Enter your keyword

Wednesday, March 28, 2012

Alahan Semasa Hamil # 1

By On 11:44:00 AM
Dah lama nak post entry ni.... Pengalaman ps dengan alahan ni, semasa baby 1st putributterfly agak teruk juga... 3bulan ps tak boleh masuk dapur masak... semua bau-bau makanan tak boleh, bau nasi menggelegak pun tak boleh... en hubby la masak.... ps makan... hehehe.... masuk bulan ke4 baru ok....

Erm.... sekarang ada alahan pelik yang ps rasa..... sebelum pregnant ni, ps dan en hubby selalu dan boleh dikatakan tiap hari bekerja akan lunch sama di cafe A..... sekarang, memang alahan menyerang, ps tak boleh makan makanan kat cafe A.... dah berapa kali makcik tauke cafe tu tegur ps.... "tak makan ke" ps cakap "bawa bekal".... dan sejak tu ps tak mau pergi ke cafe A, kami mula pergi ke cafe B.... tapi kesian juga kat en hubby, dia memang suka masakan kat cafe A tu sedap dan murah. Lauk dia pun macam-macam banyak pilihan.... kelmarin ps siap-siap beli makan kat cafe lain, then ajak en hubby makan kat cafe A.... bila sampai cafe tu, ps pusing jauh..... coz tak boleh bau makanan kat cafe tu, nak tengok dan makan lagi tak boleh.....

Kalau la tauke cafe tu tau, mesti terasakan..... haduiiii... ps pun tak tau nak buat macamana..... ps suruh en hubby pergi beli minuman, coz ps tak mau lalu dekat makanan tu..... nanti nak bayar kan tauke kafe tu mesti tegur ps lagi.... huhuhu.... sedey tul alahan kali nie..... "ps cakap tak boleh bau makanan dia, busuk"... haishhhh.... teruk tul....

Hari ni, ps siap-siap beli nasi dagang masa nak datang ofis tadi...... so selamat la.... kekeke.....


ps nak kongsikan vitamin yang sesuai untuk ibu mengandung:

Asid folik


Asid folik membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti spina bifida. Masa yang paling penting untuk mengambil beberapa bulan sebelum anda hamil dan semasa trimester pertama (12 minggu). Dalam tempoh ini, ia memang penting agar anda makan makanan seimbang yang sihat serta mengambil tambahan asid folik. Anda juga boleh termasuk makanan yang kaya dengan asid folik di dalam diet anda seperti sayur-sayuran hijau seperti brokoli, kubis, kacang dan kacang pea dan buah-buahan seperti oren.



disyorkan mengambilnya pada waktu pagi sebelum makan....

Besi dan Vitamin C




Besi adalah salah satu nutrien utama yang anda perlukan sepanjang tempoh kehamilan - ia adalah penting untuk membawa oksigen berlebihan di dalam sel-sel darah merah anda dan bayi anda perlu untuk otak mereka.Jika anda menjalankan pendek kini, bayi anda mungkin denda tetapi anda akan menghadapi risiko menjadi anemia, yang akan meninggalkan anda berasa letih, sudah dibasuh keluar dan tidak sihat. Doktor anda mungkin mencadangkan zat besi tambahan. Jika tidak, pastikan anda mempunyai banyak makanan yang kaya dengan zat besi dalam diet anda seperti daging merah, ikan, telur, buah-buahan kering, bijirin sarapan pagi bijirin penuh dan roti, dan sayur-sayuran berdaun hijau.




sunkis ni memang baik diamalkan semasa hamil... teringat masa 1st baby, ada click ps pangkat ayah-ayah dia selalu suruh ps makan sunkis ni... dia kata elak baby dari dijangkit kuning... tapi agaknyer masa tu ps ni malas nak amal... kadang-kadang jer makan.... baby kuning jugak ler... huhuhu

