Pengajian Saya November 2013

Assalamualaikum... salam sayang buat semua sahabat

Allhamdulillah...

dah lama saya tak mengepdate blog. kesibukan membataskan segalanya. Allhamdulillah, hari ini Dia menggerakkan hati ini untuk mencuit sesuatu...

lepas Aidiladha yang lalu saya dah defend proposal. em... sampai sekarang saya belum menerima report daripada panel. hal ini membuatkan hati saya tak tenang. bila ditanya daripada penyelia saya, tiada juga report daripada panel penilai. Saya tak pasti sama ada penilai mahu saya teruskan dengan tesis saya atau sebaliknya.

Penyelia saya ada bagitau mereka meeting dan dalam meeting tersebut telah memutuskan untuk diadakan co supervisor untuk saya dalam method kerana kuantitatif.

Allhamdulillah, saya dapat co supervisor yang mahir dalam kuantitatif.

Minggu lepas saya berpeluang berjumpa dengan mentor saya yang merangkap senior yang beliau yang mengjadi tonggak pengajar pada tesis saya. Dia dan wifenya banyak menolong saya sebelum saya melangkah masuk mendaftar sebagai pelajar.

Motivasi pagi dia bagi pada saya! saya mula faham sedikit demi sedikit apa itu penyelidikan PhD dan tesis saya.

Memang sukar untuk membina diri, itu yang dari dulu belum ada dalam diri saya. Dan perkara itu dia tekankan pada saya. hanya saya sendiri yang boleh lakukan itu. orang lain tidak boleh menolongnya.

Ya Allah mohon kekuatan. sentiasa mohon padaNya.

Kadang-kadang diri yang alpa sentiasa ada silap dan salah denganNya.

Mohon dibukakan hati ini. dipermudahkan hendaknya.

Berikan kerahmatan dan kesejahteraan buat mereka yang menolong dalam pengajianku ini...

Aaminn...



3 comments:

Powered by Blogger.