Enter your keyword

Saturday, June 30, 2012

Nak masak apa hari ni?

By On 7:16:00 AM
Assalamualaikum... selamat pagi semua.... 
Malam tadi selepas tengok bola Kelantan vs Selangor, then terus masuk tido....
ermmm... putributterfly merajukla, coz daddy dia dah switch off tv, lampu semua....
en hubby lak lepas tu keluar p jumpa geng surau dia.... orang laki ada jer nak melepak...

tapi bila dah masuk bilik terus jer putributterly tido, sayang nak tido....
kelmarin satu hari dia tak tido siang....

Pagi ni, ps bangun awal skit, duk pk nak masak apa?
en hubby kul 7.00 dah keluar kayuh basikal bersama geng surau dia....

sejak beberapa hari ni xde mood lak nak masak...
kedai basah kat taman rumah ps tu dah berapa minggu tutup, 
susah nak beli barang dapur....
nak p market, tak larat nak drive
asyik duk sakit urat jer....

kat dalam peti ais ada sotong! 
nak masak apa ye.... ada ide tak u alls...

Thursday, June 28, 2012

Tegur-menegur di kata busy body! Adakah anda setuju?

By On 2:51:00 PM
Tajuk yang merupakan soalan....

Dari petikan sumber Beita Harian, ps kemukakan
dua artikel ini....

Hidupkan budaya 'jaga tepi kain' cegah kemungkaran

Ramai terlanjur berzina kerana tiada budaya tegur menegur

 Zaman sekarang budaya tegur-menegur ini sudah dianggap menjadi
satu kesalahan dalam masyarakat.

Senang cerita "jangan tegur anak saya, saya tahu nak jaga mereka"
Contoh di atas, membuatkan ramai kaum keluraga, saudara-mara,
atau jiran sekalipun tidak berani menegur antara satu sama lain....

takut dek herdik oleh ibu bapa mereka....


Persoalannya:
Ke mana perginya nilai-nilai murni dalam masyarakat,
"anak aku anak engkau, anak engkau anak aku"

Jika ia tidak boleh ditegur lagi, apa yang ada sekarang
pembuangan bayi berleluasa....
Sangat bangga dengan apa yang berlaku....

 Dimana silap nya? 
Ibu bapa, anak-anak atau masyarakat?


15 Asas Jati Diri Muslim Cemerlang
 
Dr. Azwira bin Abdul Aziz

Jati Diri # 12 : Mengaktifkan ‘Menara Kawalan Luaran Dan Dalaman’
  
Sebuah masyarakat Islam yang ideal akan menyediakan satu ‘menara kawalan luaran’ dalam bentuk pelaksanaan konsep amar ma’ruf dan nahi mungkar (menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar) bagi memantau aktiviti kehidupan setiap anggotanya. Masyarakat Islam bertanggungjawab untuk menghidupkan menara kawalan ini kerana ia menjadi simbol keimanan dan juga lambang kecemerlangan bagi sebuah umat. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Maksudnya:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
kamu menyuruh kepada yang ma’ruf
dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah”[1].
Dalam ayat yang lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain.
Mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar…”[2].
Sesebuah umat itu hanya akan dilihat sebagai umat yang terbaik dan beriman, selagi mana anggota masyarakatnya menunaikan tanggungjawab amar ma’ruf dan nahi mungkar. Demikian juga sebaliknya, jika mereka mengabaikan tanggungjawab ini maka mereka tidak lagi menjadi umat yang terbaik, sebaliknya akan dilihat pula sebagai umat munafiq. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Maksudnya:
“Orang munafiq lelaki dan perempuan,
sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama.
Mereka menyuruh kepada yang mungkar dan melarang daripada yang ma’ruf…”[3]
Manakala Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pula bersabda:
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده
فإن لم يستطع فبلسانه
وإن لم يستطع فبقلبه
وذلك أضعف الإيمان.
Maksudnya:
“Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa)nya,
jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan lidah (perkataan)nya
dan jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya,
dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”[4].


Peristiwa di sebalik periwayatan hadith ini berlaku ketika Khalifah Marwan Ibn Al-Hakam mengubah cara solat Hari Raya dengan mendahulukan khutbah sebelum solat, lalu seorang lelaki bangun menegurnya dan mengingatkannya bahawa cara yang betul mengikut Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ialah dengan mendahulukan solat sebelum khutbah. Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu 'anh (Sahabat yang meriwayatkan hadith tersebut) menyifatkan lelaki yang membuat teguran itu sebagai seorang yang telah menunaikan tanggungjawab dakwah mengikut kemampuannya[5].
Hadith ini jelas menunjukkan kewajipan setiap anggota masyarakat Islam menunaikan tanggungjawab amar ma’ruf dan nahi mungkar mengikut kadar kemampuan masing-masing. Seandainya tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, maka segala kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam masyarakat akan dapat diperbetulkan.
Akan tetapi malangnya menara kawalan luaran ini seolah-olah kurang berfungsi pada hari ini kerana dirobohkan oleh sistem sosial moden yang ‘mempertuhankan’ kebebasan peribadi sehingga budaya tegur menegur dan nasihat menasihati hampir hilang sama sekali. Tidak ada pihak yang berani menanggung risiko sekiranya teguran itu boleh membahayakan keselamatan diri atau menjanjikan tangan digari.
Lantaran tiada lagi budaya nasihat menasihati, tegur menegur dan ingat mengingati di kalangan masyarakat, gejala maksiat dan penyelewengan semakin berleluasa. Generasi umat Islam yang membesar dalam suasana yang terlalu bebas dan terbuka menjadi semakin liar dan bebas melakukan apa saja. Jika mereka ingin memakai pakaian yang menjolok mata, mereka akan menggayakannya tanpa menghiraukan auratnya. Jika mereka ingin bercengkerama mereka akan melakukannya tanpa menghiraukan batas halal haramnya. Jika mereka ingin menari terloncat-loncat seperti haiwan mereka akan mempamerkannya tanpa segan. Jika mereka ingin membuli rakan atau merosakkan harta benda awam mereka akan memusnahkannya tanpa menghiraukan risikonya. Jika mereka ingin merokok atau menghisap dadah mereka akan menghisapnya tanpa mempedulikan bahayanya. Jika mereka ingin melampiaskan nafsu syahwat, mereka tergamak untuk merogol, membunuh dan hatta berzina dengan ahli keluarga.
Mereka tergamak melakukan semua itu kerana mereka tahu tiada siapa yang akan menegur mereka lantaran undang-undang sosial moden yang memberi mereka kebebasan untuk melakukan apa saja. Akhirnya, hilanglah jati diri mereka bersama lenyapnya budaya amar ma’ruf dan nahi mungkar, yang sepatutnya menjadi menara kawalan utama dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat Islam perlu disedarkan bahawa akibat daripada mengabaikan tanggungjawab amar ma’ruf dan nahi mungkar, mereka bukan sahaja menjadi munafiq, malah mereka juga akan dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana yang berlaku ke atas kaum Bani Israel. Firman Alah Subhanahu wa Ta’ala:
Maksudnya:
“Telah dilaknatlah orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud
dan Isa Putera Maryam.
Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.
Mereka tidak melarang antara satu sama lain
daripada perbuatan mungkar yang mereka lakukan.
Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka lakukan”[6].

 

Mengaktifkan ‘Menara Kawalan Dalaman’

Sementara ‘menara kawalan luaran’ dihidup dan dipulihkan semula oleh anggota masyarakat, maka setiap individu muslim tiada pilihan kecuali berusaha sedaya upaya untuk menguatkan ‘menara kawalan dalaman’ mereka sendiri. Apa yang dimaksudkan dengan ‘menara kawalan dalaman’ ialah kesedaran tentang hakikat kematian serta keimanan terhadap Hari Kiamat dan Hari Pembalasan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
“Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan (balasan) pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan dari Neraka
dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka dia telah beruntung.
Sesunguhnya kehidupan dunia itu tidak lain
hanyalah kesenangan yang memperdayakan”[7].
Setiap muslim mesti yakin bahawa segala amalan yang telah, sedang dan akan dia lakukan dicatit oleh para Malaikat, sebagaimana firmanNya:
Maksudnya:
“Apakah mereka mengira bahawa kami tidak mendengar rahsia
dan bisikan mereka? Sebenarnya, (kami mendengar)
dan utusan-utusan (para Malaikat) kami sedia mencatit di sisi mereka”[8].
Laporan amalan setiap muslim dicatit dalam sebuah kitab dengan penuh teliti, merangkumi segala amalan kecil atau besar, zahir atau batin, sebagaimana firmanNya:
Maksudnya:
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun,
nescaya dia akan melihat (balasan)nya.
Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya”[9].
Kemudian segala amalan yang tercatit itu akan dipersaksikan pula oleh seluruh anggota badannya sehingga tiada ruang lagi baginya untuk berbohong atau berdolak-dalih di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala, sebagaimana firman-firmanNya:
Maksudnya:
“Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka
terhadap apa yang telah mereka lakukan”[10].
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, lalu bercakaplah tangan mereka kepada kami
dan kaki mereka mempersaksikan apa yang telah mereka kerjakan”[11].
“Dan (ingatlah ketika) hari musuh-musuh Allah digiring ke dalam Neraka,
lalu mereka dikumpulkan semuanya.
Sehingga apabila mereka sampai ke Neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi ke atas mereka terhadap apa yang telah mereka lakukan.
Dan mereka bertanya kepada kulit mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi ke atas kami?”
Kulit mereka menjawab: “Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai berkata,
dan Dialah yang mencipta kamu pada kali yang pertama
dan hanya kepadaNyalah kamu akan dikembalikan.
Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi daripada persaksian pendengaran,
penglihatan dan kulitmu ke atasmu,
tetapi kamu sangka Allah tidak mengetahui banyak amalan yang kamu kerjakan.
Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, ia telah membinasakan kamu, lalu jadilah kamu dari kalangan orang yang rugi”[12].
Demikianlah betapa hebatnya persaksian yang akan berlaku ke atas manusia, dimulai dengan tulisan para Malaikat, kitab amalan dan seterusnya anggota badan. Maka apakah masih ada ruang untuk manusia menutup pekung di dadanya? Sesungguhnya ‘menara kawalan dalaman’ ini, jika ia benar-benar terbina di atas asas keyakinan terhadap saat kematian, Hari Kiamat dan Hari Pembalasan, nescaya mampu meneguhkan jati diri seorang muslim walau di mana, bila dan bagaimana cabaran di sekelilingnya.
Di sini kita tertanya-tanya, kenapakah ‘menara kawalan dalaman’ ini kurang berfungsi? Adakah kerana kurang pendidikan atau kerana kurang ilmu? Apakah kerana kurang ceramah atau kerana kurang menadah? Apakah kerana kurang universiti atau kerana kurang motivasi? Apakah kerana kesilapan guru atau kerana kecuaian ibubapa? Iman tetap iman, aqidah tetap aqidah, cabaran tetap cabaran, yang berbeza hanyalah zaman dan manusia. Wang kertas beribu ringgit jika jatuh ke tangan sikecil akan dikoyak dan dimusnahkannya, kerana dia tidak tahu nilainya. Demikianlah keadaan kita, kita bermain-main dengan iman dan aqidah, umpama sikecil yang bermain dengan kertas, akibatnya, jati diri kita musnah. Marilah kita sama-sama berubah.
 

 Rujukan

[1]  Ali Imran, 3:110.
[2]  At-Taubah, 9:71.
[3]  At-Taubah, 9:67.
[4]  Sahih Muslim, no:49.
[5]  Sahih Muslim, no:49.
[6]  Al-Maidah, 5:78-79.
[7]  Ali ‘Imran, 3:185.
[8]  Az-Zukhruf, 43:80.
[9]  Az-Zalzalah, 99:7-8.
[10]  An-Nur, 24:24.
[11]  Yasin, 36:65.
[12]  Fussilat, 41:19-23.
P/s: kalau rajin baca kalau tak pun tak apa... sekadar pengetahuan dan pendidkan untuk kita bersama....

Wednesday, June 27, 2012

Memory dolu-dolu...

By On 4:44:00 PM
Dapat dari fesbuk member gambar ni....
Alahai.... memang kengangan Uitm di hatiku....



Kalau perasan ada dalam satu gambar tu muka
Farid Kamil ngan Azrin Adzhar (penyanyi tu)


p/s: member sebelah ni duk buat apa bising2 tu... hehehe




P1WMax : Jangan duk kempen kat aku!

By On 3:36:00 PM
Assalamualaikum... selamat petang semua....

Dalam dua tiga hari ni, ps selalu terima call banyak berulang kali dari no 03... 
Ps memang malas sangat nak angkat...
Tapi tadi no tu call lagi, baru ps terasa nak angkat...
Rupanya dari P1WMAX.,,,,,


Dia cakap nak upgrade ps punya provider dan turunkan harga....
Dia confirmkan sekarang ps guna decoder warna hitam yang lama tu RM99 + broadband RM30 +RM129.00 sebulan....

Yer saya....
Sekarang kita nak upgrade dan turunkan harga....
Dia tanya ada masalah tak guna P1 ni,
ps cakap xde masalah, loading semua ok.... 
lagi pun kat area rumah i memang line P1 ni....
cuma broadband kdg2 jer i guna....

Ps lak yang mula citer....
Sekarang kontrak saya sampai bulan Julaikan?
Saya nak stop!
Dia tanya kenapa nak stop?
Kalau stop kena banyar ganti rugi, charge....

Kontrak saya sampai bulan Julai kan, 
then habis kontrak saya dah tak mahu guna lagi
saya nak stop!!!

Dia tanya sebab....
ps cakap nak guna provider lain....
senang saya nak travel, boleh bawa mana2....

so, dia mengalah... ok la kalau macam tu.... 
terus dia ucap terima kasih...

hehehe..... giler bai..... tiap bulan kena bayar RM129.00 ni....
bband jarang guna.... al kisah broadband dulu...
menyirap nak marah kat P1 ni....

U nak kempen-kempen i, sori la yer....
walaupun turun harga...
I dah terkena sekali jangan harap nak kenakan lagi....

Tuesday, June 26, 2012

Kerana mu jua

By On 4:27:00 PM
Kali ni entry pasal keje lak....
Semalam dan pagi-pagi tadi ps dah teriama sms
student ps nak datang bilik....
ps cakap, ok pukul 11 datang...

tunggu kul 11, dua-dua  orang sms semua
"x sempat nak datang pukul 11, pukul 2 nak datang"
"ok"

after lunch la....
pukul 2 lebih, seorang yang sampai....
sembang boleh tahan lama,
discuss tentang praktikum...
dia dah semester last
Allhamdulillah, dia dapat pratikal kat ASTRO....

sembang punyer sembang seorang lagi yang sampai....
hantar thesis....
seronok la dah settle....
masing-masing target yang terbaik...
ps memang puas hati dengan mereka....


sempat lak ambil gambar kenangan
(muka petang-petang yang sememeh, ibu pregnant)
semua student ps tak tahu ps pregnant... hehe
kalau tau riuh....

yang seorang lagi bagi gift tanda cenderahati
dah habis study, 
rindu juga kat dorang ni nanti....



;;;;


cuma ps masih risau ada 3 orang jejaka ps ni
belum hantar thesis mereka, baru tengah jilid....
dateline 28/6 lusa...
entah sempat ke tidak....
buat last minute
haishhhhh....


apa pun gd luck tuk semua....
 kerana mereka ps di sini!
terima kasih semua....
:-)
 

 



Putributterfly vs tilam

By On 4:07:00 PM
Selamat petang semua....

kelmarin, masa ps nak p ergi beli barang baby tu, 
putributterfly ni duk sibuk nak beli cd....
sampai jer kat pasaraya area rumah ps tu, 
dia dah tahu nak pergi kedai cd....

Alahai, nak citer ultramen,
sejak kebelakangan ni duk tengok ultramen jer....
tiba kat kedai tu nampak banyak cd, 
terus lupa ultramen,
yang dapatnyer....


filem seefood dan upin ipin.... sampai rumah 5 minit pasang cd seefood tu,
en hubby balik, terus off, tengok siaran tv....
nangis ler dia.... bila pujuk ok semula.... hehehe

malamnya, en hubby keluar, kejap jer balik ketuk pintu....
kata dia ada jiran datang hantar tilam
dia bagi tilam kat kita....


haish.... kat rumah jiran tu kelebihan tilam.... 
rezeki jangan ditolakkan...

Allhamdulillah, terima kasih byk2....
semoga dimurahkan rezeki untuk jiran ku juga....

ps : gambar-gambar tu ps ambil memang kelam-kelam... hehe..

Persiapan Baby #1

By On 12:47:00 PM
Assalamualaikum.... salam sayang semua....
kelmarin baru ps terasa nak pergi beli barang-barang baby....
bukan tak excited, tapi kepenatan melanda dan belum tahu baby boy ke girl...
sebab tu tak mahu beli barang awal2 walaupun sekarang ps dah nak masuk 6 bulan....

Masa mengandung kat putributterfly dulu pun cukup 7 bulan,
baru ps beli barang-barang dia....
cz dah scan tu dh tahu gender, senang sikit nak beli barang kan....

Dulu, tak buat list, skang dah buat list dan search keperluan sebenar....
tapi ps beli apa yang penting dulu....

suka ambik gambar dalam kelam.... hehe
Ps rasa kali ni ps tidak cerewat membeli dari 1st dulu....
Dulu time duk cerewet pilih barang pun, ada juga tersilap beli....
macam tab mandi baby.... xde pilihan masa tu, x p survey banyak tempat,
akhirnya beli yang besar gedabak ssh nak bawa balik, ps tinggal jer kat kampung.....
habis pantang terus tak guna tab tu.... memang tak berbaloi....

Pesanan ps apa ibu-ibu yang sedang mengandung buat list betul-betul
dan cari barang yang terbaik.... 
bagi ps, barang terbaik tidak semestinya berjenama,
dan mahal tapi berbaloi pakai....

Monday, June 25, 2012

Calls for the recruitment of new students intake September 2011

By On 2:28:00 PM
Assalamualaikum... salam ceria :-)
Berita baik untuk pelajar lepasan STPM, diploma, sijil dan sewaktu dengannya...
Pengambilan pelajar baru kemasukan bagi September 2012 sedang berjalan dan akan tutup pada 15 Julai 2012...

Jangan lepasan peluang ini, kerana
ia terhad dan penawaran ini tidak ada dalam UPU
kerana ia adalah pengambilan sulong bagi kursus
Ijazah Sarjana Muda Kreatif Industri dengan Kepujian...

Kursus lain yang ditawarkan oleh universiti di bawah 
Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi 
seperti gambarajah di bawah....

Cepat mohon...

Klik pada gambar bagi jelas

Terima kasih...


Saturday, June 23, 2012

Menu Sabtu : Nasi Arab, Acar Buah

By On 9:42:00 PM
Assalamualaikum... malam semua....

nak update menu hari ni, ps sempat masak nasi Arab.... dari semalam lagi duk main2 kat dalam kepala nak masak nasi Arab dan acar buah ni.... Acar buah 1st time ps buat.... tetiba rasa nak makan.... 

En hubby lepas subuh, pukul 6 lebih dah keluar rumah, dia pergi Kuala Kedah kayuh beskal.... pagi tu, ps keluar dengan putributterfly cari bahan-bahan nak masak... yang lawaknya dah nak sampai rumah, baru teringat tak beli lauk... ps pusing semula, cakap kat putributterflt "mama lupa beli ayam".... putri butterfly cakap " x payah beli la mama, Amani tak makan ayam" hehehe.... memang dia tak makan ayam, sebab tu ler badan sekeping ja... dari kecil lagi, dah tak boleh nak paksa dan tak tahu nak buat macamana lagi.... ikan jer dia makan....

Fikir-fikir, ps pun dah tak larat nak keluar semula p market..... terus balik rumah, lagi pun seleara hari ni tak mahu lauk.... ps fikir ada ikan kering jer... huhuhu..... itu yang rasa nak makan..... putributterly makan telur rebus n telur separuh masak ngan nasi.....

Jadi ler, apa yang nak makan.... tapi en hubby tak berapa suka sangat nasi arab ni.... nasib baik ler ada stok ayam beberapa keping tuk dia.... dia bebel la, ada ke makan nasi arab dengan ikan kering... ntah ler.... memang itu la selera ps nak makan hari ni....


Nak buat senang sangat menu ni..... nasi arab tu janji ada jintan manis, dan jintan putih serbuk dan juga biji, minyak sapi.... jadi... bahan-bahan lain seperti biasa untuk tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, 4 serangkai rempah.... 

Acar buah lagi senang sangat! ada buah jeruk, minyak sapi, bawang-bawang, sama sepert bahan nasi arab tu untuk tumis, rempah daging, tomato puree dan cili kisar...

Selamat mencuba, ps ambil resepi kat tenet ja... hehehe... jangan marah.... daaaa....

Wednesday, June 20, 2012

Hasil Kekreatifan PutriButterfly Memotong Rambutnya

By On 11:42:00 AM
Assalamualaikum.... selamat pagi semua.... 

Al kisahnya dua hari lepas, Putributterfly buat hal.... Malam hari ps after isyak duk relex kejap then terus masuk tido, bila malam jer badan-badan ni memang cepat sakit... sejuk agaknya... Putributterfly pula, runtin dia, main and tengok kartun coz bila daddy dia dah keluar jumpa geng2 surau dia, mula la tv kat rumah beralih channel 611.... tiap malam jer dia tido lewat... ps memang nak marah pun, dah tak tahu nak marah camana.... hehehe... biar la dia, kalau ngantuk baru dia masuk tido dengan ps.... 

Dua malam sudah, bila en hubby balik, dia tanya 
"gunting rambut Amani ke"... 
ps cakap "tak lah" ...  
"penuh rambut kat luar tu".... 
Dengan ramah mesranya tuan punya diri tu cakap... "Amani gunting rambut".... 
en hubby marah la dia, kena cubit, nangis2.... 
ps tengok rambut dia... tanya "nape Amani potong rambut?"  
"Amani potong macam Qhaira tu (kawan sekolah dia)" (sambil teresak-esak la dia).... 

bila renung-renung rambut dia tu, lawa juga... dah jadi layer bagai.... hehehe... biar la dia budak nak membesar macam tu la.... nak marah pun jadi nak gelak.... sejak lahir ps memang tak pernah gunting rambut dia coz rambut dia sikit....


Masa dia kecik dulu, pernah sekali rambut dia kena potong kat depan, hasil keje anak pengasuh dia..... huhu... nasib baik la xapa2... risau juga kan masa tu dia umur setahun lebih, anak pengasuh umur 5 tahun tu duk main gunting... alahai.... rambut dia la jadi mangsa keganasan.... ada sekali balik kampuong ng tok mie dia yang potong sikit rambut depan dia coz dah cecah mata.... tapi ps sampai sekarang tak potong rambut dia...

Agaknya dah sampai masa la ni kena potong juga rambut dia.... 

Tuesday, June 19, 2012

Rentetan anak dan pendidikan....

By On 2:56:00 PM
Rentetan dengan entry tadi.... sejak tahun ni banyak perkara berlaku dalam sekeliling hidup ps, terutama orang-orang terdekat dengan ps... memang rezeki masing-masing... janji ada usaha! parents ps pun bukan orang berpelajaran takat SPM jer tapi mereka mampu berjaya.... usaha, tekun, sabar dalam kerja mereka... The best idol for me! tapi sejak kecil lagi, ps disuruh supaya belajar walaupun dari kecil ps bukan pandai seperti sepupu-sepupu ps yang lain sampai la ke tua ni... hehehe... semua Allah yang aturkan..... sampai sekarang ps tetap berusha belajar untuk membaiki diri ps yang kurang pandai ni.... masa kecik dulu, ps nak beli eraser pun xde duit, takut nak minta dengan mak ayah hinggakan ps ikat getah banyak-banyak kat hujung pensil then erase nak siapkan kerja sekolah....

Berbalik pada cerita tadi tentang pelajaran, pendidikan.... di sebalik hati ps, ps sedikit cemburu (tak baiknyer perasaan ni kan), pada kehidupan mereka.... tak perlu fikir dan usaha banyak nak cari rezeki  walaupun sesuap nasi....

kes pertama : sekolah sampai form 4, lari rumah then kawin.... family x cari, malas nak ambil kisah... tahu-tahu dah nak kawin family laki yang support semua.... bila dah kawin baru ok dengan family perempuan.... dan boleh terima semuanya.... then sekarang family perempuan yang tanggung life mereka.....

kes kedua : baru masuk form 2, tak habis sekolah terus kawin....  dapat baby semua makan minum, bil hospital family yang support.... alahai, memang beruntungnya mereka..... kedua-dua isteri kes pertama dan kedua tidak bekerja.... Rezeki kan! Kita tak nampak rezeki masing-masing.... Ps berdoa agar Allah juga mempermudahkan rezeki kita jua.... Family mereka sayangkan mereka, makan minum semua di rumah family, husband pun masih muda keje kampung, ada keje ada, xde keje xde... apa yang nak dikisahkan semua Allah bagi.... adakah bersyukurnya mereka dengan kesenangan hidup mereka tanpa perlu banyak usaha dapat rezeki....

Kes ketiga : orang Kelantan sekarang tak kira tua muda sekarang ni memang gila bola.... anak-anak x p sekolah ke stadium tengok bola pada malamnya.... mak yah pun tak kisah mereka pun join sama.....(berlaku pada orang terdekat ps), sekali dua ok, setiap kali ada games mesti ponteng sekolah..... erm..... ps tak tahu apa mereka fikir tentang pelajaran..... sebab masa kecik, walaupun ps tak pandai belajar tapi mak ayah ps memang marah ponteng sekolah..... sikit pun mak ayah tak bagi muka.... then takut teramat kena denda dengan cikgu... memang malu dengan sepupu-sepapat yang lain kerana mereka pandai..... orang kata rajin pergi sekolah pun x pandai juga, tapi ps bersykur berkat pergi sekolah, didikan mak ayah ps mula jadi orang..... ps mula fikir pendidikan bermula dari rumah, dari parents sendiri yang ambil berat.... sebabnya ps tengok kedua orang tua ps berjaya walaupun mereka tiada pelajaran tinggi berkat dari disiplin dalaman mereka... Allhamdulillah semua datang dariNya... 

Adakah parents sekarang sayangkan anak-anak macam tu? Senang hidup mereka di kala mereka sudah akil baligh, lupuskan semua dosa yang mereka buat dengan perkawinan (memang wajib), dan menanggung hidup mereka sesudah berumahtangga (wajib ke tak ni?), memangdangkan mereka pasangan muda keje husband pun ala kadar.... Memang betul tanpa pelajaran pun boleh hidup, tapi bantuan orang tua.... sekarang anak seorang dua its ok,  macamana kalau anak dah ramai, dan mak ayah dah uzur? Allhamdulillah bagi mereka yang berharta, mak ayah pun banyak harta tinggalkan mereka..... kalau yang tiada? hope mereka mampu berdikari dengan jalan yang diredhai Allah....

Ps percaya pada rezeki antara kita semua..... macam kes di atas memang rezeki mereka.... tapi ps lagi percaya sesorang yang sentiasa dekat dengan Allah walaupun sesusah mana pun dia hidup, InsyaAllah dia akan berjaya kelak.... mungkin ps salah dengan entry ini? mohon pendapat.... semua yang baik dariNya yang buruk dari diri yang hina ini....

Anak-anak dan pendidikan...

By On 12:35:00 PM
Assalamualaikum.... ssemoga hari yang penuh ceria k....

Hari ni, ps ada date dengan student ni... dari pukul 11 ps menunggu.... kelmarin ps cakap kat dia datang pukul 11... Allhamdulillah, sampai juga dia.... terus buat keje kat bilik ps, sambil ps berblogging... hehe... xpe bagi dia buat keje dulu... dia dah faham apa yang nak buat... ps tak mau kacau dia... janji duk duk depan kita buat... ps boleh nampak dia buat keje...

Ada click ps kat bilik sebelah.... biasanya dia jarang datang ofis, dia tengah cuti.... emm... ingatkan siapa... al maklum la masing2 kat bilik masing2 cuma dengar bunyi pintu je yang terbuka tertutup.... kadang2 ps tak tau nak imagine macam ada bunyi kat bilik sebelah kiri kanan ps, tp tak de orang pulak... buat tak tau jer la ye.... iklan la tu kot.... hehehe



Penang Time
Hari Sabtu lepas, ps dan family pergi Penang area belah tanjung, padang kota... ada keja sikit.... bila sampai bangunan tu, ramai parents tengah tunggu dan hantar anak-anak mereka tuisyen kelas english.... Alahai, ps nampak ada 2 kaum Melayu sahaja, ketika tu... bila naik kebangunan tersebut husband ps pergi tengok kelas tempat student2 belajar, cikgu semua foreigner omputih.... ada seorang ibu bangsa Melayu tengah tunggu anaknya.... yang lain semua bangsa Cina.... Maybe anak2 bangsa kita mak ayah hantar belajar Arab kan...


Husband ps, kata... emm... cam ni la Penang kan.... nanti 10 tahun akan datang budak-budak ni la yang akan menguasai Penang.... tapi ps terlupa nak tanya kat kaunter tu berapa fees untuk belajar kat situ....



Money to education
Memang bila dah ada anak, parents memang kena spent money untuk education anak-anak... itu baru education tak termasuk insurans bagai... its ok kalau parents ada perbelanjaan lebih.... tapi kalau kat kampung parents yang tak mampu, malah kurang menggalakkan anak-anak pada pendidikan, memang rasa kesian.... macamana masa depan anak-anak mereka sekarang....


Free education
Cuti sekolah yang lalu ps sempat keluar dating dengan kawan baik ps dr kampung, dia cikgu sekolah pra.... Ps tanya berapa yuran kena bayar... Sekarang ni gov bagi pendidikan percuma, tapi still ada yuran tahunan... Murah saja puluhan ringgit tapi still ada parents tak bayar.... Katanya "parents Melayu ni biasa la semua nak percuma".... Alahai, kesian pun ada terkilan sedih pun ada dengar apa yang dia cakap".... Macamana tu? Sedangkan bangsa lain berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka belajar tuisyen kat luar sejak di sekolah rendah lagi.... sudah-sudah tentu guna duit sendiri tu...

Bila difikirkan lagi, tak boleh salahkan parents bangsa kita juga, faktor kewangan memainkan peranan penting... ps faham...tapi sampai bila kan kita nak macam ni.... kangkala, sikap bangsa kita ni "bagi betis nak paha",  sebolehnya kita sebagai parents mahu yang terbaik untuk anak-anak kita... pelajaran, didikan agama yang cukup... InsyaAllah semoga anak-anak kita berjaya di masa hadapa mereka.... rezeki Dia yang tentukan, kita mampu berusaha... Kalau kita mampu ajar anak-anak sendiri tanpa keluarkan duit... Allhamdulillah, lagi bermakna asuhan dari rumah... Hope semua parents terutama di luar bandar, mahupun di bandar terbuka minda pentingkan pendidikan anak-anak....

Ok lah... student ps pun dah siapkan keje dia... ps beransur dulu.... selamat menjamu selera tengahari... I'm fasting today!....

Thursday, June 14, 2012

Geramku pada mereka.....

By On 2:28:00 PM
Assalamualaikum.... salam mesra semua.....

Bila masuk ofis tadi, hati berbunga mesra la konon macam kat bawah tu..... diziarahi pelajar dan rakan sekerja..... tapi yang ditunggunya belum tiba (pelajar).... 


Pagi-pagi lagi sms ps tak jadi datang pagi ada hal nak datang lepas zohor.... 3 orang yang lain, tak tahu apa cerita.... dari kelmarin ps duk pendam, bila sms keempat mereka ni, 3 yang reply... "ok nanti saya jumpa puan".... semua gara-gara tesis mereka yang belum siap, ps sms tanya khabar, kalau ada masalah datang jumpa then duduk kat bilik ps buat! Menjelang tengahari dapat lagi sms "tak tahu sempat ke tidak datang jumpa puan, keje belum settle" ps tak reply, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.... kelmarin sms bagitau latop rosak, data hilang.... menjelang petang seorang lagi sms, data hilang latop rosak.... Hati terus layu... kelam...


Hadui... kita pula yang risaukan mereka..... mereka ni ambil mudah jer.... dah tahu benda tu penting buat back up.... tahun lepas lagi ps duk cakap..... 

