Penyakit Umat Terdahulu vs Rancangan TV "Hajat"


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W.. bersabda maksudnya : "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu".
Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"
Nabi S.A.W. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah :
 1. Terlalu banyak seronok

 2. Terlalu mewah
 3. Menghimpun harta sebanyak mungkin
 4. Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia
 5. Saling memarahi
 6. Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim
Hadis Riwayat al-Hakim...

Semoga diberikan panduan dan petunjuk untuk kita semua sentiasa beringat dunia ini hanya satu persinggahan....

Tadi saya menonton rancangan "Hajat", alangkah baiknya kalau ada harta dunia yang banyak itu di wakafkan sedikit. Memang betul kata En. Kasim (watak dalam rancangan hajat), sekarang ni nak mati pun kena guna duit nak tanam, mana boleh nak wakafkan tanah. Cara berfikir manusia skang dah lain, fikir perniagaan... (lebih kurang macam tu la maksud dia, mohon maaf kalau saya tersilap tafsir)...

Tersentuh juga bila saya dengar orang kita cakap macam tu, tapi tanpa sedar kat luar sana banyak lagi yang lebih pada tu kan... InsyaAllah, semoga mereka diberi petunjuk hidayah dan cahaya kebaikan dengan harta mereka miliki...


2 comments:

  1. Salam..terima kasih, sebagai peringatan diri yg mudah tersasar dan lupa..)

    ReplyDelete
  2. renung renungkan la sikap org skang mcm ne kan

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED