Enter your keyword

Sunday, July 29, 2012

Check up 28++ weeks: Baby Breech

By On 1:08:00 PM
Assalamualaikum.... slam ramdhan ke 9.... Allhamdulillah....
Dari semalam, ps puasa sejak 10 malam, coz hari ni kena check up n minum air gula....
Belum pukul 8 pagi ps dah sampai klinik, buat ujian rutin, check air kencing, berat, tekanan darah...
ambil darah, munim air gula... 
then check dengan misi...
Lama menunggu, baru dapat check up kat doktor....
Baby still breech.... ps mula la risaukan... uri normal kat atas....
walaupun 28++ tapi memang ps risau coz putributterfly dulu pun star breech 7 bulan sampai ke 38 minggu lahir.... masa tu memang dah tak boleh nak buat apakan... dah set kepala nak cesarian...
tapi kali ni ps hope sangat baby normal, kalau boleh tak mau cesear....
hope dipermudahkan segalanya...

Apakah kedudukan bayi yang tidak normal???
Kedudukan bayi dalm kandungan tidak normal bila biasanya :

image from google
1) Menyonsang ( breech )
2) Menyerong ( tranverse lie )

1) Kandungan menyongsang (breech)...
Kandungan menyongsang biasa berlaku pada peringkat awal mengandung.Tetapi bila siibu telah mengandung sehingga 34 minggu umur kandungan dan masih menyongsang , beliau perlu diperiksa.
Apakah yang menyebabkan kandungan songsang ???
Biasanya disebabkan
1) Bayi premature
2) Uri dibawah (placenta previa)
3) Tulang punggung sempit
4) Kandungan kembar (twin)
5) Banyak air mentuban (polyhdramnios)
6) Sudah mengandung banyak kali
7) Anak cacat dan lain-lain lagi
APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN ???
Biasanya seperti berikut :
1) Jalani pemeriksaan mengandung seperti biasa
2) Sahkan bilangan anak
3) Cuba kesan jika anak kemungkinan cacat di dalam
4) Cuba kesan keabnormalan pada organ mengandung seperti uri dlll
5) Jika betul songsang, kenal pasti songsang jenis apa

dan , pada umur mengandung adalah 37 dan 38 minggu
1) Doktor akan periksa tentang faktor risiko seperti bilangan anak sekarang dan sejarah kelahiran dulu
2) Mengira berat kandunganyang lahir dulu
3) Mengira tinggi si ibu
4) Melihat jenis songsang
5) Melakukan pemeriksaan pelvis
Jika didapati ada faktor risiko seperti anak besar, songsang dengan kaki dibawah : siibu akan menjalani pembedahan Caeserean Section pada umur kandungan 38 minggu. Jika difikirkan selamat melahirkan secara melalui vagina, maka boleh lah melalui vagina.
2) KANDUNGAN MENYERONG (tranverse lie)
Jika siibu menghadapi kandungan menyerong, pada peringkat awal adalh seperti diatas.
Namun jika berterusan sehingga 34 minggu, penyebab kandungan menjadi serong akan diperiksa.

APA YANG KAN DILAKUKAN ???
1) Kedudukan songsang akn dipastikan lagi
2) Pastikan tiada kandungan kembar dan air mentuban tidak banyak
3) Buat ultrasound utk sahkan
4) Jika masih songsang pada 37 dan 38 minggu mengandung, siibu mungkin akan dimasukkan ke wad
5) Pakar akan menentukan bila pembedahan Caeserean Section akan dilakukan

Rujukan : http://afiat3000.tripod.com/kandungan_tak_normal.htm

Hari Minggu Ku

Hari Jumaat, memandangkan en hubby cuti pada hari itu tuk minggu lepas, kami pergi untuk scan 4D baby...
tapi kat pusat rawatan tu, xde perkhidmatan untuk hari Jumaat... Hari Sabtu baru ada....
malangnya, en hubby keje kelmarin... so tak dapat ler scan 4D....

Kelmarin, baru  ps full masak tuk berbuka....
masak kari ikan talam masin, sayur bayam, ayam goreng,,,,
yang penting desert puding karemel....
1st time ps masak puding karemel ni... kesian kan....

senget menget ntah ler... baru kali pertama buat... janji jadi n best.... hehe

Salam semua....