Yang seorang lagi ni hari Isnin lalu datang jumpa ps (walaupun dia bukan bawah seliaan ps), dapat ps punya tesis master terus tak ada khabar berita sampai hari ni.... Janji kelmarin nak hantar kat ps..... haishhhh....

Buat kerja ikhlas, dapat ganjaran setimpal, ikhlas juga.... buat remeh ganjaran pun remeh..... sakit hati rasanya! Nampak jer ps lembut.... tahun-tahun lepas, dah ramai pelajar ps bagi C.... ada yang menipu ps pun ada.... sakit tak terhingga rasanya.... 


Kes 1
ps punya la buat correction tesis dia, dari satu emeil ke satu emeil reply.... rupanya apa yang dia reply kat ps tipu semata.... ps tahu dia dah balik kampung, so, jangan mudah untuk ps tolong dia, ps suruh dia buat correction n emeil to ps.... Malangnya, apa yang kawan dia hantar yang final dah siap hard cover, apa yang dia buat sebelum ps buat correction..... Terus ps bagi C.... Apa yang ps duk tolong dia by emeil tu tipu semata.... sedih sangat! dengan perasaan sedih ps emeil keua ps cerita semuanya... dia bagi nasihat supaya ps bagi markah yang setimpal mengikut skema markah pemarkahan...


Kes 2
Satu kes lagi dapat C+ sebab dia tak pernah jumpa ps..... last jumpa pada hari submit tesis.... merayu menangis dengan ps.... Dia cakap dia buat bagus, tak de lagi orang buat sebelum ni, sampai pukul 7 lebih malam juga la dia kat bilik ps.... merayu-rayu minta maaf..... family dah tunggu kat bawah nak balik kampung.... Bila dia beredar dari bilik ps, ps check satu persatu.... haduiyai..... binding pun silap, chapter tunggang langgang.... dengan objektif dan persoalan kajian awal-awal lagi dah salah.... pening kepala nak baca.... belek juga satu-satu.... memang tak capai tahap, tak faham apa dia buat!.... C+ markahnya....


Kes 3
Tahun lepas, ada seorang lagi dapat C+..... sebabnya last minute nak hantar baru dia sedar ps 1st supervisor dia.... bila dia hantar kat ps, ada yang silap ps suruh buat correction... malangnya dia buat tak buat.... ps tak paham apa yang dia nak buat, dan analisis dia salah... dia cakap oarang ni cakap buat macam ni, saya tiru senior pun buat macam ni..... ps malas nak fikir, kalau itu yang dia cakap betul, markah pun ps bagi markah betul la.... semua kes pelajar perempuan.... belum ada pelajar lelaki.... 

Kali ni, ps ada 3 orang pelajar lelaki yang bermasalah ni, dah ps usaha nak bantu mereka, tapi mereka tak mahu nak bantu diri sendiri.... jangan menyesal kalau ps strick juga bagi markah kalau ada salah apa yang mereka buat.....



Latihan Ilmiah ni 6 jam kredit, diberi masa 2 semester..... buat main-main, markah pun main-main dapat! Effect banyak pada CPA.... jangan menyesal..... WARNING!


ps: all the pics from googlke search... tq

Wednesday, June 13, 2012

Selamat Hari Rabu

By On 10:27:00 AM
Assalamualaiku.... selamat pagi smeua....

Pagi ni ps pecut masuk ofis coz janji dengan student..... Sampai je ofis discussion dengan dia, then dia submit tesis.... Lega rasanya katanya... "boleh concentrate pada exam"... pukul 10 lebih juga la baru habis discuss dengan dia.... Perut dah mula rasa lapar, tak puasa kan dan dan lapar... kalau puasa tu maintain jer.... huhuhu.... 

P bilik kawan hantar bekas makanan dan makanan sama kat dia, al maklum la, bilik dia memang port makan.... kawan-kawan kalau lapar mesti cari makanan kat bilik dia.... terutama ibu-ibu mengandung ni.... hehehe... then ps ternampak cookies, macam sedap jer... duk rasa, ala.... sedap la nampak simple jer.... terus dia bagi ps.... ambik la semua makan kat bilik.... hehehe.... dia memang suka bagi orang makanan.... murah rezeki dia tau.... Allhamdulillah... ps pun lagi suka.... terima kasih....


Jom makan semua..... u all breakfast apa hari ni?


Tuesday, June 12, 2012

Tak jadi warna warni jadi yang kuning jer.... menu mengidam...

By On 9:26:00 PM
Assalamualaikum.... Malam semua....

Balik keje tadi ps sempat singgah market cari ubi keledek tiga warna tapi tak ada rezeki juga.... 
ps dapat yang warna kuning oren je.... 
Tak pe la, dari tak ade langsungkan.... rasa pun nak makan sangat ni.... 
balik terus masak pengat ubi tu....


Memang senang saja masak ni, masak sama dengan pulut menambah selera.... 

Bahannya:
Ubi keledek
Santan
Gula melaka (nise)... ps guna 2 keping
Sagu
Secubit garam (hujung sudu je)
Daun pandan

Caranya:
Masuk je semua bahan tu kacau jangan sehingga masak... kena kacau selalu k, takut nanti santan tu berketul nanti tak cantik... jangan lupa masuk daun pandan... SIAP! boleh dihidangkan dengan pulut...

Gelagat Pelajar vs Menu Ku

By On 11:57:00 AM
Assalamualaikum... selamat pagi semua....

