Enter your keyword

Wednesday, May 30, 2012

Dah Masuk Trimester: Hidungku Ada Ketulan Darah

By On 10:47:00 AM
Assalamualaikum selamat pagi semua.....

Ni pasal hidungku, mula-mula takut pun ada risau pun ada, bila ada ketulan macam darah.... mula-mula macam tak percaya... flashback semula masa 1st pregnent jadi ke tak macam ni.... tapi lupa memory low.... hehehe.... semalam, macam serius jer ketulan darah tu..... tapi belum keluar darah yang cair.....


Pagi ni, bila search cari matlumat, rupanya ia normal pada ibu mengandung..... alahai, lega skit. Ye la kan... kat ofis duk dalam aircorn jer, kat luar cuaca pula panas..... rasa macam tak normal jer..... hidung jadi kering.....

Berikut tip yang boleh cuba diamalkan bagi mengatasi masalah ini dari blog Kak Engku....
  • Apabila hidung berdarah, elakkan mendongakkan kepala ke atas semata-mata tidak mahu darah mengalir keluar. Cara ini salah kerana darah boleh memasukki saluran pernafasan. Sebaliknya tegakkan kepala dengan pandangan lurus ke depan dan tekan kedua hidung agar darah tidak mengalir.
  • Bagi menghentikan pengaliran darah, tekan kedua hidung anda dengan jari selama 10 minit.
  • Apabila pendarahan sudah berhenti, berhati-hati agar tidak bersin terlalu kuat bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
  • Anda boleh cuba lekapkan ketulan ais (yang dibalut dengan kain) pada sekitar hidung agar pembuluh darah mengecut dan membantu menghentikan pendarahan.
  • Jaga kelembapan hidung. Minum air yang cukup dan hindari berada terlalu lama dalam udara yang kering.
Jika pendarahan serius atau terlalu kerap berlaku, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.

Thursday, May 10, 2012

Dah lama tak update ni.....

By On 2:34:00 PM
Assalamualaikum.... salam keceriaan semua.....

Dah lama tak update blog nie.... tersangat tak de mood dan tersibuk.... hehehe

Hari Isnin lalu ps baru dapat proposal yang disemak oleh dean ps.... erm... ada correction perlu dibuat terutama APA style....

dan hari Isnin tersebut juga tarikh akhir hantar permohonan untuk masuk meeting pada end of this month pada pendaftar....

Pening kepala ps dibuatnya.... banyak keje pending... offer letter ps belum dapat.... asyik duk call universiti tersebut tapi no answer.... tak tahu macamana statusnya..... ps minta extension untuk kemasukan bulan September....

Meredakan kepeningan dan keserabutan itu, ps redha.... bila discuss dengan ketua jabatan ps, kalau tak sempat masuk meeting bulan ni, ps terpaksa la masuk meeting untuk bulan Julai.... that is last change untuk ps.... ps mohon sangat semoga Dia memudahkan semuanya....

Minggu lepas

ps balik kampung... dah lama tak balikkan.... emm... itu pun atas urusan keje.... tapi sempat juga la ps meranyap cari makan kat KB.... hehehe.... balik kali ni cari makan jer..... tak meranyap shopping ke apa.... dapat tengok keluraga kan....

Allhamdulillah.....

Selasa 2 hari lepas

Hari Selasa memang penuh dengan meeting... memandangkan ps skip workshop pagi, ps sempat ikut kawan2 ps pergi Perlis cari buah mangga Harum manis... mulanya kami pergi ke Mardi berhampiran ofis kami.... bila sampai sana, pak guard cakap pokok mangga baru berputik.... lepas tu kami terus ler ke Perlis, sg. Batu Pahat... memandangkan kawan ps biasa beli kat sana dan buah kat sana elok dan sedap....

Dapat ler berpuluh-puluh ringgit seorang... 1 kg = RM 17, yang kecil RM 16/kilo... kami dapat dengan harga RM 15/kilo, ps dapat la 6 biji tuk RM30....


Ada musim jer boleh makan mangga nie... wangi sangat! tapi yang ni belum masak.... 2/3 hari baru masak..... kena bungkus dengan surat khabar simpan atas meja... kalau simpan dalam plastik macam tu saja, dia tak masak dan tak sedap... bak kata jurujual tu "kena simpan dan jaga elok-elok la beli mahal" hehehe....

Hari ni

ps ada santai day bersama rakan-rakan ofis meraikan hari jadi rakan-rakan bagi bulan Mei.... emmm.... maka kenyang senang hati ler....

perancangan hari ni balik nanti nak pergi cari sponsor mana yang patut untuk minggu ofis ps seminggu lebih lagi.... InsyaAllah....

semoga berjalan lancar hendaknya....


Amin.....

Popular

Follow by Email