Saturday, July 21, 2012

Ramadhanku.... dan makna disebalik solat suant terawih setiap malam

By On 6:27:00 PM
Assalamualaikum.... salam sayang.... selamat berpuasa hari pertama kita.....

ingatkan Ramadhan ini ps boleh puasa penuh, tapi ada temujanji doktor n kena batalkan puasa tuk medical check minum air guna next week... erm... its ok.... 

walaupun xdapat penuh, tp Ramadhan kali ini ps nak cuba baiki diri sebaiknya.... daripada tahun2 yang lepas... semalam ps bersyukur dapt mengerjakan tarawih pertama.... Allhamdulillah.... hope ps sentiasa segar untuk sentiasa bertarawih....

ps banyak sedih, kecewa dalam masa yang panjang ini.... tp sinar Ramadhan memberi makna untuk ps tabah dan cekal bertqwa padaNya... Allhamdulillah, hari ni ps dah habis kan 2 juzud membaca kitabNya... tekad ps nak habiskan 30 juzud.... dah lama ps tinggalkan.... mohon drNya semoga apa yang dilakukan Ramadhan ini adalah terbaik.... InsyaAllah...

ps bersyukur dapat berjumpa Ramadhan kembali untuk kali ini dan ps takkan sia-sia kannya.... InyaAllah.... semoga dapat membaiki diri ini kepada yang lebih baik.....

Juadah berbuka
hari ni ps masak nasi saja, tiada stok lauk pauk kat rumah.... en husband p beli jer lauk kat pasar Ramadhan... ps dah pesan kat dia suruh beli stu lauk sahaja n ulaman.... hope ps boleh bersederhana di Ramadhan ini berbanding tahun sudah.... yang penting dapat mengawal nafsu kita....

foto dari google

 Makna Solat Terawih Bagi Setiap Malam

Dari Ali bin Abi Thalib ra bahwa dia berkata: Nabi SAW ditanya tentang keutamaan-keutamaan tarawih di bulan Ramadhan. Kemudian beliau bersabda:

1. Orang mukmin keluar dari dosanya pada malam pertama, seperti saat dia dilahirkan oleh ibunya.

2. Dan pada malam kedua, ia diampuni, dan juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.

3. Dan pada malam ketiga, seorang malaikat berseru dibawah ‘Arsy: “Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lewat.”

4. Pada malam keempat, dia memperoleh pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqan (Al-Quran).

5. Pada malam kelima, Allah Ta’ala memeberikan pahala seperti pahala orang yang shalat di Masjidil Haram, masjid Madinah dan Masjidil Aqsha.

6. Pada malam keenam, Allah Ta’ala memberikan pahala orang yang berthawaf di Baitul Makmur dan dimohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas.

7. Pada malam ketujuh, seolah-olah ia mencapai derajat Nabi Musa a.s. dan kemenangannya atas Fir’aun dan Haman.

8. Pada malam kedelapan, Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahin as

9. Pada malam kesembilan, seolah-olah ia beribadat kepada Allah Ta’ala sebagaimana ibadatnya Nabi saw.

10. Pada Malam kesepuluh, Allah Ta’ala mengaruniai dia kebaikan dunia dan akhirat.

11. Pada malam kesebelas, ia keluar dari dunia seperti saat ia dilahirkan dari perut ibunya.

12. Pada malam keduabelas, ia datang pada hari kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.

13. Pada malam ketigabelas, ia datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala keburukan.

14. Pada malam keempat belas, para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahwa ia telah melakukan shalat tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari kiamat.

15. Pada malam kelima belas, ia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung (pemikul) Arsy dan Kursi.

16. Pada malam keenam belas, Allah menerapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam surga.

17. Pada malam ketujuh belas, ia diberi pahala seperti pahala para nabi.

18. Pada malam kedelapan belas, seorang malaikat berseru, “Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah ridha kepadamu dan kepada ibu bapakmu.”

19. Pada malam kesembilan belas, Allah mengangkat derajat-derajatnya dalam surga Firdaus.

20. Pada malam kedua puluh, Allah memberi pahala para Syuhada (orang-orang yang mati syahid) dan shalihin (orang-orang yang saleh).