Tadi sampai ofis jer terjumpa student sorang ni, berlegar-legar... dia tanya ps nak pergi mana? ps cakap nak pergi punch, kena thumb print dulu kat tepi dinding ofis....

Then, dia cakap saya ada masalah.... ps tanya kenapa? tesis dah siap ke? masalah tesis la ni puan.... dia meulakan cerita.... ps dengar la dan bagi cadangan, memandangkan ps pernah buat kajian tu... tak habis kat ruang legar ofis sambung kat bilik ps.... take time juga bincang, ps lupa nak tanya supervisor dia siapa? kang ps tersalah advice or bagi pandangan ke, takut supervisor dia   terasa lak... haduiii... sebab dia punya kajian tu bidang ps, ps suka la nak tolong..... so, dia minta pinjam kajian ps masa master dulu, dia nak pinjam sama kajian ps masa degree tp ps tak bagi coz kajian degree tu guna hard cover, privacy sikit la.... kajian master its ok coz, tak guna hard cover then teori yang ps guna sama dengan apa yang nak buat.... seronok sakan la dapat apa yang dia nak sampai cover latop dia pun tertinggal kat meja ps.... hehehe.... dah dapt tu terus salam cium aku.... haish awal-awal duk main-main skang baru kelam kabut.... setahun masa buat latihan ilmiah ni..... daripada semester lepas, still terawangan....


Keje last minute macam ni la, baru nak faham apa yang nak dibuat ada berapa minggu lagi nak submit tu... (aku pun last minute gak dulu)..... hehehe... tapi masa master memang ps buat betul-betul.... hope semua student, khususnya student ps juga dapat siapkan latihan ilmiah mereka dalam masa yang ditetapkan kurang 3 minggu sahaja lagi.... semoga mereka cerah hati, faham apa yang nak dibuat.... 


Kelmarin, balik keje singgah market beli bahan-bahan masakk.... sempat ler masak yang simple ajer tuk berbuka puasa..... lauk ikan rebus air asam, ayam goreng, sayur bayam goreng belacan dan sambal ketuk.... erm,,, Allhamdulillah....


Kawan kat ofis ps ni nak merasa pengat ubi, macamana air tangan ore Kelate buat.... alahai..... tak sempat nak buat lagi.... pergi pasar tengok ubi keledek tak cantik, ps nak cari ubi keledek 3 jenis warna (purple, kuning, pink), kalau buat pengat tu cantik sikit coz banyak warna..... hehehe.... biasa la nak yang cantik jer.... makan pun mahu cantik,,,,, IsyaAllah, hope jumpa ubi keledek 3 jenis warna.....



Cut...

Monday, June 11, 2012

Allhamdulillah... rezeki dari nuffnang

By On 3:58:00 PM
Allhamdulillah.....

Terima kasih nuffnang... dapat BE baru... dah lama fuction...

rasa cam dah hidup kembali

hehehe





Cermin awak boleh buat saya syukur tak?

By On 2:19:00 PM
Assalamualaikum, salam tengahari.....


Tiap hari mesti anda melihat wajah di cerminkan khususnya golongan wanita, gegegirl ni.... mesti tak lengkap kalau tak tengok wajah depan cermin... ye la mana tau kan, ada jerawat baru naik ke? ada kedut baru ke? mata lebam ke? hehehe..... hari ni tengok, muka aku tembam la, dagu dah dua..... nanti kan kawan tegur lak..... tak pe la sebelum kawan tegur ku baik aku tengur kawanku dulu..... awak dah tembam la sekarang ni! hehehe.... (melawak jer....)


Tapi, pernah tak pagi-pagi anda bangun, mengadap cermin dan pejamkan mata sedalamnya..... tangan mula mengusaap rambut dan berkata :

Ya Allah aku bersyukur masih ada rambut, lalu mengusap kedua kening dan mata.... 
Aku bersyukur masih ada mata yang mampu melihat, hidung yang dapat menghidu..... 
mulut yang boleh menelan makanan... 
Ya Allah terima kasih, aku masih ada kedua teilinga yang mampu mendengar.... 
pipi ku yang gebu cantik ini ciptaanMu.... 
dan terus mengusap ke bahagian badan..... 
Ya Allah terima kasih, aku masih ada kedua belah tangan yang boleh membuat kerja..... 
badanku yang sihat sehinnga la ke kaki... 
Ya Allah, terima kasih kerana bagi ku kedua belah kaki yang masih mampu berjalan... 
Aku bersyukur ada tubuh badan yang sempurna.... 
Terima kasih memberiku kurniaan dan rezeki Mu ini.....
Aku bersyukur mampu memijak dunia Mu....
Terima Kasih Ya Allah...
Terima Kasih....


Kemudian bukakan mata anda, menyedut udara dan melepaskannya dengan tenang setenang tenangnya..... Pernahkah anda membuat sebegitu tiap-tiap pagi haribila mengadap cermin..... Ye la, orang perempuan ni biasa la, ila dah pandang cermin.... mula la kan make up tak lawa la hari ni, kena beli make baru ni biar orang nampak lawa, "kita orang perempuan kena jaga penampilan".... 


Ingat la anda bahawasanya, kecantikan rupa itu, bukan cermin kepada kecantikkan hati.... Kalau la hati dan otak kita transparent, apa hati kita fikir dan yang kita rasa baik terus nampak baik, dan apa yang kita fikir dan rasa buruk terus nampak buruk kan senang.... hehehe.... tak payah nak menipu diri sendiri... 


Selalu ingat! Saya bersyukur dengan apa yang saya ada!

ps: all the pictures and quotes from google search

Popular

Follow by Email