Hijrah Ke Teratak Baharu

Allhamdulillah.... saya dah confirmkan dengan tuan rumah untuk masuk ke teratak baharu esok. keputusan dibuat atas sebab hari Khamis saya ada kelas@workshop. Kata orang - orang tua kalau nak masuk rumah baru ke nak keluarkan kerata baharu ke mesti tengok tarikh sesuai dan ada kiraannya untuk lebih berkat dan elak daripada perkara buruk. erm... yang saya tahu kiraannya berdasarkan tarikh mengikut kiraan tanah, air api angin. supaya sejuk rumah atau kereta baharu kita. sama juga kalau nak kawin kan mesti tengok tarikh yang sesuai, kadang-kala orang tua ni akan rujuk tarikh kawin pada ustaz dan para ulama. 

Tarikh Pindah
Kali ni saya tak kira lak esok tarikh apa, rasionalnya Hari Rabu, 6 Feb 2013 mengikut kelendar omputih..... semoga semuanya diberkati. InshaaAllah...

Keperluan Yang Akan Dibawa
Fikir packing apa nak bawa sana esok ni. Yang penting, 
pakaian,
lappy saya+tenet, 
toto nak tido tu.. 
pinggang mangkuk  (2 set kot)
sudu garfu
file lit.review+segala bagai file tesis

Kurang Penting Lagi
printer saya still dalam kotak baru beli dan belum buka tu tinggal dulu. Besak gedabak kotaknya harus tak muat kereta usang saya tu nak angkut..... buku saya pun tak perlu lagi,  alatan dapur rasa tak perlu bawa, dapur beli ja kat sana coz dapur saya kat sini dah uzur. huhu.... ermmmm apa lagi ye?


6 comments:

  1. Semoga urusan dipermudahkan masuk ke teratak baru tu... =D

    ReplyDelete
  2. moga dipermudahkan semua urusan ye dear

    ReplyDelete
  3. semoga segala yg dilakukan dipermudahkan....

    ReplyDelete
  4. jangan diikutkan sangat tarikh tu kak.. tak ada kena mengena pun..hihi..semua hari Allah buat je..

    ReplyDelete
  5. semuga dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.