21. Pada malam kedua puluh satu, Allah membangun untuknya sebuah gedung dari cahaya.

22. Pada malam kedua puluh dua, ia datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari setiap kesedihan dan kesusahan.

23. Pada malam kedua puluh tiga, Allah membangun untuknya sebuah kota di dalam surga.

24. Pada malam kedua puluh empat, ia memperoleh duapuluh empat doa yang dikabulkan.

25. Pada malam kedua puluh lima , Allah Ta’ala menghapuskan darinya azab kubur.

26. Pada malam keduapuluh enam, Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.

27. Pada malam keduapuluh tujuh, ia dapat melewati shirath pada hari kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.

28. Pada malam keduapuluh delapan, Allah mengangkat baginya seribu derajat dalam surga.

29. Pada malam kedua puluh sembilan, Allah memberinya pahala seribu haji yang diterima.

30. Dan pada malam ketiga puluh, Allah ber firman : “Hai hamba-Ku, makanlah buah-buahan surga, mandilah dari air Salsabil dan minumlah dari telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hamba-Ku.” 


Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah swt...






Monday, July 16, 2012

Tazkirah Menjelang Ramadhan : nikmat, seronok, makan dan minum....

By On 2:39:00 PM
Assalamualaikum... salam sayang semua....

Allhamdulillah, segala puji bagiNya dapat bersua untuk hari ni.... tadi kat ofis ps, ada bacaan yasin dan tahlil sempena penubuhan ofis ps buat tahun pertama.... Selepas bacaan tahlil tu, ustaz yang mengetuai bacaan yasin ada bagi sedikit tazkirat sempena Ramadhan. Inti patinya:
kenikmatan dan keseronokan
    • kenikmatan dan keseronokan dunia ni hanya sementara. Contoh kalau kita makan ayam golek masa berbuka puasa 5 hari berturut-turut, lepas tu kita akan rasa tak mahu dah.... Jemu kan... sekejap jer kita rasa sedap, seronok n nikmat makan.... 
    • contoh seterusnya, kalau kita ada rumah besar, kereta besar, baju cantik, sampai bila kita seronok tengok? mesti lama-lama kita akan jemu tengok, nak yang lain pula lagi hebat dari tu.... sedangkan semuanya tidak akan bersama kita bila kita akan masuk di dalam liang lahat. 
    • sebenarnya keseronokan dan kenikmatan hakiki di alam sana.... di dalam syurga.... dalam syurga ada sungai mengalir air susu, arak, kita boleh minum... hari ni minum rasa sedapnya, nikmatnya, esok minum lagi, lagi akan rasa sedap dari kelmarin, sehingga tak puas nak minum....
    • itu lah bezanya seronok, nikmat di dunia dan di akhirat....
    • moral of the story: 
      • biar susah, tak seronok tak nikmat, tak cantik, tak de pangkat besar di dunia ni... tapi kita sentiasa bertaqwa pada Allah swt..... InsyAllah akan dapat keseronokan dan kenikmatan hakiki di akhirat.
 Makan dan minum
    • jaga makan dan minum semasa bulan Ramadhan. sebagai contoh, seharian kita puasa penuh berkatnya, kita jaga puasa kita dan beribadah kepada Allah, bila nak beli makanan untuk berpuasa, kita beli makanan yang dijual tanpa mengikut syarak seperti murtabak atau roti canai yang dijual, dibuat tidak membasuh terlebih dahulu telur yang digunakan. Itu dikira najis. Bila berbuka kita makan, kurang pahala puasa kita.
    • contoh lain: kena pilih jurujual yang patuh kepada Allah seperti memakai  tudung dan menutup aurat. Kadang-kadang kita kesian kat jurujual tu, tapi kita kena tengok dia patuh atau tidak kepada perintah Allah.... kalau kita membeli juga makanannya seolah kita menggalakkan rezekinya sedangkan dia tidak mengikut syariat Allah swt......
Kesimpulannya, kadang kala, memang kita tak fikir semua tu. Kita anggap ia tak salah kan... sekarang ps baru sedar.... Terima kasih kepada ustaz tersebut memberi sedikit tazkirah kepada kami..... ps cuba kongsikan bersama apa yang disampaikan... semoga kita renungkandan berfikir baik buruknya.... kalau yang tak setuju mohon maaf dan ampun...