Besi terbaik diserap oleh badan anda jika anda juga makan beberapa buah-buahan atau sayur-sayuran kaya dengan vitamin C pada masa yang sama, begitu juga segelas jus buah-buahan dengan bijiran anda atau mempunyai beberapa buah-buahan segar sebagai permulaan kursus utama anda.
Omega 3 asid lemak



Mendapat susu yang cukup asid lemak omega 3 semasa mengandung adalah penting, kerana mereka akan membantu sistem saraf bayi anda untuk membangunkan sihat, serta membantu mencegah anda daripada mendapat penyakit jantung. Tambahan pula, kajian telah menunjukkan lemak omega yang diambil semasa mengandung boleh membawa kepada bayi brainier!
Ikan berminyak seperti sardin, makerel dan salmon adalah semua sumber yang kaya dengan asid lemak omega 3 tetapi anda tidak perlu mempunyai lebih daripada dua bahagian seminggu, sebagai ikan juga boleh mengandungi merkuri, tahap tinggi yang boleh membahayakan bayi anda. Sumber asid lemak omega 3 alternatif adalah benih seperti labu dan flaks - anda akan memerlukan kira-kira dua sudu sehari - atau anda sentiasa boleh mempunyai tambahan.
Suplemen vitamin pranatalAnda boleh memilih hanya satu vitamin tambahan yang dibuat khas untuk wanita yang cuba untuk hamil atau yang sedang hamil. Ia akan membantu anda mencapai keseimbangan yang tepat nutrien yang disyorkan untuk kehamilan yang sihat, termasuk asid folik dan besi.Tetapi membuat pasti anda memilih tambahan yang dibuat untuk kegunaan semasa konsepsi dan kehamilan dan bukan multivitamin biasa, kerana ini boleh mengandungi tahap yang tinggi vitamin yang anda perlu mengelakkan.




Vitamin uyang harus dielakkan semasa hamil:Vitamin A



Makanan seperti sosej hati, adalah sumber zat besi yang baik tetapi ia juga boleh mengandungi kepekatan yang sangat tinggi Vitamin A yang boleh membahayakan bayi anda jika dimakan dalam jumlah yang tinggi.Ia adalah disyorkan bahawa wanita hamil harus mengelak daripada hati dan produk hati. Anda juga harus sedar bahawa sesetengah vitamin tambahan adalah tinggi dengan vitamin ini, jadi sentiasa memilih tambahan kehamilan yang selamat. Doktor anda akan dapat membantu anda dengan ini.
Walau bagaimanapun, terdapat satu bentuk Vitamin A, yang dikenali sebagai karotena, yang baik untuk wanita hamil mempunyai. Karotena boleh didapati dalam sayuran warna merah, kuning dan jingga lada, mangga, lobak merah, kentang manis, aprikot, tomato dan selada air.



ps : Ada juga ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan seperti produk selindah dan sebaginya.... semua gambar-gambar di atas dari pakcik google... hehe





Harta, pangkat & kuasa itu kejayaan?

By On 10:36:00 AM
Assalamualaikum... selamat pagi!
ps ternampak artikel ni tulisan dari farush khan.... semua antara kita mahukan harta, pangkat dan kuasa kan... tapi ada juga yang tak meminatinya.... terpulang pada individu itu sendiri... walaupun siapa kita, ps mengingati diri sendiri yang khilaf ini, ia penting tapi harus mengikut cara agama kita.... jom baca kat bawah....

FARUSH KHAN
Manusia mentakwilkan kejayaan dengan pelbagai interpretasi.

Sebahagian besar meletakkan kejayaan pada harta, pangkat dan kuasa serta menjadikan perkara itu maksud hidup mereka.




Tetapi ALLAH meletakkan kejayaan pada kedudukan yang sangat berbeza. Pada kaca mata ALLAH, maksud kejayaan hanya satu, iaitu sejauh mana hamba-Nya patuh kepada perintah-Nya, mengikut cara yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW.

