tuk saya tahu apa yang akan panel komen dengan proposal kita nanti...

Seperti biasa tiga beranak menunggu saya di kereta.... habis jer presentation tu dalam 10.30 lebih, kami pergi pusing cari rumah sewa yang belum dapat lagi nie... hehehe... ada beberapa tuan rumah, dan agen... ada satu appartment ni tapi alahai tingginya tingkat 15 masih ok... saya la yang tak ok dengan anak kecik ni kan... yang satu lagi tuan rumah melayu tapi dah ada penyewa... no yang lain saya belum call.... nak cari solusi lain dulu... kalau dah tak de sangat terpaksa la call agen juga...

then, en dady singgah menyinggah kedai baskel... apa lagi duk survey rega beskal... katanya kat kedah lagi murah dari kat penang...

sahabat baik saya suruh bermalam kat rumahnya bila saya call... en daddy segan la selalu duk bermalam kat rumah dia... ish... kan...

petang tu saya dan sahabat saya ni memang pusing habis la belah bayam baru, bukut gedung, kg jawa cari rumah sewa.... xde gak yang sangkut... full house... azan magrib duk ketuk rumah orang lagi tanya kot ada rumah sewa area rumah mereka...

tak apa la, nak buat camana kan lum ada rezeki... InsyaAllah, ada la nanti tu... adik zara sampai sekarang tidur, kepenatan sangat tu siang tadi.... kesian dia...

satu cabaran bagi saya sekarang ni, ialah adik zara breast feeding... sekarang umo dia 108 hari dan dia tak minum susu botol.... dia tak mo puting botol tu... dah macam-macam dah saya beli puting susu tu....


nak buat camana ye... ada suggestion tak ibu-ibu... hehe

pagi tadi, saya pergi workshop 3 jam, nasib baik en daddy kata dia tidur sampai la saya habis workshop tu...

petang tadi balik dari Penang dia terus tidur sampai sekarang.... penat agaknya, asyik duk travel jer... Kakak Amani pun sama, Allhamdulillah semua tidur kepenatan....



Monday, January 14, 2013

Bila Dah Jadi Kelawar

By On 1:51:00 PM
Allhamdulillah.... dapat lagi menghirup udara segar...

Semalam, saya nak stay up sampai pagi ni, memang dan stay up (ayat camana la ni, terbelit-belit) hehe.... sebenarnya pagi tadi saya plan nak tidur pukul 8 or 9 pagi... bila dah masuk dunia pengajian nie rutin tidur saya memang berubah.... Malam jadi siang, siang jadi malam.... Pagi tadi diam tak diam tengok jam dah 3.00 pagi.... Kakak Amani kalau saya tak tidur, dia tak tidur sama.... Saya sempat solat sunat dengannya, masa tu dah 3.30 pagi.... bila dia tengok saya nak solat, terus dia sibuk nak pakai telekung nak solat sama....

Kemudian, saya sambung keje saya filing bahan-bahan literature review... dia pun sibuk sama, duk gunting kertas, tebuk lubang... berapa kali kena marah, masih duk main lagi... saya perasan dia keluar bilik pergi makan nasi dengan en daddy... en daddy pun belum tidur sama... bila kembali ke bilik, dia sambung main lagi... tup-tup saya tengok jam dah 5.36 pagi... matanya macam kelawar lagi.... terus saya mabil dia masuk bilik tidur.... 
memang tunggang langgang bilik study jadinya...

sampai sekarang dah zohor dia belum bangun lagi, adik zara pun sama belum bangun lagi... erm... senang sikit keje saya nak sambung kemas-mengemas....

dah berapa bulan ni, sejak saya bersalin dan pantang, dia tak pergi tadika kes imagrasi.... hehehe.... InsyaAllah bila settle kes pindah berpindah ke Penang, dia akan hantar dia kembalik ke tadika semula. Kes ni la, waktu tidur dia juga berubah....

harap semuanya dipermudahkan...

Aminnn....


Sunday, January 13, 2013

Masih Mencari Buku

By On 1:00:00 PM
Assalamualaikum... selamat tengahari...

Nak tertaip selamat pagi tadi terus delate bila tengok jam dah 12.30... hehe. Tak perasan dari pagi lagi saya mengadap latop ni...

Sambil duk search bagi meterial tesis saya sambil tu saya duk blogging... em... minggu lepas saya pergi library pinjam buku, memang tak jumpa lak tajuk buku yang kaitan dengan tajuk tesis saya walaupun excited sangat banyak buku baru dalam bidang saya... Tadi bila serach kat opec library, ada pulak... Allhamdulillah, boleh pergi pinjam lagi...

Dan bila serch kat Amazon, Kinokuniya, dan MPH.... ermmmm seronok la boleh dikatakan banyak juga buku yang berkaitan dengan tajuk saya.... Nak beli kesemuanya alahai! rebeh rasanya... hehehe... tapi Allhamdulillah nasib baik juga saya dapat cari tesis-tesis lepas yang terkini kat dalam sistem library ofis saya...


Ada tak saluran atau wesite online lain selain di atas tu yang menjual buku-buku pendidikan ni... kalau ada yan tahu boleh share dengan saya.... :)

ps: seronok pinjam... nak baca???


Monday, January 7, 2013

Seharian di Ofis.... puteri saya!

By On 11:15:00 PM
Allhamdulillah... dapat bersua kembali... ermmmm :-)

walaupun dah begitu lama tak berapa aktif dengan kesibukan dan ketiadaan internet di rumah... saya belum lagi berpindah ke Penang... InsyaAllah, kalau tiada aral melintang bulan Februari nanti saya akan pindah sana... semoga di permudahkan... aminnn... :-)

Syukur jua padaNya.... terasa sangat tenang kehidupan ini, tak tahu kenapa tapi saya memang dapat rasakannya....

Sudah banyak oank duri liku-liku kehidupan yang saya tempuhi, namun kini saya semakin tenang dan tenang walau apa jua saya hadapi saya tetap tenang.... terima kasih ya Rabb!! hanya Dia yang mengetahui segalanya...

Hari ni, berulang saya ke ofis, menyiapkan keje yang belum selesai report saya mendaftar sebagai pelajar semula perlu dihantar ke ofis.... dek ketenangan ini ada juga tertinggal satu kerja di ofis.... it's ok.... hope esok dapat settlekan...

Sampai jer, bilikku yang dah berabuk itu, baby Zara kena kidnap sama dengan kakak Amani.... sempat beramah mesra dengan rakan sahabat ofis yang belum jumpa baby Zara... Allhamdulillah....

Penat agaknya dia, saya memangkunya ke bilik tidurkan dalam stroller, dek kebisingan kakaknya bermain, matanya tak mampu nak pejam... hehe... kesian....


Akhirnya, masa balik dua-dua puteri tidur dalam kereta.... budak-budak kannnn.... naik jer kereta lum sempat 5 minit terus lena....


Popular

Follow by Email