Tuesday, July 10, 2012

Mana Hilangnya Juwita?

By On 12:12:00 PM
Semalam ps, sempat menonton drama bersiri ni, walaupun sekejap... Secara peribadi, sebagai spectator atau penonton biasa, pemamaparan wordrobe para pelakon walaupun sesuai dengan karekter dalam drama tersebut, tapi agak keterlaluan.... mungkin setengah penonton menggap pemilihan wordrobe tersebut sangat sesuai dan up to date.... tapi bagaimana kalau anak-anak kecil kita menontonnya, yang belum tahu apa maksud semua itu? mereka hanya dapat memandang seksinya pelakon tersebut, walaupun mereka tak faham..... bak kata putributterfly "ieeee.... tak malu kan dia"..... 

Pendedehan unsur yang tidak elok secara bereterusan kepada penonton akan memberi kesan negetif kepada perkembangan anak-anak sehingga mereka dewasa... ia juga disokong oleh teori kognitif sosial (SCT).

Teori 
Teori Kognitif Sosial (SCT) dibentuk pada tahun 1986, apabila Albert Bandura melancarkan bukunya yang bertajuk Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory. SCT memfokuskan mengenai bagaimana seseorang individu bertindak secara kognitif terhadap pengalaman sosial mereka dan bagaimana pemikiran kognitif ini kemudiannya mempengaruhi tingkahlaku dan perkembangan mereka. Bandura (1986) percaya bahawa perlakuan semasa, perlakuan lepas, perlakuan dalaman, dan perlakuan luaran seseorang individu akan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.

Oleh itu, SCT menggabungkan gagasan pemodelan atau pembelajaran gantian sebagai salah satu kaedah pembelajaran sosial. Berdasarkan SCT, perlakuan manusia adalah dinamik dan berhubungan dalam bentuk timbal balik antara tiga faktor iaitu pengaruh persekitaran, tingkahlaku individu, dan faktor peribadi (antaranya faktor afektif, biologi dan kognitif) (Bandura, 1997).


Kepada ibu bapa, awasi anak-anak anda menonton rancangan yang terbaik untuk tumbesaran mereka.


Sinopsis cerita
Sinopsis drama ini bermula dengan Anggun, kakak Juwita yang ingin membongkar kehilangan adiknya. Anggun, gadis kampung merantau ke bandar setelah mendapat tahu Juwita hilang. Juwita yang selama ini menjalani kehidupan sebagai pelajar dan juga model separuh masa di ibu kota disyaki terlibat dalam kancah pelacuran dan kegiatan dadah.   Dua minggu sebelum kejadian kehilangan Juwita diketahui, sebuah parti liar telah dianjurkan di ibu kota. Semua model-model popular dan orang bandar menghadiri parti tersebut. Pelbagai insiden berlaku di parti itu sehinggakan sekujur tubuh kelihatan dihapuskan. Adakah itu Juwita? Akibat tidak dapat menghubungi Juwita selama beberapa hari, Anggun tidak dapat duduk diam. Nalurinya mendapati ada sesuatu yang buruk menimpa Juwita. Berbekalkan alamat yang diberikan Juwita setahun yang lalu, Anggun mengambil keputusan untuk ke bandar bagi mencari adiknya. Dalam perjalanannya ke Kuala Lumpur, dia terlibat dalam kemalangan dan hampir dirogol oleh orang mabuk yang berkeliaran di flat usang. Anggun ingin melaporkan kehilangan Juwita dibalai polis, namun Detektif Yuni menasihatkannya agar tunggu terlebih dahulu. Akibat terdesak, Anggun menghubungi Haider, bekas kekasihnya untuk mendapatkan bantuan. Mereka sudah lama tidak bertemu selepas Haider mengambil keputusan untuk merantau ke kota kerana patah hati. Adakah bantuan itu berhasil? Dapatkan Anggun membongkar misteri kehilangan Juwita? Adakah Juwita benar-benar terlibat dalam kancah maksiat ibu kota? 

Video Ekslusif Mana Hilangnya Juwita?