Maknanya, kalau pun kita banyak harta, pangkat dan kuasa, kita mesti solat wajib sehari semalam lima waktu. Jika kurang atau lebih, kita dikira ingkar dan tidak berjaya kerana kita tidak patuh kepada ALLAH, dengan cara yang ditunjukkan Nabi SAW.

Di mata ramai manusia, seseorang yang tidak lulus peperiksaan, dikira tidak berjaya dan tidak akan diberi sijil, biarpun dia cengkang mata dan belajar separuh mati untuk lulus.

Tetapi cara ALLAH menilai prestasi hamba-Nya berbeza daripada cara penilaian kebanyakan manusia.

ALLAH memberi ganjaran pahala kepada hamba-Nya yang berusaha mencapai keredhaan-Nya, biarpun hamba-Nya itu tidak dikira berjaya dari sudut pandangan manusia.

Hamba ALLAH yang sebenar akan melakukan apa yang ALLAH suka, walaupun seluruh makhluk benci kepada perbuatannya dan dia tidak akan melakukan apa yang ALLAH benci, walaupun seluruh makhluk suka kepada perbuatan itu.

Perkiraan ALLAH sangat istimewa. Katakanlah kita ajak rakan kepada makruf dan menjauhkan diri daripada mungkar. Mereka ikut atau tidak, usaha kita itu sudah dikira mematuhi perintah ALLAH dan ALLAH memberi ganjaran mengikut kehendak-Nya.

Dalam agama, satu kejahatan dibalas satu dosa, tetapi satu kebaikan dianugerahkan dengan ganjaran berganda-ganda. Betapa pengasih dan pemurahnya ALLAH!

Terlanjur bercerita mengenai kejayaan, mari kita ambil kisah Nabi Nuh a.s sebagai contoh. Kalau kejayaan itu terletak pada prestasi seperti yang ramai manusia amalkan, Nabi Nuh a.s barangkali boleh dianggap tidak berjaya (kononnya).

Bayangkan dalam dakwah Baginda selama 950 tahun, hanya 83 orang beriman. Maknanya Baginda ada seorang pengikut lebih kurang setiap 25 tahun.

Di dunia ini, kalau seorang jurujual kereta mampu menarik cuma seorang pembeli dalam tempoh sebulan, saya kira jurujual itu besar kemungkinan dibuang kerja dalam masa 24 jam oleh majikannya kerana dia dianggap tidak layak menjadi jurujual.

Bayangkan apa akan jadi kepada seorang pemimpin pertubuhan yang mampu merekrut hanya seorang ahli dalam tempoh setahun.

Tetapi dengan prestasinya itu, Nabi Nuh a.s dianggap berjaya oleh ALLAH. Baginda adalah ulul azmi (iaitu rasul yang paling banyak menerima dugaan dan cabaran ketika berdakwah serta tabah menghadapinya) bersama empat rasul (Muhammad SAW, Isa a.s, Musa a.s dan Ibrahim a.s) dan antara 25 rasul yang wajib diketahui. Mereka semua masuk syurga dan kekal didalamnya

Kalau kejayaan terletak pada harta, pangkat dan kuasa di kaca mata ALLAH, tentunya Firaun, Namrud dan Qarun sudah berjaya, tetapi tidak. Kisah kejahatan mereka disebut dalam al-Quran, mereka ditempelak oleh ALLAH dan terus dijadikan contoh kekafiran, penghinaan dan kegagalan hingga ke hari kiamat. Mereka penghuni neraka dan kekal di dalamnya.

Jika harta, pangkat dan kuasa itu adalah segala-galanya dan menjadi maksud kejayaan, sudah tentu Nabi Muhammad SAW akan berhempas-pulas mendapatkannya; sudah pasti ALLAH akan beri kepada Baginda kerana Baginda kekasih-Nya dan pesuruh-Nya.

Tetapi ALLAH Yang Maha Mengetahui itu tidak pula berbuat demikian.

ALLAH amanahkan kepada kekasihNya suatu tugas, sedangkan tugas yang ditanggung Baginda sangat berat; banyak dugaan, banyak cabaran. Renungkanlah!


Sumber : SinarHarian



Monday, March 26, 2012

Salam Isnin

By On 12:47:00 PM
Assalamualaikum... selamat tengahari semua....

Dah hampir seminggu rasanya tak post entry.....
Maklum la tengah preggy, badan penat sangat tak mood nak berblogging....
Keje pun memeningkan masa depan....
Hurm... banyak dugaannya!


Penang Time
Sabtu lalu, ps p Penang lagi urusan keje dan study....
Ps harap sangat ps akan berjaya....
Sedih sesedihnya.... hidup penuh dugaan dan kegagalan ni....

Nak buat macamanakan ps redha....
kena kuat lagi usaha dan usaha....


Kerjaku
Kelmari ps awal pagi lagi dah masuk ofis. 7.30am dah keluar rumah
hantar putributterfly ke tadika
punyer la excited nak bersenam, ingatkan ada perhimpunan staf...

Sampai ofis tengok staf admin pakai office ware cam biasa...
Haih... bukan hari ni perhimpunan tu, rupanya Ahad minggu depan....

Huhuhu.... then ps terus ke klinik cos kelmarin gak ps ada temujanji dengan misi
check perut... hehehe.... misi tanya, akak p bersenam ke tengok pakai sport shoe?
a'aa... pagi lagi masuk ofis ingatkan hari ni nak bersenam, rupanya minggu depan...
misi siap pesan lagi, jangan buat keje berat-berat, time awal-awal lagi ni....
huh! kena jaga tu...
nasib baik kejap jer,,,, kat klinik tu...

then, ps singgah rumah tukar pakaian, masuk ofis semula....
rumah n ofis dalam 15 minit jer....

Mentor 6 
Semalam
tengok mentor6... mesti u all pun tengokkan...
dari 1st episode lagi ps tengok...
not bad gak ler protoge kali nie....
dari awal lagi ps suka anas dan wanie
tak sangka lak wanie quit...
ps tengok protoge kak ogy macam terover skit...
hehe... mmg sesuai la jadi akak ogy punyer protoge...
bagi ps dalam reality show nie, audien lebih suka yang simple n bakat...
tak terlalu over, kalau ada rupa pun tak semestinya akan kekal dalam industri...
tengok dari yang lepas, walaupun ika protege adry, ada juga rupa, mentor pun not bad tapi
sekarang tak la menyerlah sangat...
apapun, ps rasa untuk survive bagi diterima industri adalah disiplin la yang utama....


menu mengidam ps hari Jumaat...
nak makan nasi belauk...
nasib baik encik hubby memahami, 
p beli bahan-bahan, siang ikan....
ps masak jer...
2x tambah nasi.... 
mana la weight tak naik sekilo dalam 3 minggu...


Sunday, March 18, 2012

Bila tiga cerita berbicara

By On 11:47:00 AM
Assalamualaikum.... selamat pagi semua.....

Hari bekerja ps seperti biasa..... pagi-pagi lagi ps berbincang dan menyampaikan info pada click ps yang sama-sama akan sambung belajar.....




Working Progress
Last week, after meeting with pnc, he suggested to apply more than one university.... bila ps balik ofis, ps try cari matlumat universiti ka Malaysia.... then dapat matlumat dari UM... so easy to apply... Allhamdulillah, ps sudahkan online application.... walaupun sedikit terpesong daripada bidang ps, ps harap akan diterima.... pagi tadi ps sampaikan that news to mu junior click.... erm... she excited to... semoga dipermudahkan perjalanan kami ini....