Drama bersiri 15 episod ini adalah arahan Joeza Rasidi terbitan produksi Padi Pictures Sdn Bhd yang memfokuskan kisah penculikan yang seringkali terjadi di komuniti kita. Disiarkan menerusi saluran ASTRO RIA 104.








Thursday, July 5, 2012

Berita Kampus : TIDAK SABAR TUNGGU PENTAULIAHAN PALAPES

By On 1:51:00 PM
Oleh: Samsudin Oli Mohamed
Gambar oleh: Muhammad Shamsul Shafie dan Ahmad Akmal Fais Harun



UUM ONLINE: Pegawai Kadet, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berkampung di Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak sabar menunggu Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet Palapes ke-31 yang akan diadakan pada 17 Julai ini.

Siswi Program Ijazah Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pegawai Kadet Kanan Palapes Laut Nurfatin Othman 23, ketika ditemui berkata, kepenatan selama tiga tahun menjalani latihan pasti akan terubat dan dapat kepuasan apabila dianugerahkan sebagai Leftenan Muda nanti.

“Saya dan rakan-rakan dari USM khususnya dan 16 IPTA lain tidak sabar menunggu saat pentauliahan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, ” kata Nurfatin yang berasal dari Sarawak.

Manakala Pegawai Rendah Kanan Zul Zhafri Roslan 25, dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia  (UTHM) bertekad meneruskan pembabitannya dalam angkatan tentera sekiranya diberi peluang selepas ditauliahkan nanti.

Bagi Pegawai Rendah Muda Lugman Primang 21, dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan, Sarawak pentauliahan yang akan diadakan pada 17 Julai ini amat ditunggu-tunggu sebagai hadiah kepada keluarganya.

“Saya juga bangga sebagai anak sulong dapat mengikuti semua latihan yang ditetapkan dalam masa tiga tahun dan akan memperaktikkannya dalam kehidupan seharian serta kerjaya saya seperti menghargai masa, disiplin serta mematuhi arahan yang diberi,” katanya ketika ditemui semasa menyertai latihan di padang kawad Palapes UUM.  

Dalam pada itu Pegawai Kadet Muammar Hafiz Abdul Nain 21, dari UiTM Arau Perlis yang ditemui berkata, pentauliahan ini menambah seorang lagi ahli keluarganya dalam ketenteraan.

“Pentauliahan ini juga amat bermakna bagi saya kerana dapat jejak dalam bidang ketenteraan sama seperti ayah, kakak dan abang ipar,” katanya.

 

Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet Palapes ke-31 ini akan menyaksikan seramai 1284 Pegawai Kadet dari tiga perkhidmatan iaitu Darat, Laut dan Udara akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

 

Kesemua mereka dari 16 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ini kini menginap di lapan Dewan Penginapan Pelajar (DPP) dikampus ini.

Sementara itu Ketua Jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan UUM, Leftenan Kolonel Roslan Hussin ketika ditemui berkata, seramai 2,959 yang menginap di kampus ini terdiri daripada 1284 Pegawai Kadet dan 1675 Pegawai Kadet Pembantu, Jurulatih, Urusetia dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Habis.
===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016


PS: ada cerita di sebalik perkampungan palepes ni.... mereka mula daftar dan lapor diri di kampus UUM pada hari Ahad yang lalu 1 Julai 2012. Memandangkan, 30 Jun 2012 hari Sabtu adalah hari terakhir peperiksaan akhir semester, semua cafe di dalam kampus tutup. 

Pada hari Ahad tu, ps janji breakfast sesama dengan member ni. So, kami pusing-pusing cari cafe mana yang buka last sekali pergi ke satu dewan penginapan pelajar ni. Kat cafe tu ada makanan. Sebelum tu, ps dah terfikir "macam tak ade orang je".... 

Sampai kat cafe tu, kami tak fikir panjang terus ambil makanan yang dihidangkan. Ps tengok makanan "kenapa dalam 4 tray ni ada meehun dan 3 tray ada nasi goreng".... menu sama ja.... "xpe la ambil jer la".... bila dah ambil, ps sempat jeling pada member ps tengah ambil air. 