Langkah-langkah:ahulu
1. mesti create new acc dahulu
2. buka emeil dan aktifkan
3. login
4. mulakan isi borang secara online

ps suka sebabnya tak perlu pos manual, segala:
  • bayaran (wang proses) secara online-boleh transfer acc
  • ic, dan sijil scan dan upload sahaja
  • proposal pun upload
  • referee just letak nama mereka yang berkenaan tak perlu ambil pengesahan
  • supervisor-kita boleh pilih dari senarai nama yang diberi (tapi kita kena pilih betul-betul dengan bidang kita)-bagi application post-grade
  • bila dah selesai terus submit....
Putributterfly
erm... hari Khamis, ps selalu terlewat ambil putributterfly kat tadikanya... hari Khamis dia keluar pukul 4.00 mesti terbabas, Ahad-Rabu dia balik pukul 5.00....
bila dah terlewat keje, belum siap! lepas ambil dia harus ler baea dia masuk ofis dahulu.... apa lagi, memang dia suka duk bilik ps, ada kawan-kawan ps yang layan dia! dia boleh sepahkan bilik ps...


bila dia dah menyonteng kat paper, pandai pulak dia nak tampal kat wall tu....

Bila balik rumah, dah lewat... ps tersangat penat... hari Khamis tu sangat panas.... kepala memang rasa pening dan sakit sangat! turun jer kereta, kawan putributterfly datang mengajak dia main... ps memang tak bagi! putributterfly tu kecik lagi walaupun 31 Ogos ni, nanti genap 4 tahun.... kawan dia pula dah 7 tahun.... em... tahu jer la kan, kes kidnap semakin menjadi-jadi.... ps pulak tinggal dekat border Malaysia-Thailand, lagi la risaukan... kawan-kawan ps pun ada pesan last week sambil makan dan bersembang....

Last week student cuti sekolah, kawan ps terserempat budak-budak kat taman kami, maybe dalam 7, 8 tahun tengah jogging pagi-pagi... seriau tengok... memang la dah sekolahkan... tapi dalam keadaan sekarang ni sangat merisaukan... hope parents tak lalai jaga anak-anak... peringatan untuk ps sama!

Mencari KetenanganNya dan Membaiki Diri
ps mula terfikir untuk mengubah diri ini ke arah kebaikan dan kebaikan.... memang selalu fikir perkara ni.... nak tidur pun fikir apa perkara baik perkara buruk yang ps lakukan.... dah lama ps tengok, pengalaman dari rakan-rakan, sendiri pun ada bagaimana kita orang muslim kadang-kadang terlupa yang kita selalu fikirkan kesempurnaan diri untuk manusia tengok.... bukan untuk Allah tengok.... Allahuallam...

Tadi, bila baca entry Jiji, memang ramai sangat antara kita sebegitu.... ps akui banyak derita yang ditanggung... kerana orang nak kita cantik zahiriah, ps dihina, suami ps dihina...... sedih! bagi mereka duit adalah untuk wanita memperagakan kecantikkan meterial yang menyalut diri.... bukan untuk kesempurnaan Ilahi.... secara tak langsung tanpa sedar juga ia boleh menambahkan riak wanita....

Memang lumrah wanita sukakan kecantikkan, tapi sedar atau tidak kecantikkan luaran hanya untuk suami.... ps suka tengok beberapa senior ps, dekan ps, kecantikkan mereka sanat natural.... tanpa mencalit kosmetik, muka mereka tetap berseri.... pakaian muslimah menutupi aurat dengan sempurna sangat ps kagum.... kewibawaan dan keibuan mereka sangat teserlah.....

dean ps yang sangat berwibawa (sorry prof, curik pic ni) hehe... sayang prof....
yang penting hati dalaman kita harus bersih dan tulus ia akan melahirkan aura kesucian wanita, tanpa meterial yang hebat, insyAllah setiap wanita itu akan cantik dan sempurna....

doakan ia dipermudahkan Allah, dengan petunjuk dan hidayahNya..... menjadi wanita solehah bekerja+menjaga rumahtangga dengan baik....

Thursday, March 15, 2012

Tilam dan Bantal....

By On 3:32:00 PM
Assalamualaikum... selamat petang semua....