Bila nampak member ps ambil air tu, ps dah terfikir ni bukan makanan kat cafe ni, kenapa ambil air kat situ? biasanya cafe ni akan sediakan minuman tempat kaunter! dan nampak member ps ditegur.... "ni bukan makanan cafe punya, ni makanan palapes punya".... habis macamana dik akak dah ambil, tak pe la akak bayar jer! " "tak apa la akak makan ja, lagi pun bahan-bahan makanan ni semua palapes bagi, kami tolong masak jer"..... hehehe....... ps menyampuk "kenapa tak letak sign dik, akak mana tau"... kami bayar la.... xper akak makan jer....... member ps reply "kawan akak ni pregnant, dah ambil kena makan dik".... xper kak ok jer! hehehe.... so, Ahad pagi yang mulia tu kami berdua makan free ler.... hi terima kasih ler palapes......

 
 

Salam Nisfu Syaaban

By On 6:49:00 AM
Assalamualaikum.... selamat pagi semua....

Semalam, ps langsung tak teringat pasal malam Nisfu Syaaban....
teruknyer!
tak tahu kenapa, mungkin dengan pentunjukNya, pagi tadi pukul 3.30
ps terjaga, terus ke toilet dan dining tuk minum, dan makan kurma...
lepas tu terus solat sunat, solat hajat....
then ps study sampai subuh....

picture by I Luv Islam.com

bila dah habis study baru ps buka internet tengok
tentang "nisfu Syaaban"
tak puas hati betul ke hari ni?
tengok kelendar and serch internet!
Ya Allah terus ps niat puasa....
Memang terlupa sangat.....
Semoga Allah ampunkan dosa2 ini....

Ayuh sahabat2, adik2 semua kita berpuasa dan 
banyak amalkan selawat kepada Rsul kita...
InsyaAllah Allah akan ampunkan dosa kita

Bulan Syaaban merupakan bulan Rasulullah...
dan Ramadhan merupakan bulan umat Islam....

Hikmah Nisfu Syaaban dan Bulan Syaaban

Hukum Puasa, Solat dan Doa Nisfu Syaaban




Tuesday, July 3, 2012

Report 6 bulan

By On 10:46:00 AM
Assalamualaikum... salam sayang semua....

Pagi-pagi ps keluar rumah dengan putributterfly.... en hubby pun pagi-pagi lagi p exercise kayuh beskal....
Ps sms click ps, tanya hari ni meeting kul berapa, coz ps kena p klinik hari ni... Dia reply meeting petang kul 2.30... ermm... Allhamdulillah.... ps terus ke klinik dengan putributterfly... 1st time ps bawa dia sama p klinik, kalau tak en hubby yang hantar dia sekolah time ps p check up...

Nasib baik juga hari ni Selasa, so tak ramai patient. Pukul 9.30 dah siap check up... Allhamdulillah semua ok, baby pun ok... hari ni genap masuk 25 minggu.... ps tanya, ye ke 25 minggu, saya ingat 24 lebih... betul!
ok, akak datang semula 29 Julai ni repeat scan dan kena minum air gula... Malam tu kena puasa... emmm... cam tu tak boleh puasa la saya hari tu... Dah bulan Ramadhankan.... 


Berat ps naik 2kg dr bulan lepas 58.4kg hari ni 60.4kg.... yuhuuuuu... semakin bertambah... masa pregnant 1st dulu sampai bersalin last weight ps 65kg.... hari ni, syukur hb pun ok.... ps hanya ambil vitamin iberat sahaja... minum susu n spirulina.... kurma, kismis kena makan selalu.... sejak pregnant kali ni, sekali hb ps turun masa 3 bulan lebih kepada 10.8.... time tu memang ps datang keje, tido jer kat ofis... pening sangat... kawan-kawan pun tengok ps risau... lepas ambil iberat vit tu terus ok sampai sekarang... Allhamdulillah... 

ps terfikir juga ibu-ibu yang pregnant anak luar nikah, bila lahir kan anak mereka buang merata tapi baby tu sihat! sedangkan masa pregnant ibu-ibu tu memang la tak check up macam kita kan, vitamin ke apa mesti la tak ambil kisah kan... (agaknye) hehehe... tapi baby-baby tu sihat dan comel.... Kuasa Allah kan.... kita yang jaga tiap bulan ni, tak senang hati bila terkurang zat ke apa...

Wassalam....


 


Popular

Follow by Email