Dah hampir seminggu ps tak update entry, huh.... tersangat stressnak update tak de mood.... Hari Ahad masuk keje stress, hari Isnin ok, hari Selasa stress, hari Rabu ok, hari ni kembali semula stress.... ditambah pula keadaan preggy sekarang ni lagi pening, sakit kepala semua ada.... tak larat sangat!

Bila sampai ofis memikirkan keadaan yang sangat kritikal sekarang ni (keje ps), lagi bertambah pening... tak boleh nak fikir, ps tidur jer kat bilik ofis ps beralaskan polystyrene, nasib baik ada bantal tu.... itu yang ada kat bilik ps guna jer la..... cuba ler best tau rasa cam atas tilam... hehehe






Dah tak larat sangat! rasanya masa 1st pregnant kat putributterfly dulu, ps tak de la sangat rasa penat cuma time tu tak boleh bau makanan masak, dan segala bagai.... tapi kali ni ps asyik nak makan yang masam-masam jer banding dari dulu langsung tak nak makan benda-benda masam....

Tadi masa lunch, macam biasa ps keluar dengan en daddy, jurujual kat cafe tu tanya ps mengandung ke.... ps tanya kenapa dia tengok jer kat ps.... bila nak bayar makan kat kaunter, taukeh dia pulak tanya "hang mengandung ha" ps terkejut gak... kenapa? "nampak pipi bawah dagu kembung"... hehehe.... "a'aa baru 2 bulan" ps jawab... "tadi kuli akak tanya saya jugak"....

Agaknyer oarang leh cam er kalau kita pregnant! ps tanya en daddy... en daddy cakap orang nampak muka ps tak bermaya jer, orang agak la mengandung..... memang tersangat tak bermanya! sakit kepala pening, stress sangat dengan keje and future kan.... en daddy biasa la kalau cakap kat dia, dia suruh sabar jer.... mungkin ada rahmat susah sekarang ni.... :-(

mood : sedey

Thursday, March 1, 2012

Khamis yang longlai ke?

By On 10:26:00 AM
Assalamualaikum semua selamat pagi..... ps masuk ofis 9.30 hari ni. lewat skit, badan rasa penat sangat. Pagi tadi bangun teramai longlai.... so momentum tu slow sikit.... 

Dah masuk 1 Mac, cepatnyer masa berlalu.... Khamis lepas ps dah dapat surat cinta..... hehehe..... suh hantar permohonan further study, semester ni ps dah tak dapat kelas, ps kena settle kan hal-hal untuk sambung study tahun ni..... Sedikit kesusahan yang ps tanggung sekarang kena settlekan proposal 3 chapter, present dan dinilai dan ujian, bila lulus semua tu baru boleh kemukakan permohonan...... Ps redha itu memang syarat universiti ps, walaupun universiti lain tidak sebegini.... huhuhu... kawan-kawan ps dari universiti lain selalu tolong marah dan menrungut untuk ps.... susahnya syarat! nak buat macamana kan.... ps dah xde rasa nak merungut semua tu..... ps yakin kesusahan 4 tahun lebih ni, mungkin ada hikmahnya kemudian..... 

Supervisor ps pun tolong merungut kat ps, bila dinyatakan itu memang prosedur, dia ok.... bersyukur sangat dia memahami situasi ps di sini.... ps juga redha kalau apa yang ps buat sekarang tidak digunapakai oleh supervisor dan universiti yang ps akan further nanti... Supervisor ps cakap mana tahu apa yang ps buat akan ditukar 100%.... em... its, ok that's learning process, ps akan terus tabah menghadapi semua tu....

Kelmarin ps settlekan sikit perkara dalam proposal tu bersama senior..... boleh la share apa yang tak faham dan macamana nak cari review kat internet ni....

Hari ni Khamis, masa singkat! office tutup 3.30, anak ps balik sekolah kul 4.00.... hope ps boleh settle apa teori hari ni.... kalau rakan-rakan ada matlumat tentang U&G theory, Social Cognitive and Cultivation theory boleh share dengan ps..... ps tengok teori-teori tu dalam aspek filem.....

Popular

Follow by Email